Alam semesta terdiri daripada lautan cahaya, dari warna biru-putih bintang-bintang muda sehinggalah warna merah terang awan-awan hidrogen. Terdapat warna-warna yang tidak dapat dilihat oleh manusia iaitu sinaran-x, sinaran gamma, sinaran radio dan latar gelombang-mikro kosmik.
Kosmos dipenuhi warna-warna yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat, warna-warna purba serta warna-warna yang baru lahir. Tetapi terdapat satu warna yang terlebih dahulu lahir dan muncul sebelum warna-warna ini semua. Inilah warna pertama alam ini.
Alam semesta bermula pada 13.8 juta billion yang lalu. Pada peringkat awal kejadiannya, ia berada dalam keadaan yang sangat tumpat dan panas. Keadaan yang tidak akan pernah berlaku lagi selepas itu. Dentuman Besar (The Big Bang) sering digambarkan seperti sinaran cahaya yang muncul dari lautan kegelapan. Tetapi gambaran itu tidak begitu tepat.
Dentuman Besar tidak ‘meletup’ ke arah ruang kosong (empty space). Dentuman Besar ialah pengembangan ruang yang dipenuhi dengan tenaga. Ketika Dentuman Besar berlaku, suhu sangat tinggi sehingga cahaya tidak dapat wujud. Alam perlu berada dalam keadaan sedikit sejuk sebelum foton (zarah cahaya) dapat muncul. Selepas kelahiran alam selama 10 saat, alam memasuki era foton (photon epoch). Proton dan neutron telah menyejuk dan bergabung menjadi nuklei hidrogen dan helium. Ruang dipenuhi oleh plasma nuklei, elektron dan foton. Pada waktu itu, suhu alam mencecah bilion darjah Kelvin.
Walaupun terdapat cahaya, warna masih belum lahir lagi. Warna adalah sesuatu yang dapat kita lihat, ataupun sekurang-kurangnya mana-mana mata yang mampu melihat. Ketika era foton, suhu terlalu tinggi sehinggakan cahaya tidak mampu menembusi plasma.
Warna tidak dapat dilahirkan sehinggalah nuklei dan elektron cukup sejuk untuk bergabung menjadi atom. Alam mengambil masa 380,000 tahun untuk mencapai tahap sejuk supaya atom dapat dibentuk. Kemudian, alam menjadi kosmik lutsinar yang terdiri daripada awan hidrogen dan helium seluas 84 juta tahun cahaya. Foton-foton yang terbentuk ketika Dentuman Besar akhirnya bebas mengalir memenuhi ruang dan masa.
Ini apa yang kita lihat sebagai latar belakang gelombang-mikro kosmik – sinaran cahaya yang akhirnya membuatkan alam dapat dilihat oleh makhluk. Selama berbilion tahun, sinaran cahaya ini telah menyejuk sehingga ke tahap hari ini – suhunya kurang dari 3 darjah di atas sifar mutlak (absolute zero).
Ketika latar belakang gelombang-mikro muncul, alam lebih hangat, sekitar 3,000 Kelvin. Alam lebih cerah juga pada ketika itu. Kita telah memperoleh idea apakah warna pertama yang lahir dahulu. Alam di peringkat awal mempunyai suhu yang sekata di seluruh ruang dan cahaya pula telah terbahagi kepada gelombang-gelombang tertentu yang dikenali sebagai jasad hitam (blackbody).
Banyak objek mendapat warnanya daripada bahan yang membina objek tersebut. Tetapi warna daripada jasad hitam bergantung pada suhunya. Jasad hitam yang berada pada suhu 3,000 Kelvin akan menghasilkan warna oren-putih cerah – sama seperti warna cahaya hangat mentol 60-watt.
Manusia tidak dapat melihat warna dengan begitu tepat. Warna yang kita lihat bergantung, bukan sahaja pada warna sebenar cahaya tetapi termasuk kecerahan dan kemampuan mata kita untuk beradaptasi dalam gelap.
Selepas beberapa ratus juta tahun, warna oren-putih yang cerah itu akan mula pudar. Alam pun mula berkembang dan sejuk. Akhirnya, alam pudar menjadi hitam. Selepas sekitar 400 juta tahun, bintang pertama alam mula lahir dan cahaya baru juga turut lahir. Bintang muda ini berwarna biru-putih. Apabila bintang dan galaksi muncul dan berevolusi, kosmos mula melahirkan warna baru.
Pada tahun 2002, Karl Glazebrook dan Ivan Baldry membuat kiraan purata warna daripada seluruh cahaya yang kita lihat dari bintang dan galaksi pada hari ini untuk menentukan warna alam pada hari ini. Hasilnya, mereka mendapati warnanya seperti kopi berkrim. Mereka menamakan warna ini sebagai ‘latte kosmik’. Warna ini pun tidak tetap dalam suatu tempoh masa. Apabila bintang muda berwarna biru putih mula meningkat usianya dan mati, hanya warna merah dari bintang kerdil (dwarf) yang akan tinggal. Akhirnya, selepas bertrilion tahun, warna dari bintang kerdil pun akan pudar dan alam akan menjadi lautan kegelapan.
Tetapi, buat masa sekarang, warna alam masih melimpahi kita. Sekiranya kita pernah duduk di sekeliling unggun api bersama kopi berkrim sambil melihat kegelapan malam, kita tahu kita masih disimbahi warna kosmik.
RUJUKAN:
- Baldry, I. K., Glazebrook, K., Baugh, C. M., Bland-Hawthorn, J., Bridges, T., Cannon, R., … & Dalton, G. (2002). The 2dF galaxy redshift survey: Constraints on cosmic star formation history from the cosmic spectrum. The Astrophysical Journal, 569(2), 582.
- What Was The First Colour in The Universe?. https://www.sciencealert.com/what-was-the-first-colour-in-the-universe
- Cosmic Latte. https://archive.briankoberlein.com/2014/07/23/cosmic-latte/index.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih