1. Nama Voldemort dipercayai diilhamkan daripada frasa dalam Bahasa Perancis yang membawa maksud “menghindar maut” yang mungkin boleh disematkan dengan misi Voldemort mahu mencari cara untuk menewaskan kematian dan hidup selama-selamanya.

2. Watak guru Transfigurasi Professor Minerva McGonagall diambil namanya daripada nama dewi Rom Minerva yang selalu dikaitkan dengan Kebijaksanaanya.

3. Kelas Peramalan di Hogwarts diajarkan oleh Profesor Trelawney. Kebanyakan masa di Hogwarts, ramalan Profesor Trelawney amatlah tidak boleh dipercayai kerana selalu meramalkan kematian Harry yang tidak pernah langsung jadi kenyataan. Tetapi ramalannya juga yang menjadi penyebab Voldemort memburu Harry dan membuh kedua-dua orang tuanya.

Namun tahukah anda bahawa nama nenek kepada Trelawney ialah Cassandra, yang boleh membawa kita kepada kisah dalam mitologi Yunani yang mengisahkan seorang wanita yang bernama Cassandra yang mempunyai kuasa meramal masa depan.

Namun, selepas menolak untuk berkahwin dengan Dewa Appllo, Cassandra kemudiannya disumpah supaya setiap ramalannya tidak boleh dipercayai lagi. Nama pertama Profesor Trelawney itu sendiri pula dari bahasa Yunani yang membawa maksud “tukang tilik atau peramal perempuan”.

4. Narcissa Malfoy adalah seorang yang sangat memandang tinggi darjat ahli sihir berdarah tulen yang mengalir dalam badannya dan selalu menghina ahli sihir berdarah campuran atau dari keturunan Muggle. Ironinya, namanya diilhamkan dari watak Narcissus daripada mitologi Yunani yang menceritakan kepada kita tentang seorang lelaki yang terlalu mencintai dirinya sendiri sehingga mati.

5. “Guru disiplin” yang cukup dibenci oleh setiap pelajar sekolah sihir Hogwarts ialah Argus Filch yang sentiasa ada ketika pelajar-pelajar sekolah tersebut mahu melanggar peraturan. Ironinya, maksud nama Argus itu dikaitkan dengan mitologi Yunani yang menceritakan kepada kita tentang seekor gergasi yang mempunyai 100 mata. Gergasi tersebut juga mempunyai nama pertama Panoptes yang membawa maksud “yang melihat segala-galanya.”

Dalam masa yang sama pula, Filch pula dari Bahasa Inggeris Kuno yang membawa maksud “untuk mencuri sesuatu yang biasanya melibatkan sesuatu yang rendah nilainya.”

6. Profesor kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam Harry ketika di tahun ketiganya, Remus Lupin juga mempunyai legenda di sebalik namanya. Kalau kalian membaca sejarah Kota Rom yang dinaikkan di page ini dulu, ianya diasaskan oleh dua orang adik beradik bernama Remus dan Romulus.

Kononnya bahawa kedua-dua beradik ini diabaikan oleh orang tua mereka ketika kecil di dalam hutan sebelum ditemui oleh sekumpulan serigala lalu serigala itu menjaga mereka. Dalam masa yang sama, nama Lupin pula diambil daripada bahasa latin yang mempunyai maksud yang berkaitan dengan serigala.

Menariknya, Profesor Remus Lupin dalam novel Harry Potter merupakan seorang serigala jadian.

12. Sirius Black, ayah angkat Harry Potter seperti mana yang diketahui oleh kita semua merupakan seorang animagus yang mampu menukarkan dirinya menjadi anjing. Nama Sirius itu pula diambil sempena dengan nama bintang paling terang di dada angkasa kalau dilihat dari planet bumi kita. Tetapi bintang itu juga mempunyai nama lain iaitu Bintang Anjing.

13. Profesor Dumbledore, seorang pengetua terbaik yang pernah Hogwart miliki mempunyai seorang adik beradik bernama Ariana yang kononnya namanya diambil dari sebuah watak dalam mitologi Yunani bernama Ariadne. Dalam mitologi tersebut, Ariadne adalah orang yang menunjukkan jalan kepada Theseus untuk keluar dari pagar sesat selepas membunuh seekor raksana bernama Minotaur – lembu berbadan manusia dan selalu membawa kapak besar. Perkara yang sama juga berlaku kepada Ariana yang di mana potretnya berperanan besar menunjukkan jalan rahsia ke Hogwart untuk Harry, Ron dan Hermione bagi mencari hocrux Voldemort yang tersimpan di salah satu tempat dalam sekolah sihir purba itu.

14. Salah seorang daripada watak jahat dalam novel Harry Potter ialah Fenrir Greyback, seekor serigala jadian yang telah menggigit Bill Weasley. Nama Fenrir itu pula diambil dari mitologi Norse tentang seekor serigala jadian yang sangat ganas.

15. Tiada watak yang lebih pelik daripada Xenophilius Lovegood dan Luna. Mereka meminati perkara-perkara yang tak amuk akal yang berlaku dalam dunia sihir Harry ketika itu. Sentiasa berpegang pada fakta yang bersifat pseudo. Ironinya, nama itu diinspirasikan daripada perkataan xenophilia yang bermaksud kecintaan atau minat pada sesuatu yang pelik dan tidak diketahui kesahihannya.

16. Profesor kelas pertahanan terhadap ilmu hitam Harry Potter pada tahun keempatnya, Alastor Mad-Eye Moody juga berkongsi trivia yang menarik disebalik namanya. Nama Alastor itu dalam bahasa Yunani membawa maksud kepada “pembela.” Dalam novel Harry Potter, Alastor antara hero yang selalu menuntut keadilan kepada segala perkara jahat yang berlaku.

17. Professor Quirrell ialah watak guru pedrtahanan terhadap ilmu hitam Harry di tahun pertama. Dalam novel pertama Harry Potter, kita dikejutkan dengan plot twist daripada J.K Rowling bahawa Voldemort menumpang hidup dalam kepala Quirrell. Anehnya, nama pertama Quirrell ialah Quirinus yang merujuk kepada Janos Quirinus iaitu dewa Rom dengan dua kepala.

18. Prankster utama dalam novel Harry Potter iaitu Fred dan George Weasley sebenarnya dilahirkan pada 1 April, sebuah tarikh yang memang disematkan untuk aktiviti prank.

19. Nicolas Flamel yang merupakan watak dalam novel pertama sebenarnya wujud dalam realiti sebenar. Seorang ahli alkimia Perancis yang terkenal dan dia selalu dikaitkan dengan penciptaan Batu Hikmah yang turut dikatakan wujud dalam dunia sebenar. Kononnya batu ini mampu menukarkan besi menjadi emas dan juga menghasilkan Air Maulihayat, yang dipercayai mampu memberikan hidup yang selama-lamanya buat peminumnya.

20. Nama rumah Harry Potter di Hogwarts iaitu Gryffindor dalam Bahasa Perancis daripada perkataan sebagai “griffin emas.”. Lambang yang sama turut dijumpai di pintu ke pejabat Porofessor Dumbledor. Dalam masa yang sama pula, rumah Slytherin adalah permainan perkataan daripada perkataan slyness yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu membawa maksud kelicikan, yang merupakan antara ciri-ciri anggota rumah Slytherin.

21. Salah satu daripada pintu masuk ke Hogwart iaitu pondok telefon di Kota London memerlukan seseorang memasukinya lalu menaip nombor 62442 yang sebenarnya boleh dibaca sebagai M-A-G-I-C.

22. Burung hantu paling menjengkelkan dalam keluarga Weasley, Pigwidgeon yang merupakan burung hantu Ron mempunyai nama yang membawa maksud sesuatu yang kecil dan tidak penting. Manakala nama burung hantu yang paling boleh diharap dalam keluarga sihir itu iaitu Hermes yang dalam mitologi Yunani selalu dikaitkan dengan utusan dewa-dewa. Untuk rekod, burung hantu dalam dunia sihir biasanya tugasnya menyampaikan surat dan barang-barang. Sama fungsi dengan Pos Laju.

23. Banyak mantera yang wujud dalam dunia Harry Potter diinspirasikan daripada Bahasa Latin. Sebagai contoh, crucio yang merupakan sumpahan tidak terampung membawa maksud “untuk menyeksa” manakala sihir pemanggil seperti Accio membawa maksud “untuk menyeru” manakala Protego, sejenis sihir pelindung membawa maksud “untuk melindungi”.

24. Dalam dogengan Inggeris, biasanya pokok Yew membawa maksud simbol immortality atau hidup selama-lamanya. Dalam masa yang sama pula, pokok Yew sering dipandang sebagai membawa malang. Tongkat sihir Voldemort sebenarnya diperbuat daripada tongkat Yew. Dalam masa yang sama, tongkat Harry pula diperbuat daripada Pokok Holly yang selalu dirujuk sebagai antara senjata utama melawan kejahatan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.