Segelintir so-called feminis mengadakan perarakan menunggang nama Hari Wanita Sedunia, yang sebenarnya lebih kepada perarakan pro Elgy Beatie (aku sengaja eja cam ni untuk elak zucc).

Tindakan sebegini telah memberi nama buruk kepada feminisme malah Hari Wanita itu sendiri. Risau pulak aku tahun depan akan ada tulisan “Hari Wanita Agenda Freemason” atau “Hari Wanita Tarikh Kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia” tular di FB dan Whatsapp.

Sebenarnya perbuatan pelik-pelik macam membakar pakaian dalam, berarak topless, atau angkat sepanduk “pussy power” macam semalam itu tidak melambangkan feminisme secara umum. Mereka ini sebenarnya boleh digolongkan sebagai “Third-Wave Feminist” dalam konteks sejarah gerakan feminisme.

Secara umum, sejarah feminisme boleh dibahagikan kepada 3 fasa atau “gelombang” (waves): First-Wave, Second-Wave dan Third-Wave Feminism.

First-Wave Feminism bermula pada akhir abad ke-18 dan berlanjutan sehingga ke abad ke-19 dan awal abad ke-20. Feminis gelombang pertama ini bertumpu kepada soal hak politik wanita dari segi hak mengundi (suffrage) dan memegang jawatan awam. Ia dimulakan oleh tokoh-tokoh Revolusi Perancis seperti Mary Wollstonecraft (1759-1797) dan Olympe de Gouges (1748-1793) yang mempersoalkan kenapa kerajaan republik Perancis yang terdiri atas nama “égalité” tidak memberi hak politik yang sama kepada wanita.

Hanya sehingga abad ke-20, idea “wanita boleh mengundi” baru diterima secara umum oleh negara-negara. US yang konon maju pun hanya memberi hak mengundi kepada wanita selewat tahun 1920. Di Rusia, golongan wanita menjadi penggerak utama dalam Revolusi Rusia, jadi tarikh permulaan Revolusi Rusia iaitu 8 Mac 1917 dijadikan sebagai tarikh sambutan Hari Wanita Sedunia.

Selepas wanita mencapai kesamarataan dalam bidang politik, maka muncullah gerakan Second-Wave Feminism (1940-an hingga 1960-an) yang memperjuangkan hak wanita dalam bidang ekonomi dan sosial. Pencetus kepada Second-Wave Feminism ini ialah Simone de Beauvoir (penulis “The Second Sex”) dan Betty Friedan (penulis buku “The Feminine Mystique”) yang mempersoalkan peranan wanita tradisional sebagai suri rumah.

Jadi Second-Wave ini lebih kepada mempelbagaikan pilihan hidup wanita. Destinasi akhir wanita tidak lagi terbatas kepada dapur. Wanita boleh jadi CEO. Ciri-ciri kewanitaan tidak menjadi penghalang untuk mereka untuk memanjat tangga korporat.

Kemudian datangnya Third-Wave Feminism yang bermula sekitar akhir 1980-an dan 1990-an. Golongan ini sebenarnya lebih kepada fenomena “sub-culture”. Mereka ini lebih kepada anak-anak kelas menengah yang dah hidup selesa sebagai wanita sebab ada nenek First-Wave dan ibu Second-Wave. Jadi mereka melihat feminisme sebagai satu alat “self-expression”: wanita tidak lagi perlu mematuhi norma-norma kewanitaan yang mereka lihat sebagai ciptaan golongan lelaki (patriarki), wanita ada hak untuk menentukan ekspresi badan sendiri blah blah.

Beza antara First dan Second Wave dengan Third-Wave ini ialah pandangan mereka terhadap “fitrah” (nature) wanita. First dan Second Wave Feminist masih melihat wujudnya “kewanitaan” (feminity) yang membezakan lelaki dan wanita, mereka cuma menuntut kesamarataan dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Tapi Third-Wave ini dah jadi cacamarba sikit. Ada ramai di kalangan mereka menolak idea “kewanitaan” ini dan mereka lebih rela memilih “jantina ketiga” sebagai identiti (amende). Sebab tu korang boleh nampak sesetengah pejuang Third Wave ni tak suka menyimpan rambut panjang dan cuba topless macam lelaki. Dan secara ironik, feminisme yang dibawa oleh Third-Wave Feminist dan jadi seperti “anti-wanita”.

Sebenarnya, perjuangan Second-Wave Feminism pun belum selesai di Malaysia. Ramai wanita masih berdepan dengan diskriminasi di tempat kerja, persekitaran yang tak supportive untuk menjadi wanita berkarier, dan eksploitasi wanita golongan pekerja berpendapatan rendah. Ada baiknya, isu-isu ini dijadikan sebagai naratif utama feminisme di Malaysia berbanding benda-benda Third-Wave yang lebih kepada “splaining” golongan kelas menengah yang keliru tujuan hidup.

Dan golongan konservatif pun janganlah menolak mentah-mentah feminisme hanya kerana ia berasal dari Barat. Kalau kita baca Sirah, kedudukan kesamarataan wanita ialah fokus debat antara Ja’far ibn Abi Talib dan Amr ibn As di hadapan Raja Najashi di Habsyah. Idea pemerkasaan (empowerment) wanita dalam First dan Second-Wave Feminism adalah selari dengan pemuliaan wanita dalam kebanyakan agama masyarakat kita.

#CatatanSeorangPatriak


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.