Ada banyak alasan untuk kita betul-betul memilih dalam berkawan. Bukanlah kita hendak bersikap cerewet tetapi ini untuk kebaikan diri sendiri juga.

1. Membentuk Tingkah Laku Baik

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa dengan siapa kita berkawan akan mencerminkan diri kita yang sebenar. Oleh itu, kita sememangnya dituntut berkawan dengan orang yang soleh dan warak supaya akhlak kita terjaga. Pada masa yang sama, cuba jauhkan diri daripada rakan yang banyak bermaksiat untuk kita elak akibat daripada perbuatan buruknya.

2. Motivasi Diri

Kawan yang supportive akan menimbulkan keyakinan dan keberanian dalam diri kita untuk cuba ambil risiko. “… When we are working or playing alongside a friend, we suddenly see our energy and creativity blossom, enabling us to soar higher than we ever imagined,” menurut Irene S. Levine, seorang ahli psikologi yang menulis untuk Psychology Today.com

Pada masa yang sama, kawan yang betul boleh menghasilkan aura positif dalam diri. Satu kajian yang diterbitkan pada November 2005 oleh Psychological Bulletin mendapati bahawa emosi positif akan menghasilkan persepsi yang positif terhadap diri dan orang lain, meningkatkan persembahan, kreativiti dan penyelesaian masalah serta kejayaan keseluruhan.

3. Menjadi Matang

Sekiranya kita memilih untuk berkawan dengan orang yang lebih berusia daripada kita, secara tidak langsung kita dapat belajar banyak perkara daripadanya. Seperti yang kita tahu, orang berusia terlebih dahulu makan garam berbanding kita, maka kita boleh mengambil pengajaran daripada pengalamannya yang terdahulu.

Oleh sebab itu, kebanyakan formula orang berjaya ialah belajar dari kesilapan orang yang telah mengharunginya. Dengan itu, kita dapat elakkan diri daripada melakukan kesilapan yang sama. Terutama sekali bagi orang terlibat dalam bisnes.

4. Mencari ilmu

Jika kita mempunyai rakan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang pendidikan, sedikit sebanyak kita dapat cedok pengetahuan yang mereka dah ada. Ini akan memudahkan kita untuk mencari sebarang maklumat yang kita perlukan. Paling kurang, kita boleh berkawan dengan guru atau pensyarah. Hubungan yang baik itu boleh dibina sejak zaman belajar lagi.

5. Mengejar Cita-cita

Ramai orang tahu bahawa Jack Ma, iaitu pengasas kepada Alibaba telah membina syarikat e-perdagangan tersebut bersama dengan 17 orang rakannya di sebuah apartmen. Kajian yang dijalankan iPrice Group mendapati mereka semua berasal daripada pelbagai industri seperti pelaburan perbankan, pembangunan web, pendidikan dan kewartawanan.

Mereka terdiri daripada bekas pelajar, bekas rakan sekerja dan rakan terdekat Jack Ma. Hubungan Jack Ma yang luas dengan rakan-rakannya telah membantunya untuk mencapai matlamatnya apabila berkongsi idea yang sama. Begitu juga kita digalakkan untuk mencari rakan yang sekepala dengan kita supaya mudah untuk merealisasikan impian kita.

RUJUKAN:

  1. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-251: DUDUK BERSAMA GURU DIBUKA 70 PINTU RAHMAT.https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2311-irsyad-al-hadith-siri-ke-251-duduk-bersama-guru-dibuka-70-pintu-rahmat
  2. Do School Counselors Make a Difference? https://classroom.synonym.com/school-counselors-make-difference-12299136.html
  3. A brief history of Alibaba founders: Where, When and How Did They Meet?. https://www.nst.com.my/business/2018/09/412463/brief-history-alibaba-founders-where-when-and-how-did-they-meet

Artikel dikirimkan oleh Ajmal Mustafa untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.