Baru-baru ini, sekumpulan ahli arkeologi secara tidak sengaja menemui 250 buah kubur batu yang berpotong di nekropolis Al-Hamidiyah berhampiran Sohag, Mesir. Usia kubur-kubur ini berbeza dari tempoh akhir Kerajaan Lama (2200 SM) hingga akhir Dinasti Ptolemy (30 SM).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ruang-ruang kubur ini diukir pada bahagian gunung berbeza di nekropolis berkenaan. Nekropolis Al-Hamidiyah ini terletak di tebing barat Sungai Nil. Disebabkan perbezaan ini, sesetengah kubur mempunyai pelbagai perangkap berbeza untuk mengawalnya daripada diceroboh pero.mp.ak-pero.mp.ak kubur.

Rajah 1: Kubur-kubur di nekropolis Al-Hamidiyah diukir pada tingkat berbeza. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir.

Salah satu kubur ialah sebuah kubur yang diletakkan dalam kedudukan cerun dan dipasang dengan pintu palsu. Sesiapa yang membuka pintu itu akan memasuki koridor di mana mereka akan terkena perangkap batang kayu panjang yang t.aj.am. Pintu palsu itu turut dihiasi dengan inskripsi hieroglif yang memaparkan penghuni kubur menyem.be.lih haiwan sebagai ko.rb.an dengan orang-orang berkabung membuat persembahan terhadap mereka.

Menurut sejarawan Bassam al-Shamaa, dengan mengamati semua kubur di situ, beliau percaya ia diperuntukkan kepada golongan rakyat biasa. Ini berbeza dengan golongan pemerintah dan bangsawan di mana makam-makam mereka bersaiz besar bersesuaian dengan status mereka semasa masih hidup.

Ekskavasi yang dijalankan di nekropolis berkenaan mendedahkan pelbagai artifak yang menyimpan rahsia penghuni-penghuni kubur. Antara artifak yang dijumpai ialah tu.la.ng manusia dan haiwan, serpihan amfora, periuk-periuk kecil yang diperbuat daripada alabaster dan serpihan pinggan khas untuk pengebumian. Sesetengah artifak digunakan dalam kehidupan harian dengan sebahagian lagi dibuat khas untuk tujuan pengebumian.

Rajah 2: Contoh artifak yang ditemui di nekropolis Al-Hamidiyah. Sumber: Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir.

Ketua Pusat Jabatan Antikuiti Bahagian Mesir Atas, Mohamed Abdel-Badie percaya lebih banyak kubur akan dijumpai apabila kerja-kerja ekskavasi dipergiatkan. Ketika ini, mereka telah mendokumentasi lebih 300 buah kubur yang terletak berhampiran dengan kota-kota lama Aswan dan Abido.

Penggunaan kawasan pengebumian khas sudah berlaku lebih 2,000 tahun dan dikatakan bermula sejak era Kerajaan Lama termasuk Firaun Khufu. Upacara pemakaman terakhir membabitkan golongan pemerintah Mesir Purba dipercayai berlaku selepas kemangkatan Cleopatra sekitar 30 SM. Kemangkatan baginda turut menandakan berakhirnya Dinasti Ptolemy dan permulaan pendudukan Rom di bumi Mesir.

Kawasan nekropolis Al-Hamidiyah dilihat sebagai ruang makam khas untuk golongan pemerintah dan bangsawan yang menetap di Akhmim. Akhmim bukan saja pusat pentadbiran penting Mesir Purba ketika itu malah merupakan pusat penyembahan Dewa Min. Min mengikut mitos Mesir Purba ialah dewa kesuburan dan padang pasir serta dianggap simbol keunggulan kejantanan lelaki.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Badie percaya menerusi penemuan baru ini, ia akan membuka jalan kepada lebih banyak penemuan baru di tapak-tapak arkeologi yang lain. Tambahnya, ekskavasi tidak harus dihadkan kepada tapak-tapak terkenal seperti Luxor atau Saqqara sahaja kerana terdapat banyak lokasi lain yang menyimpan rahsia Tamadun Mesir Purba, menanti masa untuk ditemui.

RUJUKAN:

Kindy, D. (2021). Egyptian Archaeologists Accidentally Discover 250 Ancient, Rock-Cut Tombs. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.