Keluarga monarki yang menguasai United Kingdom senang kata sangat popular. Hampir setiap orang mengenali mereka, terutamanya Ratu Elizabeth II yang bertakhta sejak 6 Februari 1952.

Kepimpinan baginda dirumuskan sebagai gabungan antara tatacara tradisional dan pendekatan lebih moden. Tetapi pada asalnya, kedudukan Elizabeth untuk mewarisi takhta hanya ditumpang sahaja. Jika bukan kerana cinta hati bapa saudaranya, baginda tidak mungkin menaiki takhta sebenarnya.

Detik paling awal yang menyaksikan kenaikannya sebagai pewaris berlaku sekitar 20 Januari 1936. Pada waktu itu, datuknya George V mangkat setelah sekian lama menghidapi bronchitis.

Perlu ditegaskan bahawa George V mempunyai dua orang sepupu iaitu Maharaja Nicholas II (Rusia) dan Wilhelm II (Jerman). Kedua-duanya digvgvrkan selepas P3r4ng Dunia Pertama. Tindakbalas daripada pep3r4ngan tersebut meletakkan British pada kedudukan yang baik. Dan George V pula mempunyai enam orang anak. Hanya dua sahaja yang perlu diketahui – Albert Christian dan adiknya Albert Frederick.

Secara perlembagaan, Albert Christian terus mewarisi takhta selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Edward VIII yang mengaibkan takhta British dengan beberapa kontroversi. Baginda membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wallis Simpson, seorang janda yang diceraikan dua kali.

Edward VIII
Wallis Simpson

Malah Simpson sebenarnya mendapatkan cerai daripada suami keduanya Ernest Aldrich untuk berkahwin dengan Edward. Gereja Katolik England tidak mengiktirafkan perkahwinan selepas cerai semasa suami lama masih hidup. Dengan Edward pula selaku Ketua Gereja, masalah mula timbul. Jadi Perdana Menteri Stanley Baldwin membuat keputusan yang berat. Beliau membuatkan semua jawatan kerajaan daripada kabinet ke ahli parlimen letak jawatan.

Kerana Edward, United Kingdom telah menjadi negara tanpa kerajaan. Memandangkan jelas tidak neutral dalam monarki beperlembagaan, Edward terpaksa pilih antara (1) bertakhta (tinggalkan Walis) dan (2) “kahwin dengan perempuan aku cinta” (tinggalkan takhta). Dan pilihan kedua yang dibuat menaikkan Putera Albert Frederick yang kemudiannya dimasyhurkan sebagai Raja George VI.

Raja baharu ini mempunyai dua orang anak: (1) (Puteri Mahkota) Elizabeth Alexandra dan (2) Margaret Rose. Dan selepas kemangkatan George, Elizabeth pun naiklah ke takhta sebagai Ratu British. Andainya Edward berkahwin dengan orang lain yang melahirkan anak, status Elizabeth tentu sekali akan menjadi seperti Sarah Armstrong-Jones (anak Margaret) yang sekadar Lady di Istana Kensington sahaja.

Setelah sekian lama, kontroversi keluarga monarki dilihat senyap sampailah konflik Puteri Diana. Kontroversi sekali lagi melanda apabila Putera Mahkota Charles berkahwin dengan Camilla Parker Bowles juga seorang janda yang bercerai 10 tahun sebelum perkahwinan diraja. Hubungan ini dijadikan sensasi sampai perkahwinan mereka dilangsungkan tanpa kehadiran Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Phillip (BBC, 2005). Malah dipetik bahawa Elizabeth tidak menyukai Camilla dan risau akan implikasi perkahwinan tersebut.

Namun angin sensasi ini kemudian tenang, dengan Camilla dinaikkan darjatnya sebagai Duchess Cornwall. Baginda pun membuat kempen kesedaran tentang r0g0l, celik huruf, kebajikan haiwan dan kemiskinan tegar. Sensasi sedemikian tidak berlaku semasa Putera William berkahwin dengan Catherine Middleton. Sambutan perkahwinan dibuat secara gilang-gemilang.

Tetapi apabila tiba giliran adik William iaitu Harry, semuanya berbeza. Harry telahpun dipetik sebagai “anak manja” (spoiled child). Perilaku baginda bagaikan sama seperti moyang saudaranya iaitu Edward yang berkahwin dengan Simpson. Edward pernah digambarkan bersama Ad0lf H1tler suatu masa dahulu. Semasa pemerintahannya, Jerman sudahpun melanggar syarat Perjanjian Versailles dengan meletakkan 3,000 anggota di Rhineland. Edward juga dilihat begitu rapat dengan budaya Jerman. Dan mereka juga pernah bergambar bersama.

Malah pada penghujung P3r4ng Dunia Kedua, fail-fail sulit Kementerian Luar Jerman (berat 400 tan) ditemui di Istana Marburg. 60 keping dokumen dan telegram pula dinamakan “Fail Windsor” yang mendedahkan komunikasi rahsia antara Jerman dan Edward semasa British sedang dib0m Jerman lagi (Maranzani, 2019). Suatu operasi yang dinamakan Willi pula mengatakan bahawa Edward pernah menyuarakan kegeramannya terhadap keluarga monarki British. Malah mereka juga bertemu dengan Jerman terutamanya Menteri Luar Negeri, Joachim von Ribbentrop di Paris.

Hubungan rapat mereka dihidu Perdana Menteri Winston Churchill yang memujuk Raja George VI supaya hantarkan Edward jauh ke Bahamas sebagai Gabenor British. Edward enggan pergi. Untuk membantu Edward dari jauh, von Ribbentrop membuat perbualan bahawa Edward bakal dibvnvh. Perancangan Operasi Willi jelas – apabila United Kingdom jatvh, Jerman akan membebaskannya dengan melantik Edward semula sebagai raja.

Namun Edward akan menjadi bawahan Jerman semata-mata.

Berikut merupakan penjelasan panjang mengenai hubungan baik antara Edward dan H1tl3r. Dan berpuluh-puluh tahun kemudian, Putera Harry pernah digambarkan memakai baju berlambangkan sw4st1ka.

Permohonan maafnya tidak menghentikan kritikan daripada semua pihak (Millar, 2005). Hubungannya bersama Meghan Markle pun mengingatkan semua tentang persamaan dengan Edward. Dari awal lagi, Meghan seorang janda tidak disukai ramai. Kebencian ini dinyatakan melalui media yang berat sebelah. Berkali-kali baginda disekutukan dengan kakak iparnya, Kate Middleton.

Misalnya semasa mengandungkan Putera Louis, Kate pernah digambarkan memegang perut. DailyMail membuat cerita yang sangat positif tentangnya (Brennan & English, 2018). Hampir setahun kemudian media yang sama mencetuskan sensasi kenapa Meghan Markle memegang perut dengan persoalan sama ada bangga, angkuh atau berlakon (Sunday Reporter, 2019).

Bukan DailyMail sahaja yang berat sebelah. Express pun begitu juga. Apabila Kate mengalami alahan mengandung, William dipautkan menghadiahkannya avokado (Palmer, 2017). Meghan yang menyukai avokado pula dipetik seolah-olah menyumbang kepada pencabvlan hak asasi manusia dan kemarau (Read, 2019). Padahal baginda cuma makan buah saja.

Banyak perbuatan yang sama antara William/Kate dan Harry/Meghan lagi dipautkan dengan naratif berbeza. William dan Kate pernah melanggar adat tradisi pun yang dianggap sebagai arus moden. Namun apabila Harry dan Meghan melakukannya, perbuatan tersebut dipersoalkan seolah-olah ada pihak yang terguris.

Disebabkan kebencian yang melampau, Harry dan Meghan membuat keputusan penting. Mereka ingin berundur daripada keluarga diraja untuk hidup dengan duit sendiri di Kanada. Pengumuman tersebut mencetuskan kekec0han di United Kingdom. Dan Meghan sudah tiba di Kanada tanpa Harry pun (Burog, 2020). Sementara itu pula, William berpendapat Harry terlalu gopoh dan pentingkan diri sendiri (Bonner, 2020). Dikatakan Meghan pula tidak diterima baik dalam kalangan keluarga diraja (Sullivan, 2020).

Namun begitu, hubungan antara Meghan dan Elizabeth secara umum nampak elok. Kedua-duanya pernah dilihat bergelak-tawa sesama. Meghan pun pernah dipelawa masuk dalam kereta sebelum Elizabeth. Dan sementara ramai memanggil Elizabeth “ma’am”, Meghan pula menggunakan “mama”. Tetapi di sebalik tabir semasa perkahwinan, Meghan meletvp kerana tidak dibenarkan memakai tiara yang dipilihnya. Harry pun b3r4ng juga atas apa yang berlaku, yang mana Elizabeth terpaksa masuk campur.

Namun itu bukan puncanya. November 2018 boleh dikatakan permulaan kepada masalah yang berlarutan. Harry dan Elizabeth telah keluar daripada Istana Kensington. Kate pula dikatakan menangis semasa mencari baju pengapit untuk anaknya Charlotte. Dikatakan sesuatu yang berlaku di antara mereka, dengan Kate yang masih lagi dalam keadaan pantang selepas bersalin Louis. Dan hubungan antara William dan Harry pun mula r3t4k.

Tentu sekali banyak lagi perkara yang berlaku di sebalik tabir. Namun apa yang pasti, selagi mana mereka hidup, drama ini takkan mungkin terhenti.

RUJUKAN:

BBC. (2005, February 23). Q:A: Queen’s Wedding Decision. Retrieved from http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/4289417.stm

Brennan, S. & English, R. (2018, March 21). Not long to go! Pregnant Kate tenderly cradles her baby bump while wrapping up her royal duties ahead of maternity leave – and William confirms she’s due ‘any minute now’. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/femail/article-5526339/Pregnant-Kate-looks-blooming-green.html

Bonner, M. (2020, January 13). Kate Middleton Is Incredibly Hurt by Prince Harry and Hates Seeing Her Husband So Upset. Retrieved from https://www.cosmopolitan.com/entertainment/celebs/a30494402/kate-middleton-incredibly-hurt-prince-harry-hates-seeing-william-upset/

Burog, V. (2020, January 10). UK’s Most Hated Woman? Meghan Markle Flies Back to Canada and Leaves Prince Harry Behind. Retrieved from https://www.latintimes.com/uks-most-hated-woman-meghan-markle-flies-back-canada-and-leaves-prince-harry-behind-454210

Maranzani, B. (2019, June 20). Were Edward VIII and Wallis Simpson (ditapiskan) Sympathizers? The Biography. Retrieved from (Request Link).

Millar, F. (2005, January 14). Apology for Harry’s (ditapiskan) outfit falls on deaf ears. The Irish Times. (Request Link)

Palmer, R. (2017, September 14). Kate’s morning sickness cure? Prince William gifted with an avocado for pregnant Duchess. Retrieved from https://www.express.co.uk/news/royal/854265/kate-middleton-pregnant-morning-sickness-avocado

Read, C. (2019, January 23). Meghan Markle’s beloved avocado linked to human rights abuse and drought, millennial shame. Retrieved from https://www.express.co.uk/news/world/1076626/meghan-markle-news-avocado-toast-vegan-instagram

Sullivan, R. (2020, January 14). Meghan Markle’s downfall: Why the world turned against the Duchess. Retrieved from https://www.nowtolove.com.au/royals/british-royal-family/meghan-markle-feud-53096

Sunday Reporter. (2019, January 26). Why can’t Meghan Markle keep her hands off her bump? Experts tackle the question that has got the nation talking: Is it pride, vanity, acting – or a new age bonding technique? Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-6636233/Why-Meghan-Markle-hands-bump-Experts-tackle-question.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.