Hacker atau penggodam merupakan individu yang berkemahiran tinggi dalam mengubah-suai perisian, pengaturcaraan (programming) dan urusan lain berkaitan ciri keselamatan siber.

Penggodam kadangkala dipaparkan sebagai individu penuh misteri dan sering kali dikaitkan dengan jenayah siber.

Jangan silap faham, Tidak semua penggodam atau hacker terlibat dalam aktiviti jenayah siber.

Adapun hacker boleh dipecahkan kepada beberapa kategori mengikut peranan dan keinginan masing-masing dalam mencapai suatu objektif.

Antara contoh, White Hat Hacker merupakan penggodam ‘baik’, Mereka lebih dikenali sebagi Penetration Test/Ethical Hacker. Jawatan ini sememangnya wujud dan diupah oleh syarikat untuk menguji sistem keselamatan syarikat.

Lain pula dengan Black Hat Hacker yang lebih memberontak dan secara teknikal sering terlibat dalam kegiatan jenayah siber.

Bak kata seorang Ethical Hacker, ‘everything is hackable’. disebabkan itu kita disarankan untuk membuat kemas kini sistem(system update) dalam perant supaya dapat meningkat sistem keselamatan dan mengurangkan risiko.

Oleh itu, ada beberapa kaedah serangan siber digunakan seperti DDos Attack, SQL Injection Attack, Cross-Site Scripting(XSS) dan beberapa lagi method yang lain.

Seorang hacker mesti-lah mempunyai akal cerdas dan berdaya tinggi dalam mencari titik kelemahan sistem yang disasarkan.

  • Gary McKinnon
Gary Mckinnon

Semenjak Mckinnon masih kanak-kanak, dia obses dan nak sangat ambil tahu tentang UFO. Bagi Mckinnon, misteri tentang UFO ni adalah perkara menarik untuk dirungkai.

Apabila sudah dewasa, obesesi beliau pada UFO masih menebal dalam diri.

Beliau berfikir bahawa untuk mendapat maklumat lebih terperinci sebaiknya biar-lah terus dapatkan akses secara langsung dari saluran NASA.

Beliau telah menyusup masuk ke dalam 97buah komputer milik Tentera Amerika Syarikat dan NASA, tindakan beliau seterusnya adalah menghapuskan beberapa fail dan memasang virus ke dalam komputer yang telah digodam.

Semua usaha dan perbuatan beliau untuk memuaskan rasa ingin tahu, tapi rasa ingin tahu itu telah bertukar menjadi ‘kecelakaan’ buat dirinya.

Mckinnon ter’kantoi’ dan didapati bersalah atas melakukan pencerobohan dalam rangkaian tentera.

Hapuskan fail dan letak virus bukan itu saja dia buat, Mckinnon sempat letak notis dalam website berbunyi– ‘Sistem kelemahan anda lemah!’. nampak begitu mudah Mckinnon menceroboh masuk!

  • Lulzsec
Logo LulzSec

Lulzsec merupakan sebuah kumpulan Black Hat Hacker terkenal. Nama kumpulan ini mula melonjak naik apabila mereka menggodam laman web syarikat/persatuan besar milik Sony, News International, CIA, FBI dan beberapa lagi organisasi besar.

Pernah sekali mereka menggodam ke dalam akaun News International, membuat berita palsu mengenai kematian Rupert Murdoch(pengurusi dan pemilik saham utama News Corp).

Sesuai dengan motto kumpulan mereka ‘Laughing at your security since 2011”.

  • Adrian Lamo
Adrian Lamo

Adrian Lama memilih untuk mengubah karier selepas mengetahui kemahiran beliau dalam siber.

Kehandalan beliau terserlah dan mula mendapat nama selepas beliau berjaya menggodam laman Yahoo!, Google, Microsoft dan News York Times.

Adrian sering berkunjung ke kafeteria, perpustakaan dan Cyber Cafe. Bukan untuk menjamu selera, membaca atau melayari internet, tetapi menguji sistem keselamatan tempat-tempat tersebut.

Malangnya Adrian Lamo sudah meninggal dunia pada 2018 diusia 37 tahun akibat ketagihan d4d4h, antara suplemen yang sering beliau makan ialah ketum!

  • Kevin Poulsen
Kevin Poulsen

Sejauh mana kebarangkalian kita untuk memenangi kereta dan rumah mewah dengan menyertai teka dan menang peraduan rancangan radio? Kalau bernasib baik menang lah, itu pun mungkin akan cuba berkali-kali, melainkan anda seorang Kevin Poulsen.

Poulsen menyusuri pertandingan panggilan agar dia dapat memenangi kereta Porsche.

Setelah dikesan FBI mula menjejakinya. Poulsen kemudian didapati bersalah atas tujuh tuduhan penipuan mel, pengubahan wang haram dan sebagainya.

Ternyata benar tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Walaupun jenayah yang dilakukan beliau bukanlah suatu perbuatan yang harus dipuji, sekurangnya masu lalunya mencipta masa depannya.

Poulsen kini berkhidmat sebagai Editor Kanan disebuah Portal Majalah Teknologi, Wired.

RUJUKAN:

Famous Hackers and their groups: https://careersincybersecurity.com/famous-hackers-and-their-groups-adrian-lamo-and-project-vigilante/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.