Apabila berbicara mengenai syarikat besar pasti nama-nama seperti JP Morgan, Saudi Aramco dan Apple akan menjadi sebutan. Namun begitu, nama-nama tersebut merupakan syarikat yang berada di luar negara. Bagaimana pula dengan syarikat tempatan, mungkin ramai di antara kita kurang mengetahui syarikat terbesar di Malaysia.
Adakah syarikat besar tempatan ini miliki taikun-taikun terkaya di Malaysia? Berikut adalah 5 syarikat terbesar Malaysia menurut Forbes dan tersenarai dalam Global 2000 The World’s Largest Public Companies.
1. Maybank
Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank merupakan syarikat berasaskan bank terbesar di Malaysia.
Sebagai sebuah entiti berkaitan kewangan, Maybank menawarkan perkhidmatan perbankan komersial, korporat dan swasta dengan memiliki lebih 450 cawangan serta 2500 mesin ATM.
Maybank juga telah melebarkan sayap ke luar negara terutamanya melibatkan jiran-jiran serantau. Tahukah anda, Maybank memiliki lebih 20 cawangan di Singapura dan Filipina termasuk beberapa negara di lingkungan Asia Tenggara.
Lebih mengejutkan lagi Maybank juga memiliki cawangannya di New York, London dan China. Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, Maybank menduduki tempat ke-349 dalam rangking syarikat terbesar dunia sekaligus menjadi syarikat terbesar di Malaysia.
Nilai pasaran semasa bagi syarikat ini adalah sekitar $19.8 bilion bersamaan RM80.71 bilion.
2. Tenaga Nasional
Tenaga Nasional Berhad (TNB) merupakan sebuah syarikat yang menyedia utiliti elektrik terbesar di Malaysia dan terkemuka di Asia Tenggara. S
yarikat juga adalah satu-satunya yang membekal elektrik ke isi rumah dan perindustiran di Malaysia lantas memonopoli sumber tersebut.
Buat pengetahuan anda semua, TNB telah membekalkan elektrik di Malaysia semenjak tahun 1949 dan ketika itu dikenali sebagai Central Electricity Board (CEB).
TNB juga pernah menjalani program Malaysianisasi bagi memiliknegarakan syarikat yang memonopoli sumber elektrik itu. Dasar penswastaan yang diperkenalkan pada era 90-an telah membuatkan syarikat ini bergerak sendiri tanpa mengharapkan dana kerajaan.
Dalam senarai Forbes, TNB berada pada kedudukan 540 dalam rangking syarikat terbesar dunia. Nilai pasaran semasa bagi syarikat ini adalah sekitar $16.2 bilion bersamaan RM66.04 bilion.
3. Public Bank
Public Bank merupakan bank yang digagaskan oleh Teh Hong Piow pada tahun 1966. Ianya juga adalah salah satu daripada dua bank yang dimiliki oleh kaum Cina.
Kekuatan utama Public adalah pada sektor perbankan runcit kerana merupakan peneraju kepada pinjaman hartanah, kenderaan dan terlibat juga dalam pengurusan unit amanah.
Hal ini lantas membuatkan Public Bank terus mengaut keuntungan hampir setengah abad. Bank ini juga memiliki lebih 100 cawangan di luar negara seperti di Hong Kong, Kemboja, Vietnam dan Laos.
Dalam senarai Forbes, Public Bank berada di kedudukan 664 dalam rangking syarikat terbesar dunia sekaligus menjadi bank kedua terbesar di Malaysia. Nilai pasaran semasa bagi syarikat ini adalah sekitar $14.8 bilion bersamaan RM60.33 bilion.
4. CIMB Group Holding
CIMB Group Holding merupakan bank yang ditubuhkan melalui pengambilalihan dan penggabungan beberapa buah bank.
Antara bank yang terlibat dengan penggabungan tersebut adalah Bank of Commerce Berhad, Bank Bumiputra Malaysia Berhad dan Bank Niaga.
Syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional merupakan pemegang saham utama CIMB dengan kepentingan 30 peratus.
CIMB juga telah melebarkan sayapnya ke luar negara dengan anak syarikat seperti Bank CIMB Niaga di Indonesia dan CIMB Thai Bank di Thailand.
Buat pengetahuan anda semua, CIMB adalah salah satu broker terbaik di Asia Tenggara dan antara penerbit bon Islam terkemuka dunia.
Dalam senarai Forbes, CIMB berada di kedudukan 689 dalam rangking syarikat terbesar dunia. Nilai pasaran semasa bagi syarikat ini adalah sekitar $8 bilion bersamaan RM32.61 bilion.
5. RHB Bank
RHB Bank merupakan sebuah syarikat yang digagaskan ketika tahun 1994 dengan nama DBC Bank Berhad sebelum ditukar kepada nama hari ini pada 1997 di Kuala Lumpur.
Buat pengetahuan anda semua, RHB Bank merupakan kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu di Malaysia. Antara perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh RHB Bank adalah perbankan runcit, transaksi urus niaga, dan perbankan patuh syariah.
Sehingga ke hari ini, RHB Bank miliki 250 cawangan merangkumi 9 negara di rantau Asia Tenggara.
Dalam senarai Forbes, RHB Bank berada di kedudukan 1295 dalam rangking syarikat terbesar dunia. Nilai pasaran semasa bagi syarikat ini adalah sekitar $4.4 bilion bersamaan RM17.94 bilion.
Artikel juga boleh dibaca di portal ekonomi dan kewangan kami, The Outlook.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih