Tahun 2020 menyaksikan pandemik moden bersifat global pertama yang melanda hampir semua negara dunia. Di tangan Tuhan, tidak ada yang berlaku secara kebetulan (coincidence).

Di tengah-tengah kepayahan ini, ulama’ berpesan kepada kita agar tidak panik. Jangan paranoid atau ketakutan yang melampau. Bersabar di atas bala’, banyak pahalanya. Bala’ yang terjadi hari ini dan esok lusa ialah sebahagian daripada fitnah akhir zaman, yakni dugaan dan ujian bagi orang beriman.

Asy-Syibli berpesan, “Jangan banyakkan kehendakmu, apa ditakdirkan pasti terjadi. Ketika takdir telah jatuh, maka lazimkanlah diri untuk berdiam. Kita ialah makhluk, setiap kita hamba. Sedang Tuhan berbuat apa sahaja sekehendaknya. Apa saja yang ditetapkan untukmu pasti berlaku. Apa saja yang tidak ditetapkan untukmu tidak akan berlaku.”

Banyakkan sabar, ini bukanlah cobaan yang terakhir. Bagi umat akhir zaman, kita sudah terlalu dekat dengan kemunculan petanda besar kiamat yang pertama; Kemunculan Imam Mahdi dan seterusnya Dajjal. Buka mata, hampir semua petanda kecil kiamat sudah terjadi. Habib Abu Bakar Adni mengatakan, apabila sempurna semua petanda kiamat kecil, justeru akan berlakulah petanda besar kiamat.

Rasulullah ﷺ bersabda, “..ketahuilah, sesungguhnya keselamatan umat ini ada pada generasi pertama, sedangkan generasi terakhir akan menderita ujian dan fitnah yang datang. Saat fitnah datang, seorang mukmin berkata: “Inilah kebinasanku,” lalu fitnah itu lenyap. Selanjutnya, datang fitnah lainnya, ia pun berkata: “Ini kebinasaanku,” lalu fitnah itu hilang. Tidak lama kemudian datang fitnah lagi dan orang itu berkata: Ini kebinasaanku,” kemudian fitnah itu hilang. Siapa yang ingin dijauhkan dari neraka dan masuk syurga, hendaklah ia meninggal dunia dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari akhir, menggauli manusia dengan apa yang ingin dirinya digauli. Siapa yang membaiat seorang imam, hendaklah ia mentaatinya kalau mampu..” (HR Ahmad)

Setiap Nabi-nabi memperingatkan umatnya tentang kedatangan Dajjal. Dalam riwayat masyhur yang digelar Hadis Jibril, Nabi Muhammad ﷺ telah menjawab berkenaan petanda kiamat, dalam riwayat yang sama dengan rukun agama yakni Islam, Iman dan Ihsan. Hal ini menunjukkan bukan perkara remeh bagi kita melihat tanda-tanda yang muncul supaya lebih bersedia menghadapi peristiwa besar yang menjelang. Dalam hadis Tamim al-Dari pula, Dajjal yang dijumpainya dirantai di sebuah pulau, bertanyakan pula tentang fenomena alam yang berlaku di tanah arab. Maknanya, keluarnya Dajjal itu dengan sebab dan petanda yang tertentu.

Nabi Isa melalui kitab Injil pula mengingatkan kemunculan 4 bala’ besar di akhir zaman (Four Horsemen of the Apocalypse). Perkara ini selari dengan peringatan Rasulullah ﷺ dan awliya’ Allah. Kebanyakan bala’ akhir zaman bolehlah dirangkumkan dalam 4 perkara; yakni wabak penyakit, pep3rangan besar, bala bencana dan kebuluran. Keempat-empat perkara ini bagaikan pintu masuk kepada zahirnya al-Mahdi.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Takutlah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat berdasarkan cahaya Ilahi.” (HR Tirmidzi)

Ibn ‘Abbas mentafsirkan firasat orang mukmin sebagai; “Mereka yang mampu mentaksir sesuatu di masa hadapan (ahl al-nazar).”

Habib Abu Bakar Adni dalam kitabnya Al-Usus Wal-Munthalaqat memakai pendekatan nas dan sejarah bagi memudahkan kefahaman ummah berkenaan akhir zaman. Bala’ yang akan datang tidak diketahui orang ramai bagaimana teruknya (kecuali awliya), tetapi kita (orang awam) dapat membayangkannya dengan melihat sejarah yang lepas. Masa silam adalah cermin untuk melihat masa hadapan. Maka, kitab tersebut menuliskan wabak jenis influenza sebagai contoh penyakit yang akan berlaku, kerana telah berlaku sebelum ini wabak influenza dari keluarga Corona yakni SARS. Manakala sekarang pula Covid-19.

Rasululullah bersabda, “Tanda-tanda itu beriringan seperti rantai tasbih yang putus maka jatuhlah biji manik secara berterusan.” (HR Ahmad)

‎0 1 petikan kitab Al-Usus Wal-Munthalaqat

Death Toll

Peristiwa berdarah yang berlaku pada zaman silam, akan menimpa dengan lebih dahsyat di saat hampirnya keluar al-Mahdi. Dengan melihat semula tragedi yang berlaku sebelum ini, moga-moga kita lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi cabaran mendatang. Dari segi rohani pula, segerakanlah beramal, hafaz al-Kahfi dan duduklah dengan orang soleh. Seberat apa jua tragedi yang telah berlaku pada umat manusia sepanjang sejarah, tiada yang setanding dan seberat apa yang bakal menimpa umat akhir di akhir zaman

Rasulullah ﷺ bersabda, “Kiamat tidak akan terjadi sampai seorang lalu melewati kuburan seseorang lalu berkata, “Aduhai, andaikan aku berada di tempatnya.” (HR Bukhari)

Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah sekali-kali di antara kalian mengharap kem4tian dan tidak boleh memohon kem4tian sebelum menimpanya, kecuali jika sudah percaya dengan amalnya. Pasalnya, jika seseorang meninggal dunia, terputuslah amalnya. Sesungguhnya, bertambahnya umur seseorang mukmin itu membawa kebaikan.” (HR Ahmad)

Imam Ibn Katsir berpendapat terdapat dalil dibolehkan meminta kem4tian saat timbul fitnah, yakni hadis dalam Musnad Ahmad yang berbunyi;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي، وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونٍ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

“Ya Allah aku memohon kepadamu perbuatan baik, meninggalkan kemungkaran, mencintai orang miskin, Engkau memberikan ampunan untukkan dan merahm4tiku, dan jika Engkau hendak menimpakan fitnah kepada satu kaun, m4tikanlah aku tanpa ada fitnah. Ya Allah, aku memohon berikan cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang semua amal yang mendekatkanku pada cinta-Mu.” (HR Ahmad)

‎0 2 Salatan Tunjina

Tuan guru berpesan, jauhi sekeras-kerasnya 3 perkara di zaman tersebut; iaitu syirik, zalim dan hasad dengki. Juga lazimi zikir Hasbun Allahu wa ni’mal wakil 100x, La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz Zalimin 100x dan Salatan Tunjina 40x setiap hari.

1- Wabak Penyakit

Rasulullah ﷺ bersabda, “..tidaklah akan muncul kekejian di suatu kaum sampai mereka melakukannya terang-terangan, kecuali merebak di tengah-tengah mereka wabak dan kelaparan yang belum terjadi pada umat sebelumnya..” (HR Ibnu Majah)

HIV/AIDS meng0rbankan lebih daripada 36 juta nyawa sejak 1981. HONG KONG FLU PANDEMIC (1968) mengorbankan lebih sejuta nyawa. ASIAN FLU (1956-1958) mengorbankan 2 juta nyawa. FLU PANDEMIC (1918) meng0rbankan 20 -50 juta nyawa. SIXTH CHOLERA PANDEMIC (1910-1911) meng0rbankan lebih 800,000 nyawa. FLU PANDEMIC (1889-1890) meng0rbankan 1 juta nyawa. THIRD CHOLERA PANDEMIC (1852–1860) mengorbankan 1 juta nyawa. THE BLACK DEATH (1346-1353) meng0rbankan 75 – 200 juta nyawa. PLAGUE OF JUSTINIAN (541-542) meng0rbankan 25 juta nyawa. ANTONINE PLAGUE (165 AD) meng0rbankan 5 juta nyawa.

2- Pep3rangan besar

Rasulullah ﷺ bersabda, “Pada harta simpanan kalian akan terbvnuh tiga orang. Seluruhnya anak khalifah selanjutnya kekhalifahan tidak jatuh ke salah satu daripada mereka. Setelahbitu, muncul bendera-bendera hitam dari arah matahari terbit lalu memerangi kalian dengan pep3rangan yang belum pernah dilakukan satu kaum pun.” Selanjutnya baginda menyebutkan sesuatu yang tidak Tsayban ingat. Baginda meneruskan, “Jika kalian melihatnya, baiatlah ia meskipun dengan merangkak di atas salju kerana sesungguhnya ia khalifah Allah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)

Rasulullah ﷺ bersabda, “Waktu semakin berdekatan, ilmu berkurang, timbul kekikiran, fitnah bermunculan dan al-haraj merebak.” Para sabat bertanya, “Wahai Rasulullah ﷺ, apakh itu (al-haraj)?” Baginda bersabda, “Pembvnuhan, pembvnuhan.” (Kitab Nihayah fil fitan wal malahimah)

P3RANG DUNIA PERTAMA (WW1) mengorbankan kira-kira 10 juta nyawa tentera, 7 juta nyawa orang awam, 21 juta tercedera dan 7.7 juta hilang atau dipenjarakan. P3RANG DUNIA KEDUA (WW2) mengorbankan lebih 60 juta nyawa. Dianggarkan 50-80 juta nyawa melayang. 38 hingga 55 juta nyawa orang awam terkorban, 13-20 juta nyawa hilang akibat tragedi berkaitan p3rang seperti kebuluran dan penyakit.

3- Bala bencana

Rasulullah ﷺ bersabda, “Umatku ini adalah umat yang dirahm4ti lagi tidak mendapatkan azab di akhirat. Siksaannya di dunua berupa bencana-bencana, gempa dan pembvnuhan.” (HR Abu Dawud)

Rasulullah ﷺ bersabda, “…Dan sebelum kiamat, terjadi kem4tian yang dahsyat dan sesudahnya pula berlaku tahun-tahun gempa bumi”. (HR Ahmad)

BANJIR BESAR CHINA (1931) mengorbankan 4 juta nyawa. BANJIR BESAR SUNGAI HUANG HE (1887) menorbankan kira-kira 900,000 nyawa. GEMPA BUMI HAITI (2010) mengorbankan 100,000−316,000 nyawa. GEMPA BUMI TANGSHAN (1976) mengorbankan 242,769–655,000 nyawa. GEMPA BUMI HAIYUAN (1920) mengorbankan 273,400 nyawa. GEMPA BUMI SHAANXI (1556) mengorbankan 830,000 nyawa.

4- Kebuluran

Rasulullah ﷺ bersabda, “..tiga tahun sebelum muncul Dajjal, terjadilah kekeringan yang membuat manusia didera kelaparan dahsyat. Pada tahun pertama, Allah memerintahkan (langit) agar menahan sepertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan sepertiga tanamannya. Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit agar menahan dua pertiga hujannya dan memerintahkan bumi agar menahan dua pertiga tanamannya. Selanjutnya, pada tahun ketiga, Allah memerintahkan langit agar menahan seluruh hujan sehingga tidak ada setitis pun yang turun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya sehingga tidak ada tumbuhan hijau, dan tidak ada satu binatang, kecuali binasa selain yang dikehendaki Allah.” Baginda ditanya, “Apa yang membuat manusia bisa hidup masa itu?” Baginda menjawab, “Tahlil, takbir, tasbih dan tahmid. Hal itu berlaku bagi mereka seperti makanan.” (Kitab Nihayah fil fitan wal malahimah)

GREAT CHINESE FAM1NE (1932-1933) meng0rbankan 43 juta nyawa. CHINESE FAMINE (1927) meng0rbankan 25 juta nyawa. CHALISA FAM1NE (1783) meng0rbankan 11 juta nyawa. SOVIET FAMINE (1932-1933) meng0rbankan 10 juta nyawa. BENGAL FAM1NE (1770) meng0rbankan 10 juta nyawa. Bengal Fam1ne mengorbankan (1943) meng0rbankan 7 juta nyawa. RUSSIAN FAMINE (1921) mengorbankan 5 juta nyawa. NORTH KOREAN FAM1NE (1994-1998) mengorbankan 3 juta nyawa. VIETNAMESE FAM1NE (1945) mengorbankan 2 juta nyawa. GREAT FAM1NE IRELAND (1853) meng0rbankan 1.5 nyawa, 2 juta yang masih hidup pula keluar berhijrah.

Wasiat Nabawi

Imam Ibn Katsir memasukkan hadis-hadis berikut di dalam kitabnya; Nihayah fil fitan wal malahimah. Mudah-mudahan dengan mengambil iktibar daripada hadis Rasulullah ﷺ, kita semua istiqamah dalam islam dan m4ti dalam iman meskipun seberat apa pun jua fitnah mendatang. Jikalau juga kita terselamat dan beruntung, semoga kita tergolong di kalangan tentera Imam Mahdi yang sebenar, bukan yang palsu.

Seorang sahabat bernama Anas bin Malik bercerita, ada seorang bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah ﷺ, bila berlakunya kiamat?” Baginda menjawab: “Apa yang kamu persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab: “Saya tidak mempersiapkan untuk menghadapi hari itu dengan banyak melakukan solat, banyak berpuasa dan banyak bersedekah. Tetapi yang saya siapkan ialah cinta Allah dan Rasul-Nya.” Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Anta ma’a man ahbabta. (Kalau begitu kamu akan bersama orang yang kamu cintai).” (HR Bukhari)

Rasulullah ﷺ bersabda, “Hampir sahaja harta terakhir seorang muslim berupa domba yang mengikutinya ke puncak gunung dan tempat-tempat pelosok lari membawa agamanya dari fitnah.” (HR Bukhari)

Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya akan terjadi fitnah. Orang yang berbaring saat itu lebih baik daripada orang yang duduk, orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari.” Ia berkata, “Wahai Rasulullah ﷺ, apa yang engkau perintahkan kepadaku?” Beliau menjawab, “Siapa yang memiliki unta, hendaklah ia berganung dengan untanya. Siapa yang memiliki kambing, hendaknya ia bergabung dengan kambingnya. Siapa yang memiliki tanah, hendaknya ia bergabung dengan tanahnya.” Baginda meneruskan, “Siapa yang tidak memiliki apa pun daripada semua itu hendaknya ia menuju pedangnya lalu memukulkan batu ke bahagian tajamnya kemudian mencari keselamatan semampunya.” (HR Muslim)

Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Abu Dzar, bagaimana pandanganmu jika orang-orang ditimpa kelaparan yang dahsyat dan engkau tidak mampu berdiri dari kasurmu menuju masjid, apa yang engkau lakukan?” Aku menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Bersabarlah!” Beliau kembali bersabda, “Wahai Abu Dzar, bagaimana pandanganmu jika manusia ditimpa kem4tian dahsyat, apa yang engkau lakukan?” Aku jawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda bersabda, “Bersabarlah!” Beliau bersabda, “Wahai Abu Dzar, bagaimana pendapatmu jika manusia saling bvnuh membvnuh satu dengan lainnya, yakni sehingga batu minyak tenggelam di dalam darah, apa yang engkau lakukan?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Baginda bersabda, “Duduklah di rumahmu dan tutuplah pintumu. Aku bertanya, “Jika aku tidak ditinggalkan, haruskah aku mengambil senjataku? Baginda bersabda, “Kalau begitu, engkau terlibat dalam permasalahan mereka. Hanya saja jika engkau khawatir kilatan pedang menakutimu, lemparkanlah ujung selendangmu ke wajahmu agar ia kembali membawa dosanya dan dosamu.” (HR Ahmad)

RUJUKAN:
1- Kitab Nihayah fil fitan wal malahimah, Ibn Katsir.
2- Al-Usus Wal-Munthalaqat. Habib Abu Bakar Adni.
3- The first modern pandemic. https://www.gatesnotes.com/Health/Pandemic-Innovation
4- WHO. Coronavirus disease (COVID-19) outbreak. https://www.who.int/westernpacific/emergencies/covid-19
5- OUTBREAK: 10 OF THE WORST PANDEMICS IN HISTORY. https://www.mphonline.org/worst-pandemics-in-history/
6- World W4r I vs. World W4r II. https://www.diffen.com/difference/World_W4r_I_vs_World_W4r_II
7- List of natural disasters by d3ath toll. https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_natural_disasters_by_d3ath_toll
8- 10 Terrible Famines In History. https://listverse.com/2013/04/10/10-terrible-famines-in-history/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.