Permainan cuaca kadangkala amat membimbangkan. Cuaca panas berpanjangan seringkali berakhir dengan taburan hujan yang sangat tinggi. Dari dulu sampai sekarang, hukum alam tidak pernah bertukar.
Malah perubahan iklim memburukkan keadaan dengan cuaca bertambah ekstrim. Satu masa dahulu, China mengalami kemarau dua tahun bermula 1928 (Glantz, 2003). Keadaan geopolitik ketika itu melibatkan peperαηgαη. Jadi ramai orang terperαηgkαp dalam belenggu kebuluran (Sheffield & Wood, 2012).
Kemarau ini tamat pada musim salji tahun 1930. Salji ketika itu turun begitu banyak, meηimbυskan kawasan pergunungan dengan lambakan ais. Walaupun dalam keadaan berempingan, ais tetap ais.
Apabila tiba masanya, ais akan cair. Dan pada awal 1931, ais pun cair dan mengalir terus ke Sungai Yangtze yang parasnya mula naik disebabkan hujan lebat berterusan selama beberapa bulan.
Pada bulan Jun, ramai terpaksa tinggalkan kampung di kawasan tanah rendah (Courtney, 2018). Datang musim panas, berlaku sembilan ribut taufan hingga musim.
Hilangnya England Di China
Keadaan cuaca semasa musim panas menjadi penentu pada masa itu. Jika ribut taufan tidak berlaku, nescaya Sungai Yangtze boleh surut balik macam biasa. Kerana musim bunga di China selalu mesti hujan.
Dan memang hujan pun – begitu lebat sampai semua sungai berdekatan terkesan. Air mula naik sampai 180,000 kilometer persegi. Untuk faham perspektif, bayangkan Lautan Atlantik menenggelamkan England dan separuh daripada Scotland. Itulah impak ditanggung rakyat China pada masa itu.
Pekan Hankou pada 19 Ogos 1931 tenggelam dengan paras air naik sampai 16 meter (Pietz, 2002). Begitu dαhsyαt keadaan di China, samapi hilang Anhui, Hubei, Hunan, Jiangsu, Jiangxi, Henan, Shandong dan Zhejiang.
Kerajaan menjangka 25 juta orang terjejas akibat banjir ini. Tetapi sejarawan pula berpendapat angka mαηgsα banjir mesti mencecah 53 juta. Angka kemαtiαη pula mencecah sehingga 4 juta orang, bergantung kepada sumber laporan yang dipetik, atas faktor lemαs dan kelaparan dan penyakit.
Walau bagaimanapun, media Barat pada masa itu melaporkan angka kemαtiαη patut melebihi 3.7 juta orang.
Tempias Pada Ekonomi China
Paras air meningkat terlalu tinggi dan perlu masa sangat lama untuk surut seperti biasa. Jadi mαηgsα pun menumpang di mana-mana saja yang boleh. Sampai tempat ditumpangnya pun kemudian naik air.
Lari punya lari, kawasan di pesisiran zon banjir bertambah sesak (overcrowding) hingga tiada penjagaan kebersihan yang baik. Penyakit merebak begitu pantas dalam kalangan mαηgsα. Makanan pun tidak cukup, sampai terpaksa jual anak dan makan daging manusia untuk terus hidup.
Itu belum lagi bab kehilangan infrastruktur dan pembangunan. Hari ini China bina bangunan tinggi-tinggi. Tetapi dulu hampir semua bangunan sekadar setingkat, yang habis tenggelam pada hari kejadian. Sesetengah kawasan perlu tunggu tiga bulan untuk air betul-betul surut.
Untuk meningkatkan jaminan makanan, kerajaan Kuomintang memohon bantuan Amerika Syarikat dalam bentuk pinjaman gandum. Satu saja yang susah. China tiada kerajaan yang stabil.
Antara tahun 1930 hingga awal 1932, China bertukar-tukar pemimpin seperti Chiang Kai-shek (1 tahun), Chen Mingshu (13 hari) dan Sun Fo (31 hari). Bermula 28 Januari 1932, baru China mendapat Wang Jingwei yang bertahan hampir empat tahun. Kestabilan kerajaan menjaminkan pentadbiran yang mapan.
Dan apabila Parti Komunis mengambil alih, salah satu usaha dibuat Mao Zedong adalah berkempen untuk Empangan Three Gorges.
RUJUKAN:
Courtney, C. (2018). The Nature of (ditapiskan) in China: The 1931 Yangzi River Flood. Cambridge University Press. Halaman 54.
Glantz, M. (2003). Climate Affairs: A Primer. Island Press. Halaman 252.
Pietz, D. (2002). Engineering the State: The Huai River and Reconstruction in Nationalist China 1927-1937. Routledge. Halaman 61-70.
Sheffield, J., & Wood, E. (2012). Drought: Past Problems and Future Scenarios. Routledge. Halaman 147.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih