1- Bediuzzaman Said Nursi
Bediüzzaman (بديع الزّمان, Badī’ al-Zamān) bermaksud “keajaiban zaman”. Seorang ulama’ Islam Sunni Kurdi. Dia menulis Koleksi Risale-i Nur, sebuah koleksi komentar Qur’an yang melebihi enam ribu halaman.
Percaya bahawa sains dan logik moden adalah solusi masa depan, dia menganjurkan mengajar sains keagamaan dalam sekolah-sekolah sekular dan sains moden di sekolah-sekolah agama.
Said Nursi mengilhamkan gerakan keagamaan yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan Islam di Turki dan sekarang berjumlah beberapa juta pengikut di seluruh dunia. Para pengikutnya sering dikenali sebagai “gerakan Nurcu” atau “Nur cemaati”.
2- Imam Syamil al-Daghestani al-Naqsyaband
Sebagai sufi dengan Tarekat Naqsyaband, selama 25 tahun dia mengetuai perjuangan menentang Rusia. Dia mempelajari ilmu-ilmu Islam dengan seorang guru mursyid Naqsyaband; Shaykh Jamal al-Din al-Ghumuqi al-Hussayni yang memiliki pengetahuan meluas. Imam Shamil mengalahkan tentera yang terdiri daripada 150,000 tentera Russia dengan hanya 4,000 mujahidden.
Di satu pertempuran, dia cedera dan kekal dalam keadaan koma selama 25 hari, apabila dia bangun, dia mendapati isterinya di tempat tidurnya dan kata-kata pertamanya adalah: “Waktu solat dah habis? Sempat tak ibu saya solat?” Mujahidin ini menjadi mimpi ngeri bagi tentera Rusia. Perlawanan Imam Shamil siap siaga dengan senjata asas dari tahun 1834-1859.
Resistance degil mereka di Caucasus masyhur di seluruh dunia. Pada akhir umurnya, Imam Shamil dibiayai pergi ke Hijaz untuk naik haji. Dia dihoskan oleh Sultan Uthmaniyyah Abdülaziz di Istanbul dan Khedive Ismail Pasha di Mesir.
Imam Shamil tidak dapat kembali ke Istanbul selepas haji dan meninggal di Madinah pada tahun 1871. Dia dikebumikan di Maqbaratul Baqī ‘ di Madinah.
3- Syeikh Abdul Qadir al-Jazair
Amir Abdul Qadir al-Hasani al-Jazairi adalah seorang syarif (sayyid) dan mursyid Tarekat Qadiriyyah. Dia hafal Al-Qur’an di usia 14 tahun, menguasai berbagai disiplin ilmu, dari fiqh tasawuf, hingga sastera. Ketika Aljazair dijajah Perancis pada tahun 1832 M, ayahnya diangkat sebagai Amirul Mu’minin dalam sebuah pertemuan berbagai kabilah wilayah Barat Aljazair.
Ayahnya menolak kerana merasa dirinya terlalu tua. Lima hari kemudian, di Masjid Agung Mascara, Abdul Qadir al-Jazairi diangkat sebagai Amirul Mu’minin menggantikan ayahnya. Dalam waktu satu tahun, Abdul Qadir berhasil menyatukan berbagai kabilah dan wilayah, memberikan perlawanan sengit kepada Perancis yang memaksa mereka masuk ke meja perundingan dan menyepakati perjanjian damai (Treaty of Tafna).
Setelah itu, Ia mendirikan sebuah negara berdaulat, tapi selalu menolak pemberian gelar sultan oleh para bawahan dan pengikutnya. Beberapa tahun kemudian, dengan berbagai perangkap dan khianat, Perancis menangkap Amir Abdul Qadir al-Jazairi dan mengasingkannya di Touloun, Perancis. Ramai banduan kristian yang tinggal sebilik di penjara masuk Islam melihatkan akhlaknya. Bandar Elkader di Iowa, Amerika dinamakan dari inspirasi syeikh sufi ini.
4- Sayyid Umar Mukhtar
Seorang pejuang sufi dengan Tarekat Sanusiyyah. Lahir pada tahun 1862 di Bathafat, timur Libya. Ia berasal dari suku Munfah. Dalam usia yang masih kecil, beliau sudah berjaya menghafal seluruh al Quran dan mempelajari ilmu agama di tempat kelahirannya.
Ia kemudian berangkat Ke Jaghbub, di kota ini ia menjadi murid kepada Muhammad Idris putera dari Sayyid Muhammad al Mahdi. Gerakan “Sanusiyyah” yang turut dianggotai oleh Umar Mukhtar telah menggunakan taktik ser4ngan gerila dalam menghadapi penjaj4han Itali.
Taktik ser4ngan tersebut menyebabkan Itali terpaksa bergelut dengan tentera Islam selama 20 tahun untuk menguasai Libya. Pada 12 September 1931, adalah tarikh hitam bagi pasukan tentera Islam di Libya apabila Umar Mukhtar diberkas oleh Kolonial Itali setelah pertempuran sengit berlaku di antara kedua-dua pihak di Slonta, berhampiran Jabal al-Akhdar. Dia dijatuhkan hukuman m4ti oleh penj4jah Itali.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih