Semasa pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020 sehingga hari ini, ramai menyangka ia merupakan penyakit baru. Hakikatnya, ia hanya sebahagian daripada penyakit-penyakit koronavirus lain iaitu SARS dan MERS. Dan tidak ramai tahu, satu masa dahulu, manusia sudah dibadai epidemik koronavirus selama 20,000 tahun sebelum ia tamat 5,000 tahun lepas.

Pendedahan ini dibuat dalam satu laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology pada 24 Jun lepas. Menerusi kajian berkenaan, pasukan penyelidik menganalisis DNA ribuan orang daripada 26 populasi di seluruh dunia. Tujuan kajian ini ialah melihat sama ada wujud petunjuk tentang epidemik koronavirus purba itu atau tidak.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dan hasil kajian amat mengejutkan mereka. Penduduk di China, Jepun dan Vietnam rupanya pernah dijangkiti epidemik koronavirus dan terpaksa berdepan dengan penyakit itu selama 20,000 tahun sebelum ia akhirnya reda lebih 5,000 tahun lalu. Bagi ahli biologi evolusi David Enard, beliau percaya manusia sentiasa dijangkiti virus dan ia merupakan pendorong utama pemilihan semulajadi untuk genom manusia.

Apabila koronavirus menjangkiti manusia, ia bergantung kepada gen manusia untuk menghasilkan lebih banyak partikel virus. Atas sebab itu, tumpuan para penyelidik ialah mengkaji beberapa ratus gen manusia yang berinteraksi dengan koronavirus semasa jangkitan berlaku.

Dalam lima kumpulan peserta kajian, 42 daripada gen-gen yang dikaji mengalami mutasi sekaligus menunjukkan ia berevolusi semasa epidemik berlaku. Evolusi ini membolehkan gen-gen manusia lebih bersedia dalam melawan jangkitan penyakit atau menyukarkan virus menghasilkan salinan partikel mereka. Manusia dengan mutasi sebegini kebiasaannya akan terselamat, membina keluarga dan mempunyai anak yang berkongsi mutasi sama.

Salah seorang penulis kajian, Yassine Souilmi dari Universiti Adelaide percaya varian gen yang bermanfaat akan bertambah mengikut kekerapan dan meninggalkan tanda unik pada genetik manusia beberapa generasi kemudian. Tambahnya lagi, tanda unik ini hanya disedari selepas antara 500 hingga 1,000 tahun dan dikongsi oleh sesebuah populasi.

Bagi mengetahui tempoh ia muncul, para penyelidik mencari tanda mutasi rambang dalam 42 gen yang dikenalpasti. Lantaran 42 gen berkongsi jumlah mutasi yang sama, ia sudah ada dalam kalangan populasi pada masa sama. Hasilnya, gen-gen yang mempunyai keupayaan melawan koronavirus mula kelihatan antara 20,000 hingga 25,000 tahun lalu.

Bagi ahli biologi sistem dari Universiti California, San Diego Joel Wertheim, ini menunjukkan koronavirus sudah lama wujud sebelum kemunculan manusia. Walaupun ia merupakan faktor luar jangka yang mendorong adaptasi manusia melawan virus berkenaan, kajian ini menunjukkan bagaimana dan bila ia berlaku.

Hari ini, terima kasih kepada campur tangan perubatan moden seperti vaksin, Covid-19 dijangka tidak meninggalkan kesan kepada genom manusia. Dan kebanyakan punca jangkitan bukan lagi atas sebab genetik tetapi oleh sebab faktor sosial. Ahli genetik statistik Vicki Jackson dari Institut Penyelidikan Perubatan Walter dan Eliza Hall percaya antara faktor sosial yang mempengaruhi risiko penyakit ialah status ekonomi, jenis pekerjaan dan masalah kesihatan sedia ada.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bagaimanapun, Jackson percaya kewujudan 42 gen ini boleh membantu penyelidikan pelbagai rawatan koronavirus terutama Covid-19. Ini kerana 42 gen ini pernah melindungi manusia daripada dijangkiti koronavirus. Souilmi bersetuju dengan pandangan itu kerana ia boleh membantu menambahbaik tindak balas sistem imuniti manusia kepada virus sebegini termasuk Covid-19.

RUJUKAN:

Machemer, Theresa. (2021). Over 20,000 Years Ago, a Coronavirus Epidemic Left Marks in Human DNA. Smithsonian Magazine.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.