Siberia dikenali sebagai salah satu kawasan yang memiliki populasi hidupan paling jarang di dunia, hampir tiada manusia mendiami  kawasan ini. Ini kerana keadaan iklimnya yang sangat mencabar, terutamanya musim sejuk yang panjang dan suhu yang lazimnya mencecah tahap beku −13 ° F (−25 ° C).

Namun, ada sebilangan kecil manusia yang tinggal di sana walaupun terasing dari ketamadunan yang semakin maju, mungkin kerana terpaksa. Satu keluarga yang berasal dari Rusia menjadi terkenal di seluruh dunia kerana telah hidup hampir sepanjang abad ke-20 jauh dari segala peradaban manusia di taiga Siberia, daerah Abakan.

KEMPEN ANTI-AGAMA USSR 1928-1941

Segalanya bermula semasa operasi penghap*san agama di Rusia pada tahun 1936. Memasuki tahun 1932 hingga 1937, Joseph Stalin melancarkan kempen ‘pelan lima tahun tanpa Tuhan’ dan organisasi League of Milit*nt Godless bertanggungjawab untuk menghap*skan sepenuhnya segala pandangan keagamaan di negara itu. Banyak kaedah dan taktik keg*nasan yang sama juga dikenakan terhadap pihak lain yang dianggap sebagai musuh ideologinya.

Joseph Stalin

Sasaran utama kempen anti-agama ini adalah Gereja Ortodoks Rusia dan Islam, kedua-duanya mempunyai bilangan penganut terbesar, namun Gereja Ortodoks Rusia menerima kesan yang paling teruk. Hampir semua agamawan, dan kebanyakan penganutnya, samada dit*mbak m*ti atau dihantar ke kem buruh.

Sekolah teologi ditutup, dan sebarang penerbitan risalah masjid dan gereja adalah dilarang. Lebih daripada 85,000 pendeta Ortodoks dit*mbak pada tahun 1937 sahaja. Hanya dua belas pendeta Gereja Ortodoks Rusia yang berfungsi di paroki mereka pada tahun 1941.

League of Milit*nt Godless menggunakan pendekatan keg*nasan terhadap golongan beragama dalam melancarkan kempen, dengan alasan demi melindungi negara atau sekadar melawan pihak yang melanggar undang-undang.

Keluarga Lykov juga tidak terlepas dari penind*san, memandangkan mereka adalah pengikut fahaman Old Believers – sekte Ortodoks Rusia yang fundamentalis yang telah ditind*s di Rusia sejak zaman Peter the Great (awal abad ke-18).

Bersama dengan beberapa harta benda dan biji benih, Lykov merantau semakin jauh dan semakin dalam ke taiga Siberia. Mereka juga membawa roda pemintal untuk membolehkan mereka membuat dan membaiki pakaian, yang mereka seret sejauh beratus-ratus batu.Selepas pembun*han abangnya yang dit*mbak oleh peronda Bolshevik pada tahun 1936 diluar desanya, Karp Lykov, bersama isterinya Akulina dan dua lagi anak mereka masing-masing seorang anak lelaki bernama Savin (9 tahun) dan anak perempuan, Natalia (2 tahun) lari menyelamat diri ke dalam hutan dan tidak pernah kembali.

Keluarga itu bertahan hidup dengan memakan kentang dan cendawan liar. Dua lagi anak telah dilahirkan oleh Karp dan Akulina ketika tinggal di taiga iaitu Dmitry pada tahun 1940 dan anak perempuannya Agafia pada tahun 1943.

Karp Lykov

TEKAD MENERUSKAN HIDUP 

Sehingga akhir tahun 70-an, kedua-dua anak Lykov yang lebih muda tidak pernah berhubung dengan manusia di luar keluarga mereka. Segala yang Dmitry dan Agafia ketahui mengenai dunia luar, dipelajari dari kisah-kisah lama yang diceritakan oleh ibu bapa mereka.

Satu-satunya buku yang dimiliki oleh keluarga Lykov adalah kitab doa dan kitab Injil kuno milik keluarga mereka. Akulina, ibu kepada anak-anak yang terasing ini mengajar anak-anaknya membaca dan menulis dengan menggunakan kitab Injil.

Batang kayu dari pohon birch yang diasah dan dicelupkan dengan jus anggur adalah pen dan dakwat mereka. Pakaian keluarga Lykov sering rosak, setelah ditampal dan dijahit berulang kali akhirnya pakaian mereka rosak teruk hingga tiada apa-apa yang boleh dipakai mereka lagi. Jadi, keluarga itu menggantinya dengan pakaian yang dibuat dari tumbuhan rami yang ditanam menggunakan biji benih.

Malangnya, mereka tidak tahu cara untuk menggantikan logam, keluarga itu membawa dua cerek bersama mereka tetapi akhirnya cerek-cerek itu rosak dan tak boleh digunakan akibat karat.

Satu-satunya bahan ganti yang mampu mereka manfaatkan sebagai makanan adalah kulit kayu birch. Oleh kerana ia tidak boleh dibakar dengan api, hendak memasaknya adalah sangat sukar.

Keluarga Lykov terpaksa meneruskan hidup secara kekal di pinggir pergunungan dalam keadaan yang sentiasa kebul*ran, hingga akhir 1950-an, ketika Dmitry mula meningkat dewasa, mereka mula memburu binatang untuk mendapatkan daging dan kulit.Malahan, selama bertahun-tahun Dmitry membesar dengan stamina yang luar biasa, dia mampu berburu tanpa memakai alas kaki pada musim sejuk selama beberapa hari sambil tidur di tempat terbuka dalam suhu yang mencapai tahap beku, ketika itu daging masih lagi sumber yang asing dalam diet pemakanan Lykovs.Oleh kerana mereka tidak memiliki s*njata berburu seperti s*napang atau busur, mereka akan berburu dengan menggali lubang perangkap atau mengejar mangsa yang melintasi kawasan pergunungan.

Kemudian, memasuki tahun 1961, tahun di mana salji turun pada bulan Jun. Segala bekalan makanan yang ditanam di kebun mereka telah m*snah. Keluarga itu terpaksa meneruskan hidup dengan kembali memakan kulit kayu birch, bahkan mereka terpaksa memakan kasut sendiri yang dibuat dengan pohon birch.

Pada tahun itu jugalah, akhirnya isteri Karp, Akulina tidak mampu bertahan lagi, Akulina akhirnya meninggal dunia akibat keb*luran, kerana dia memilih untuk mengutamakan anak-anaknya, dia lebih rela tidak makan dan m*ti dalam kelaparan.

BAGAIKAN HIDUP DI ZAMAN PERTENGAHAN

Pada tahun 1978, seramai empat orang ahli geologi Soviet meneroka kawasan daerah Abakan untuk mencari kemungkinan terdapat kawasan lombong bijih besi yang berpotensi.

Mereka menjadi bingung apabila mereka terserempak dan menemui sebuah tempat yang kelihatan seperti penempatan manusia, iaitu bangsal yang lengkap memiliki kebun di sebuah kawasan yang terpencil,150 batu jauh dari penempatan yang terdekat.

Para saintis tersebut memutuskan untuk menetap dengan membina penempatan sementara dan kemudian kembali mengunjungi habitat yang mereka temui selepas itu.

Apa yang kemudian mereka temui adalah satu keluarga kecil yang gaya hidupnya seolah-olah mereka datang dari zaman pertengahan. Para saintis itu menawarkan beberapa hadiah seperti makanan kepada mereka, tetapi keluarga itu hanya mahu menerima garam, yang sudah 40 tahun tidak dinikmati oleh Karp.

Mereka juga terperanjat apabila diberitahu mengenai peristiwa manusia pertama yang mendarat di bulan, bahkan Karp tegas menganggap itu adalah cerita dongeng. Apa yang paling menarik perhatian, keluarga itu mengakui bahawa mereka sama sekali tidak menyedari mahupun mengetahui bahawa peristiwa-peristiwa besar dunia seperti P*rang Dunia Kedua pernah berlaku.

Bagaikan terkena kejutan budaya, ketua keluarga itu malahan lebih terpesona dengan satu pek makanan yang dibungkus dengan plastik selofan yang lutsinar, lalu berkata: “Oh Tuhan, entah apa yang mereka lakukan, ini adalah kaca tetapi boleh digulung-gulung!”

LEGASI TUNGGAL

Tidak lama kemudian setelah ditemui oleh para saintis Soviet, menjelang musim gugur pada tahun 1981, tiga daripada empat orang anak Karp telah meninggal dalam jangka waktu yang singkat.

Doktor percaya bahawa Natalia dan Savin m*ti akibat kegagalan buah pinggang kerana diet mereka yang buruk, sementara Dmitry dipercayai mend*rita radang paru-paru yang mungkin dijangkiti dari salah seorang para saintis yang menemui mereka. Maka tinggallah Lykov dan Agafia sahaja yang masih terus hidup.

Agafia

Para saintis terbabit, yang kemudian menjadi sahabat rapat keluarga itu berusaha meyakinkan Karp dan Agafia untuk berhijrah keluar dan hidup bersama saudara-mara mereka di sebuah desa yang berjarak sejauh 150 batu, tetapi mereka tetap menolak

Karp Lykov akhirnya meninggal dunia pada bulan Februari 1988, meninggalkan anak perempuannya Agafia sebagai satu-satunya pewaris dari dirinya yang terus kekal hidup bersendirian di sebalik pergunungan taiga Siberia hingga ke hari ini.

Agafia telah berusia 76 tahun ketika ini. Hari ini dia merasa sudah cukup bahagia hidup bersama dengan belasan ekor kucing dan anjing yang dipeliharanya, jadi, dia tidak pernah terlintas sebarang hasrat untuk berpindah ke tempat lain.

RUJUKAN:

Wikipedia – Agafia Lykova : https://en.m.wikipedia.org/wiki/Agafia_Lykova

Lost in Taiga (Lykov families documentary) : https://youtu.be/AyQIGgeeYno


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.