Selama 30 tahun sekurang-kurangnya industri sains dan perubatan dipandang maju. Satu demi satu peny4kit yang datang dibendung dan diuruskan dengan sempurna.

Namun bermula 1 Disember 2019, semuanya berubah. 7 bulan kemudian, angka kem4tian angkara koronavirus yang begitu halus sehingga tidak boleh dilihat dengan mata kasar telah meragut 602,757 ny4wa daripada muka bumi ini.

Pandangan tinggi terhadap industri sains dan perubatan ibaratkan dihentam daripada belakang.

Namun sejarah membuktikan bahawa kegemilangan sains berputik daripada dugaan yang besar.

Cara hidup manusia sentiasa berubah selepas menghadapi kesukaran. Motif pep3r4ngan mendidik manusia untuk naikkan benteng dan tembok tinggi.

Jika dulu musuh ialah manusia sendiri (benteng pertahanan), sekarang musuh ialah air pula (benteng persisiran).

Namun proses menghadapi sesuatu kesukaran itu kadangkala memakan masa sangat lama. Rom Timur tidak bangkit terus selepas kehilangan Konstantinopel.

Dan koronavirus pula ialah dugaan moden, berlaku disebabkan bukan saja gaya pemakanan eksotik di China – sebaliknya kerana kerajaan-kerajaan dunia yang terlalu selesa dengan keselesaan.

Hasilnya, koronavirus memberikan kesan berangkaian terhadap orang ramai.

Rata-ratanya m4ngsa meninggal dunia pun terdiri daripada golongan susah yang tidak berpengetahuan ataupun berkemampuan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pembersihan diri (tidak mampu beli topeng misalnya).

Jutaan Dijangka Terheret Ke Kancah Kemiskinan

Bagi setiap orang yang gvgur angkara koronavirus, sembilan dalam kalangan keluarga mereka dianggarkan meratapi pemergian.

Itulah kajian yang diterbitkan oleh Profesor Ashton Verdery daripada Institut Penyelidikan Populasi dan Institut Sains Data dan Komputer.

Verdery menggunakan konteks Amerika Syarikat untuk memahami impak emosi dalam badaian koronavirus. Menurutnya, jika virus membvnuh 190,000 orang, 1.7 juta lagi akan terkesan akibat kehilangan saudara.

Angka ini wajar digunakan untuk mewakili seluruh dunia. Manusia diciptakan dalam bentuk sama.

Ibu bapa disayangi anak-anak. Datuk nenek disayangi cucu. Abang disayangi adik. Adik disayangi kakak. Sepupu disayangi sepupu. Dan sebagainya, juga sebaliknya.

Belum dikira lagi sahabat-sahabat andai dan kenalan-kenalan rapat. Kehilangan seseorang boleh memberikan kesan terhadap sebuah komuniti pun.

Malah koronavirus yang lebih memb4hayakan orang-orang tua mendedahkan impak emosi terhadap anak-anak muda.

Belum sempat memb4las bakti, sudahpun dijemput-Nya. Begitulah konteks yang mudah difahami dalam penghujahan ini.

Terlalu banyak keluarga dalam ratapan akibat COVID-19

Lebih teruk lagi, ramai yang tidak bersedia pun untuk mengharungi perintah berkurung terlalu lama dan juga resam baharu.

Berbulan-bulan di rumah bersama anak-anak boleh mengundang masalah juga.

Sekolah tutup, kerja bertambahan di rumah, pendapatan terutamanya perniagaan terjejas; k0nfl1k keluarga ialah perkara terakhir yang diperlukan.

Ada yang berpisah pun, apatah lagi bercerai-berai sepertimana dilihat di Ireland Utara apabila permohonan sedemikian meningkat secara mendadak (McDaid, 2020).

Trend ini dikhuatiri bertambah buruk ekoran duduk rumah terlalu lama. Pengurniaan zuriat pada masa pembuangan kerja boleh mencetuskan ketegangan yang mengganggu keharmonian keluarga.

Maka sementara koronavirus membadai, ada banyak perkara perlu dikendalikan secara cermat.

Kehilangan pasangan mungkin menghilangkan punca pendapatan. Kem4tian ibu-bapa mungkin memudarkan nikmat hidup. Kem4tian kanak-kanak boleh menguji hubungan, apatah lagi jika wujud unsur tunding jari.

Golongan yang tidak kehilangan sesiapa pun masih dibuai dengan badaian koronavirus. Para wanita terutamanya dalam kalangan minoriti melaporkan mereka takut dan gusar dengan masa depan masing-masing (Holland, 2020).

Gejala bvnuh diri juga harus diambil kira, disebabkan kemurungan akibat terkesan dek koronavirus.

Melihat kriteria laporan data, mungkin bvnuh diri tidak menambahkan angka koronavirus pun… meskipun dengan jelas peranan peny4kit ini disebaliknya.

RUJUKAN:

Holland, K. (2020, Mei 8). What COVID-19 is doing to our mental health. Healthline. Retrieved from https://www.healthline.com/health-news/what-covid-19-is-doing-to-our-mental-health

McDaid, L. (2020, Julai 18). Coronavirus: P4nd3mic has catastrophic impact on families. BBC. Retrieved from https://www.bbc.com/news/uk-northern-ireland-53327738

Penn State. (2020, Julai 13). About nine family members to suffer grief from every COVID-19 f4tality. Science Daily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2020/07/200713125509.htm


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.