Jumaat, 9 Oktober 20269 Okt 2026
Kronikel Dunia

3 Perang Yang Terjadi Atas Sebab Yang Bangang

Acap kali
apabila kita bercerita tentang perang, pasti kita akan terdengar kisah
keberanian tentera dalam melawan musuh serta strategi peperangan yang menarik.
Namun, ini bukan perkara yang mahu diwartakan dalam artikel ini.

Kali ini, mari
kita bercerita tentang tiga peperangan yang berpunca daripada perkara yang
agak…bebal menurut penulis. Kedudukan bagi setiap kes perang ini adalah rawak
dan tak mengikut ‘ranking’.

  • Operasi Cottage

Operasi
ini berlaku semasa kempen USA dan Kanada terhadap Jepun pada tahun 1943. Pulau
Kiska yang berada berdekatan dengan Alaska pada masa itu adalah di bawah
naungan Jepun. Oleh kerana itu, pihak Bersekutu merancang untuk menyerang kubu
Jepun tersebut.

Malangnya,
apa yang mereka tak tahu ialah pihak Jepun sudah lama meninggalkan pulau
tersebut sekitar 2 minggu sebelumnya kerana merasakan ia tak berbaloi untuk
dipertahankan. Sebelum ini pihak Jepun telah mendapat korban yang tinggi ketika
berperang di pulau Attu dan merasakan perbuatan mempertahankan pulau Kiska
adalah berisiko tinggi.

Pada
15 Ogos 1943, tentera US dan Kanada telah mendarat di pulau Kiska tapi di
bahagian yang berbeza. Disebabkan itu, mereka menyalah anggap bahawa kedua dua
pihak sebagai tentera Jepun. Mereka menembak sesama sendiri dan sekitar 28
tentera USA dan 4 orang Kanada mati. Selain daripada itu, kapal pemusnah USA,
USS Abner Read telah mengalami kerosakan yang besar akibat terlanggar periuk
api Jepun.

Ya,
perang sebab salah komunikasi.

Jumlah
korban: 28 tentera USA, 4 orang Kanada, 50 orang cedera

  • Perang
    Telinga Jenkin

Pada
tahun 1731, seorang kapten kapal dagang British, Robert Jenkins telah
dicederakan oleh orang Sepanyol dengan cara telinganya dipotong. Menurut
mereka, Jenkins telah menyeludup barang ke kawasan mereka di Amerika. Bengang
dengan hal ini, Jenkins memohon keadilan terhadapnya di parlimen British.
Menurut sesetengah riwayat, Jenkins dikatakan membawa bahagian telinganya
sebagai bukti.

Melihatkan
perkara ini, British secara serta merta mengisytiharkan perang terhadap
Sepanyol. Sebelum ini pun British dan Sepanyol memang dah tegang, cumanya bila
kes telinga Jenkins ni naik baru mereka ada sebab nak perang.

Tapi
itu la, memang dah tiada sebab lain yang lagi kukuh ke untuk berperang?

Jumlah
korban: 20,000 orang mati/cedera/hilang bagi dan 407 kapal tenggelam bagi pihak
British, 4500 orang mati, 5000 orang cedera dan 186 kapal tenggelam bagi pihak
Sepanyol.

  • Perang
    Babi

Beberapa
dekad selepas kemerdekaan USA, garisan sempadan di antara wilayah British
Colombia (Kanada) dan USA telah disusun kembali dek status negara USA. Walau
bagaimanapun, pulau San Juan yang terletak di antara sempadan Vancouver dan
tanah besar USA ini kerap dituntut oleh kedua dua pihak. Disebabkan perjanjian
tuntutan pulau San Juan yang tak beberapa jelas, rakyat British telah membuka
ladang bebiri di situ dan kemudiannya disertai oleh beberapa penduduk USA yang
berpindah ke situ.

Pada 15 Jun 1859, Lyman Cutler telah menjumpai seekor babi yang sedang merosakkan kebun kentangnya di situ. Oleh kerana bengang, dia menembak babi itu sampai mati. Namun, apa yang Cutler tak tahu ialah babi tersebut merupakan kepunyaan Charles Griffin, orang Irish dan pekerja syarikat Kanada. Cutlar cuba membayar ganti rugi sebanyak $10 (bersamaan $280 sekarang) namun ditolak oleh Griffin. Dia mahukan ganti rugi sebanyak $100 ($2800).

Sekali
lagi, Cutlar bengang. Menurutnya, kalau sudah macam tu baik tak payah bayar
sebab babi tu ceroboh kebun miliknya. Griffin membalas balik dengan mengatakan
tanggungjawab jaga kebun tu masalah Cutlar, bukan Griffin. Selepas itu, pihak
British cuba menahan Cutlar dan Cutlar memanggil tentera USA untuk
mempertahankannya.

Situasi
di situ menjadi sengit di mana kedua dua pihak membawa bala tentera masing
masing. Setelah hal ini disampaikan kepada London dan Washington, kedua dua
pempimpin negara negara tersebut terkejut dan cuba menyelesaikan masalah
tersebut secara baik. Sebuah perjanjian dimeterai dan pulau San Juan kembali
menjadi aman.

Jumlah
Korban: Seekor babi.

RUJUKAN:

James,
Lawrence (2001). The Rise and Fall of the British Empire. Abacus. ISBN
0-312-16985-X.

Matthews,
Todd. “The Pig War of San Juan Island”. The Tablet.
www.wahmee.com. Archived from the original on 2008-07-09. Retrieved 2012-09-07.

Morison,
Samuel Eliot (2001) [1951]. Aleutians, Gilberts and Marshalls, June
1942-April 1944, vol. 7 of History of United States Naval Operations in World
War II
. Champaign, Illinois, US: University of Illinois Press. ISBN
0-316-58305-7.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet