Bagi mana-mana individu yang mengalami masalah rabun, bukanlah asing bagi mereka memilih sama ada memakai cermin mata atau kanta lekap semasa belajar atau bekerja. Walaupun cermin mata kadang-kadang dianggap merosakkan rupa seseorang, tetapi itulah juga alat yang memudahkan urusan mereka. Tetapi di Jepun, sesetengah syarikat mengenakan larangan wanita tidak memakai cermin mata semasa bekerja.

Mungkin ada menganggap ini sesuatu yang kelakar. Tetapi ia sudah mencetuskan perdebatan hangat di laman media sosial Jepun. Perdebatan ini timbul berikutan laporan portal-portal media yang mendedahkan pendirian tidak masuk akal sesetengah syarikat Jepun dalam isu ini.

Seorang penyambut tetamu wanita mendedahkan dia tidak boleh memakai cermin mata sedangkan rakan sekerjanya itu boleh memakai cermin mata pembetulan. Sementara sebuah syarikat penerbangan tempatan memberitahu mereka tidak membenarkan kakitangan-kakitangan mereka memakai cermin mata atas sebab keselamatan. Manakala beberapa restoran mendedahkan mereka tidak membenarkan staf-staf memakai cermin mata kerana tidak sesuai dengan uniform mereka.

Rajah 1: Twit yang menyiarkan laporan media berkenaan larangan pemakaian cermin mata di sesetengah industri. Sumber: https://qz.com/1743901/why-japanese-companies-ban-women-from-wearing-glasses/

Jadi kenapa perkara ini baru dibangkitkan? Menurut wanita-wanita yang ditemubual pihak media, ada saja alasan yang digunakan untuk menjustifikasikan larangan cermin mata. Antara alasan yang digunakan ialah menampakkan personaliti yang dingin, menutup mekap mereka atau majikan sendiri yang tidak menggemari cermin mata. Bila perkara ini menjadi bualan hangat di laman media sosial terutama dalam kalangan wanita, ia mencetuskan tanda pagar tular berbunyi #glassesareforbidden (cermin mata dilarang).

Menurut profesor sosiologi dari Universiti Pendidikna Asing Kyoto, Kumiko Nemoto, tanda pagar ini merupakan reaksi warga Jepun terhadap polisi-polisi yang bersifat lapuk. Beliau berkata, “Sebab-sebab mengapa wanita tidak boleh memakai cermin mata merupakan sesuatu yang tidak masuk akal. Ianya berkisar tentang jantina. Ia merupakan satu bentuk diskriminasi. Ini bukan berkenaan bagaimana seseorang wanita itu bekerja. Syarikat menilai penampilan seseorang pekerja wanita itu sebagai feminin dan itu sama sekali bertentangan dengan seseorang yang memakai cermin mata.”

Diskusi sebegini mengingatkan ramai warga Jepun terhadap satu lagi kontroversi di tempat kerja iaitu pergerakan #KuToo. Tidak lama dahulu, penulis pernah menyentuh isu di mana wanita Jepun dilarang memakai kasut lain kecuali kasut tumit tinggi semasa bekerja. Tanda pagar #KuToo merupakan gabungan tiga perkataan iaitu kutsu (kasut), kutsuu (kesakitan) dan pergerakan #MeToo. Pergerakan ini dicetuskan oleh seorang bernama Yumi Ishikawa yang mengadu mengalami kecederaan kaki selepas memakai kasut tumit tinggi terlalu lama semasa bekerja dan mengeluh sikap majikannya yang melarangnya memakai kasut tumit rata.

Rajah 3: Yumi Ishikawa. Sumber: https://www.scmp.com/lifestyle/fashion-beauty/article/3037332/glasses-ban-women-japan-some-firms-sparks-fightback-if-it

Justeru, tidak hairanlah bila tanda pagar #glassesareforbidden menjadi tular di media sosial, orang pertama yang menjadi tumpuan sudah tentulah Ishikawa. Apabila diminta mengulas isu ini oleh Bloomberg News, dia berkata, “Jika memakai cermin mata di tempat kerja merupakan satu masalah, larangan memakai cermin mata seharusnya dikenakan kepada semua orang tak kira lelaki atau perempuan. Masalah larangan cermin mata ini sama sahaja dengan peraturan kasut tumit tinggi. Ia merupakan satu-satu peraturan yang diperuntukkan untuk pekerja wanita.”

Tetapi bukan Jepun sahaja yang berhadapan dengan isu ini. Pada tahun lepas, seorang penyampai buletin pagi Korea Selatan memecah tradisi dengan mengenakan cermin mata semasa ke udara seperti mana yang dilakukan oleh rakan-rakan penyampai lelakinya. Perubahan itu dibuat selepas dirinya berhadapan masalah dengan kanta lekap dan bulu mata palsu semasa ke udara. Perubahan ringkas ini dilihat sebagai satu cara berhadapan dengan piawaian kecantikan wanita Korea Selatan dan mendorong pembaca berita itu mendedahkan mengapa dia memakai cermin mata.

Dalam catatan Instagramnya, pembaca berita itu menulis, “Saya perlu bangun awal pada waktu pagi untuk buletin pagi tetapi bila saya mengalami masalah kurang tidur dan masa persediaan yang singkat, saya kadang-kadang memerlukan cermin mata. Penonton juga fokus kepada kandungan berita bukannya penampilan pembaca berita.”

Tatkala Jepun terus berbangga dengan statusnya sebagai sebuah negara maju, negara Matahari Terbit itu juga harus merasa malu dengan layanannya terhadap kaum Hawa. Selain dikejutkan dengan dua tanda pagar yang menyelar diskriminasi wanita di tempat kerja, Jepun juga mempunyai rekod buruk dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja. Satu kaji selidik membabitkan 1,000 responden wanita mendedahkan 43% responden mengaku pernah mengalami gangguan seksual. Sementara 60% lagi enggan membuat aduan gangguan seksual terhadap pihak atasan.

RUJUKAN:

  1. BBC. (2019). Japan ‘glasses ban’ for women at work sparks backlash. https://www.bbc.com/news/business-50342714
  2. Steger, Isabella. (2019). “It gives a cold impression”: Why Japanese companies ban female staff from wearing glasses. Quartz. https://qz.com/1743901/why-japanese-companies-ban-women-from-wearing-glasses/
  3. Oppenheim, Maya. (2019). Japanese companies ‘ban women wearing glasses’. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/world/asia/japan-women-glasses-ban-twitter-anger-a9194826.html
  4. The Washington Post. (2019). Glasses ban for women in Japan by some firms sparks a fightback – ‘If it is a problem it should be banned for men and women,’ activist says. South China Morning Post. https://www.scmp.com/lifestyle/fashion-beauty/article/3037332/glasses-ban-women-japan-some-firms-sparks-fightback-if-it

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.