4 Julai 2020, Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) yang ke-185. Tarikh ini diwartakan sebagai cuti umum sejak tahun 1941 namun tradisi sambutan hari kemerdekaan telah lama disambut sejak abad ke-18 Masihi.

Pada 2 Julai 1776, Kongres Continental mengundi untuk memerdekakan 13 Koloni Great Britain di Amerika dari raja Britain (United Kingdom dan Ireland) bernama George III. 2 hari kemudian, kongres tersebut mengisytiharkan 13 koloni tersebut merdeka. Maka, 4 Julai menjadi sambutan umum bagi rakyat AS merayakan hari kemerdekaan mereka.

Sejarah menuju kemerdekaan AS bermula apabila berlakunya P3rang Revolusi pada April 1775, di mana koloni Britain ingin membebaskan diri dari cengkaman Great Britain. Pada pertengahan tahun 1776, semakin ramai rakyat koloni berjuang menuntut kemerdekaan setelah penyebaran berita tuntutan kemerdekaan revolusi dan sebaran pamphlet terkenal iaitu ‘Common Sense’ yang diterbit oleh Thomas Paine.

Pada 7 June 1776, Kongres Continental diadakan di Pennsylvania State House (kemudian menjadi dewan kemerdekaan), Philadelphia. Richard Henry Lee, nagarawan dari Virginia mengusulkan kemerdekaan 13 koloni Great Britain ini.

Pengusulan ini mengundang perdebatan hangat dalam kalangan ahli kongres. Kerana pengusulan kemerdekaan ini tiada kata putus, Kongres menunda undian usul Lee ini, tapi melantik 5 orang ahli kongres yang menyokong usul tersebut – Thomas Jefferson dari Virginia, John Adams dari Massachusetts, Roger Sherman dari Connecticut, Benjamin Franklin dari Pennsylvania, dan Robert R. Livingston dari New York – menulis draf berkenaan justifikasi kemerdekaan dari Great Britain.

Pada 2 Julai, Kongres Continental hampir sebulat suara mengundi untuk menerima usul kemerdekaan Lee (pada mulanya Perwakilan New York menolak, kemudian mengundi untuk menerima usul tersebut). Pada hari yang sama juga, John Adams menganggap bahawa tarikh itulah Kongres mengisytiharkan hari kemerdekaan AS. Pernah beliau menulis surat kepada isterinya, Abigail yang berbunyi:

“Hari kedua Julai 1776 akan menjadi hari paling diingati dalam sejarah Amerika. Saya mahu percaya bahawa ianya disambut oleh generasi akan datang sebagai hari ulang tahun terhebat. Ianya patut diletakkan sebagai hari pembebasan, dengan izin TUHAN YANG MAHA BESAR. Ianya patut diiringi dengan rasa gah, perarakan, pertunjukan, permainan, sukan, senjata api, loceng, unggun api, pencerahan daripada hujung benua ni ke hujung yang lain, bermula dari detik ini sampailah bila-bila.”

Masuk 4 Julai, barulah Kongres mengisytiharkan Hari Kemerdekaan. Walaupun undian telah sebulat suara memerdekakan AS pada 2 hari sebelum, 4 Julai menjadi tarikh rasmi sambutan hari kemerdekaan. Manakala John Adams pula tidak menghadiri sambutan tersebut kerana protes atas tersalah tarikh.

SAMBUTAN PERTAMA 4 JULAI

Dalam tahun-tahun sebelum P3rang Revolusi AS, para koloni menyambut pesta tahunan sempena memperingati hari ke putera raja mereka. Mereka sambut dengan deringan loceng, perarakan, pidato, dan pesta unggun api. Tibanya hari kemerdekaan, sesetengah rakyat koloni sambut dengan perarakan ejekan pengebumian King George III, sebagai simbol kuasa monarki telah m4ti di Amerika dan tertiupnya semboyan pembebasan.

Sambutan hari kemerdekaan diserikan dengan konsert, pesta unggun api, pembaris an ketenteraan, dan tembakan meriam dan senjata musket. Masuk tahun 1777, Philadelphia adalah negeri pertama menyambut hari kemerdekaan secara tahunan walaupun P3rang Revolusi AS masih berlangsung.

Sambutan di Philadelphia meriam dengan tembakan 13 laras meriam kapal sebagai tanda memperingati usaha 13 koloni Great Britain memerdekakan diri. Maka, dari tembakan meriam inilah wujudnya tradisi bunga api setiap kali sambutan hari kemerdekaan berlangsung. Pernah Pennsylvania Erving Post melaporkan sambutan hari kemerdekaan tersebut:

“..pada waktu malam terhadap pertunjukan bunga api besar-besaran
(yang bermula dan berakhir dengan 13 roket) di Commons Park, dan sesungguhnya bandar pada malam itu tersangatlah cantik.”

Pernah George Washington, ketua tentera Continental pada ketika itu menggandakan minuman rum kepada para tentera sebagai hadiah sambutan kemerdekaan pada 1778. Tahun 1781, Massachusetts menjadi negeri pertama menjadikan hari kemerdekaan sebagai cuti umum negeri.

Selepas P3rang Revolusi, warga Amerika meneruskan sambutan kemerdekaan setiap tahun, bagi mewujudkan rasa kesatuan sesama rakyat dan negeri-negeri terutamanya negeri yang baru dibina. Akhir abad ke-18, parti utama Amerika iaitu Federalist dan Democratic-Repbulican mula menerima sambutan 4 Julai.

4 JULAI MENJADI CUTI PERSEKUTUAN

Masuk P3rang 1812, iaitu p3rang armada AS melawan Great Britan, semangat patriotik Amerika semakin membuak. Tahun 1870, Kongres AS mengisytiharkan 4 Julai sebagai cuti persekutuan. Pengisytiharaan ini bukan saja menghilangkan motif politikal sambutan cuti kemerdekaan ini, malah ia menjadi simbolik kepada semangat nasional warga AS kepada negaranya.

Kerana 4 Julai jatuh pada pertengahan musim panas, sejak akhir abad ke-19 cuti tersebut menjadi cuti bagi keluarga untuk menyambut hari kemerdekaan dengan mengadakan perjumpaan semula, barbecue, dan bermain bunga api. Tambahan lagi, kibaran bendera AS dan nyanyian lagi kebangsaan ‘The Star-Spangled Banner’ menambahkan lagi kemeriahan sambutan negara Uncle Sam.

RUJUKAN:

Fourth of July – Indpendence Day. HISTORY. Retrieved from 5 July 2020. https://www.history.com/topics/holidays/july-4th

Becker, Carl L. (1922). The Declaration of Independence: A Study in the History of Political Ideas. New York: Harcourt, Brace. OCLC 60738220. Retrieved July 4, 2020. Republished: The Declaration of Independence: A Study in the History of Political Ideas. New York: Vintage Books. 1958.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.