Hari ini, kita dapat menyaksikan lahirnya pelbagai jenis tulisan di dunia. Kalau bangsa Melayu terkenal dengan sistem tulisan Rencong, Rejang, Tanjong Tanah dan Jawinya. Kalau bangsa Tamil dengan tulisan Tamilnya, dan tulisan yang anda sedang baca ini dikenali sebagai Latin Script.

Namun, tahukah anda bahawa tulisan-tulisan yang saya sebutkan di atas sebenarnya bukanlah sebuah tulisan yang asli sebaliknya ianya adalah evolusi dari bangsa-bangsa yang meminjam 5 buah sistem tulisan yang dikatakan paling asli dunia mengikut para sejarawan.

Apakah sistem tulisan yang paling asli dunia? Mari, The Patriots akan membuka kembali helaian sejarah, agar dapat dinikmati pencinta-pencinta ilmu sekalian.

1. Tulisan Cuneiform

Tulisan Cuneiform adalah tulisan yang paling lama yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia. Ianya digunakan untuk menulis mengenai bahasa Sumeria, sebuah bahasa yang telah pupus pada hari ini. Sumeria ialah bangsa yang juga telah pupus hari ini, dan mereka merupakan pendiri tamadun terawal dalam sejarah manusia, iaitu Mesopotamia yang menyaksikan kelahiran Nabi Ibrahim A.S pada salah satu dinastinya.

Tulisan Sumeria merupakan sebuah tulisan pictografik.Kajian mendapat bahawa pada awal penubuhan tamadun Indus, tulisan ini mempunyai lebih daripada 1500 huruf yang melambangkan idea dan objek tertentu. Kemudian, seribu tahun kemudian, tulisan ini mula berkurangan kepada 700 buah sebelum tulisan Aramic mengambil alih Tamadun Mesopotamia, di mana huruf-huruf yang bersifat alphabet yang berjumlah 22 buah mula digunakan. Tulisan ini berbentuk pepaku.

2. Tulisan Mesir Purba

Tulisan Mesir Purba merupakan tulisan yang dikatakan antara lima tulisan paling asli di dunia. Tulisan ini mengandungi 121 bi-literal (huruf yang mewakili dua sebutan), 75 tri-literal (abjad yang mewakili tiga sebutan). Tulisan ini juga boleh dalam masa yang sama bersifat ideaogram (abjad yang melambangkan pemikiran, idea, perasaan) dan juga logogram (abjad yang mewakili objek, haiwan, manusia). Tulisan ini agak kompleks untuk difahami.

3. Tulisan Tamadun Lembah Indus

Tamadun Lembah Indus dipercayai didirikan oleh orang Dravidian, meski terdapat teori lain seperti Austronesia dan seumpama dengannya. Tamadun yang berusia antara 2600-1700 Sebelum Masihi ini, kira-kira hampir 5000 tahun daripada tarikh hari ini.

Tamadun yang antara terawal di dunia pasti meninggalkan kita sistem tulisannya tersendiri. Namun, tahukah anda sehingga hari ini, tiada siapa yang mampu menafsirkan sistem tulisan tamadun Indus?

Hal ini kerana tiada siapa tahu bahasa apa yang dituturkan oleh pendiri tamadun Indus, dan tiada siapa yang masih wujud sehingga hari ini yang mampu memahami tulisan ini walaupun orang Dravidian seperti Tamil, Telegu. Mereka sudah meninggalkan jauh sistem tulisan nenek moyang mereka dan mengadaptasikan tulisan yang berpangkal pada tulisan Brahmi.

4. Tulisan Bangsa Maya

Dalam banyak-banyak tamadun yang pernah didirikan pada waktu purba, Tamadun China, Indus, Mesir, Melayu, Arab, Yahudi, tiada tamadun yang begitu mendalami ilmu matematik seperti mana Tamadun Maya, salah satu daripada bangsa yang sudah pupus hari ini.

Mempunyai sifat yang agak sama dengan tulisan tamadun Mesir Purba, tulisan ini sebenarnya langsung tiada ada kaitan antara satu sama lain. Pada awal penafsiran tulisan Maya, pakar mendapati bahawa tulisan Maya ini banyak sangat bermain dengan nombor memandangkan kegilaan bangsa Maya pada ilmu. Skrip-skrip Maya yang ditafsir banyak merujuk kepada seperti pengiraan bintang-bintang, formula matematik yang sangat kompleks dan sistem kalendar mereka.

Dan Tamadun Maya juga, antara tamadun awal di dunia di mana penulisnya akan memahat nama mereka, demi memberitahu bahawa hasil karya yang ditulisnya. Mungkinkah di Tamadun Maya dahulu terdapat hak cipta seperti kita hari ini? Siapa tahu… kerana khazanah ilmu yang dikumpulkan oleh bangsa ini hilang kebanyakannya kerana angkara penjajah Sepanyol yang membakar habis tinggalan hebat Maya.

5. Tulisan Cina

Ya, tulisan cina adalah antara tulisan yang paling asli yang pernah wujud di dunia. Tulisan yang rakan-rakan cina kita belajar itu sebenarnya adalah warisan yang masih dijaga oleh mereka. Di saat empat tulisan paling awal di dunia sudah pupus, bahkan bangsa yang mengasaskan sistem tulisan itu pun sudah pupus, namun tulisan dan bangsa cina masih lagi wujud sehingga hari ini.

Masih sama sifat tulisannya. Bersifat logogram, di mana terdapat puluhan ribu perkataan yang melambangkan pemikiran dan objek. Namun, hari ini dipercayai hanya lebih kurang 3000 buah tulisan sahaja yang digunakan.

Tulisan Cina dipercayai lahir daripada amalan sewaktu zaman gangsa dahulu, di mana para pawang akan meramalkan sesuatu peristiwa berdasarkan rekahan pada tulang yang dibakar pada api. Dipercayai rekahan-rekahan yang muncul pada tulang itu mengisnpirasikan kepada penciptaan sistem tulisan cina.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply