Kebiasaan persahabatan berkembang secara semula yang mana kita sendiri mungkin tidak perasan tentang tindakan itu secara spontan. terdapat beberapa ahli dalam bidang Sosiologi menegaskan bahawa untuk mengamati tindakan sosial individu seharusnya melakukan pemerhatian secara teliti empiris.
Untuk memahami mulakan tindakan sosial bagi mencapai misi, anda harus mengetahui pemahaman asas bagaimana hendak membuat orang menyukai anda, Hal ini dapat membantu anda dalam perkembangan membina jaringan rakan mahupun dalam mencari pasangan.
- Mirroring
Trik pertama ini disebut sebagai Mirroring, iaitu anda cuba untuk meniru tingkah laku seseorang seperti memerhati bahasa tubuh dan ekspresi wajah. Bukan mengajuk cakap orang ya, itu kemungkinan besar anda akan ditimpa musibah kelak.
Pada tahun 1999, Penyelidik dari Universiti New York membuat satu penyelidikan sosial yang didokumentasi sebagai ‘Chameleon Effect’, mendapati bahawa apabila kita meniru tingkah laku seseorang secara tidak sedar akan menimbulkan rasa suka, menarik dan tertarik!.
Hal ini berlaku dalam satu eksperimen secara sembunyi tanpa diketahui oleh peserta yang tidak terlibat dalam kajian ini. untuk melihat interaksi antara mereka. penyelidik mempunyai 78 lelaki dan wanita yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain(kecuali individu yang ditugaskan untuk buat trik mirroring) mengerjakan satu tugas.
Hasil daripada itu, peserta lebih cenderung mengatakan bahawa mereka menyukai pasangan mereka apabila pasangan mereka meniru tingkah laku mereka.
- Luangkan Lebih Banyak Masa
Jangan terlalu literal untuk memahami tajuk di atas, banyak luangkan banyak masa tapi janganlah sampai menganggu rutin harian. Maksudnya anda sering berada di samping mereka.
Menurut mere-exposure effect, manusia cenderung untuk menyukai perkara yang sudah familliar pada mereka. Berkongsi hobi atau minat yang sama dikira bonus dan cenderung untuk lebih erat.
Pengetahuan dan fenomena ini boleh ‘diimbas’ kembali pada tahun 1950an, kumpulan penyelidik MIT menemui bahawa pelajar kolej yang tinggal berdekatan lebih cenderung menjadi kawan berbanding pelajar yang tinggal berjauhan.
Ini terjadi apabila pelajar-pelajar itu saling berinteraksi antara satu sama lain dengan kerap, yang tinggal berdekatan mengalami tindakan lebih pasif disebabkan berlaku interaksi antara mereka setiap hari. Bermula dengan simple greeting iaitu dengan bertanya khabar dan kemudian interaksi ini semakin berkembang dan sehingga mencapai persahabat yang ampuh.
Secara keseluruhan, penemuan ini menunjukkan bahawa hanya meluangkan lebih banyak masa dengan orang lain dapat menjadikan mereka lebih menyukai anda. Walaupun anda tidak tinggal berdekatan rakan anda, cubalah mengikuti rutin yang tetap bersama mereka, seperti pergi keluar bersama atau melakukan aktiviti luar bersama.
- Memuji
Tindakan memuji boleh berlaku secara spontan ataupun bila anda rasa impress pada sesuatu yang menakjubkan. Bukan untuk membodek dan mengampu saja ya. Hal ini dapat bantu memberii kesan positif dan pemangkin semangat pada seseorang.
Satu kajian mendapati bahawa kesan ini berlaku walaupun orang mengetahui sifat-sifat tertentu tidak menggambarkan orang yang telah membicarakannya.
Pendek kata, menurut penulis buku ‘The Happiness Project’ mengatakan ‘apa sahaja yang anda katakan mengenai orang lain mempengaruhi bagaimana orang melihat anda’. Kalau anda menjelaskan sifat seseorang dengan baik hati, maka orang lain juga akan menilai anda dengan kualiti(baik) tersebut.
- Mood Yang Terbaik
Jika anda dalam mood kurang baik, elakkan untuk berinteraksi dengan sesiapa pun kerana ia mungkin dapat mengguris hati seseorang akibat terlanjur kata, Buatlah sesuatu yang boleh distract mood tersebut.
Menurut kajian dari Universiti Hawaii dan Universiti Ohio mendapati, kesan emotional contagion menggambarkan bahawa apabila manusia/individu sangat dipengaruhi oleh mood orang yang berada di sekelilingnya..
Maknanya, jika kita hendak buat orang di sekeliling berasa gembira, anda haruslah buat yang terbaik untuk menyampaikan emosi positif. Side effect-nya akan membuatkan orang terikut dengan positif vibe.
- Luaskan Jaringan Rakan
Teori rangkaian sosial di sebalik kesan ini disebut triadic closure, yang bermaksud bahawa dua orang cenderung lebih dekat ketika mereka mempunyai rakan bersama.
Sebenarnya gambaran ini sudah jelas berlaku pada diri masing-masing lebih lagi jika kita mengamatinya secara teliti dalam dunia maya seperti Facebook.
Pada awal anda mungkin mengenali seseorang di media sosial secara rawak, dan kemudian anda cenderung untuk menerima ‘friend request’ di Facebook daripada rakan tadi berdasarkan peningkatan ‘mutual friends’. — secara purata, dari 20% tanpa rakan bersama hingga hampir 80% dengan lebih daripada 11 rakan bersama.
Kesan tindakan anda boleh meningkat jaringan rakan dalam media sosial, kaedah ini boleh dibuat di alam realiti juga.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih