Rusia mengamalkan dasar keagamaan yang agak menarik. Melihat perundangannya yang digubal pada tahun 1997, Islam diletakkan sebagai warisan utama dan agama rasmi bagi negara tersebut.

Begitu juga dengan Judaisme dan Buddha; ketiga-tiga agama ini bagaikan bahagian kekal abadi bagi budaya Rusia (Bordeaux, 2003).

Fitrahnya, semua agama diraikan dengan penuh penghormatan, satu tauladan menarik kalau dibandingkan dengan sejarah komunisme silamnya.

Islam tidak pernah luntur dalam Rusia. Agama ini mempunyai tempat penting sejak pemerintahan Maharani Yekaterina II (Catherine the Great) lagi.

Imperatritsa ini siap mengeluarkan dana supaya ulama-ulama Islam boleh dilahirkan melalui program biasiswa Orenburg. Dari program inilah imperialisme Rusia berkekalan tanpa batasan sektarianisme.

Dibuang 69 tahun kegilaan Sovietnya, Rusia tidak pernah berubah. Semua agama berfungsi dibawah naungan Kristian yang dianggap roh bagi bangsa.

Dan pada hari ini, lebih daripada 10 juta rakyat Rusia telah mengangkat syahadah. Angka ini tidak melibatkan populasi di Chechnya dan Ingushetia yang berdepan dengan ger0mb0lan militan.

Maka segala rukun terutamanya berpuasa di bulan Ramadan. Agak sukar untuk menokhtahkan satu waktu solat bagi Rusia, oleh kerana saiz negara tersebut.

Malaysia yang kecil pun mempunyai waktu-waktu berlainan, apatah lagi status Rusia yang bersifat antarabenua.

Mudah kata populasi Islam Moscow perlu berpuasa daripada Subuh (02:41 pagi) hingga Maghrib (07:52 malam) dalam keadaan suhu diramalkan 10ºC hingga -1ºC.

Walaupun suhunya sejuk, mereka perlu makanan yang berzat untuk bertahan selama 17 jam 11 minit. Malah dalam seminggu sebelum Aidilfitri, tempoh puasa mereka ialah 18 jam 41 minit.

Jadi bagaimana mereka bersahur?

  • Nasi Daging

Nasi ialah satu makanan ruji yang sangat bervariasi. Bangsa Melayu mempunyai kosakata yang berpelbagai untuk hal ini. Bagi British perkataan “rice” mempunyai tiga pengertian iaitu padi, beras dan nasi.

Takkan sesekali seorang Melayu turun bendang untuk membuat kerja “tuai nasi”. Tetapi untuk British, “rice harvesting” ialah sebutan biasa.

Bagi bangsa Rusia pula “nasi daging” ialah “govyadina plov” (beef pilaf). Ada beza antara “rice” (nasi yang ditanak dengan air) dan “pilaf” (nasi yang ditanak dengan rebusan ayam atau daging).

Hidangan ini berasal daripada etnik-etnik Islam sendiri seperti Kazakh, Tatar dan Uzbek sejak era imperialisme dan Soviet.

Variasi ini juga digantikan dengan ayam, kambing dan unta (jarang sekali).

  • Sup Ubi Merah

Cetusan Ukraine ini mungkin bunyinya biasa. Tetapi sekejap saja perut boleh penuh jika digaulkan dengan nasi. Sup ubi merah atau borscht sangat bersesuaian dengan suhu sejuk.

Daging dan ubi bit merah perlu direbus selama mana yang diinginkan untuk mencapai tekstur tertentu. Malah borscht juga mempunyai variasi sayur sorrel (borscht hijau) dan bijirin rai (borscht putih).

Selain nasi, sup ubi merah ini boleh juga dihidang bersama uszka (dumpling) dan roti pampushka.

Uszka Cendawan dalam Borscht
  • Daging Tumis

Bunyi makanan ini mungkin agak kekampungan Melayu. Tetapi cirinya jauh sekali daripada dunia luar bandar Malaysia. Kerana daging tumis dalam bahasa Rusia mempunyai nama yang sangat laris di seluruh dunia.

Beef stroganoff merupakan makanan berat yang boleh digaulkan bersama nasi atau pelmeni (pun dumpling juga).

Sementara uszka berasal dari Poland yang menggunakan cendawan dan daging kisar, pelmeni pula mempunyai jaringan lebih meluas seperti ikan, sayur dan sebagainya.

Gabungan beef stroganoff dan pelmeni boleh menjaminkan kekenyangan. Kalau tidak, takkanlah pelmeni boleh dinamakan “jantung makanan Rusia” kerana itulah selalu menyapai tekak mereka.

Rujukan:

Bordeaux, M. (2003). Trends in Religious Policy. Taylor and Francis. Pp 46.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.