Korang pernah tengok 17 Again cerita Hollywood pasal si lelaki yang dalam proses penceraian dengan isteri dia dapat kembali jadi muda, masuk sekolah dan kejar impian dia yang tertangguh? Dalam cerita tu, si suami pada asalnya menyalahkan isterinya menjadi sebab dia tak dapat kejar impiannya akhirnya tetap memilih isteri dan keluarga dia mengatasi impiannya.
Perkenalkan 18 Again, 17 Again versi Korea. Tapi lagi power daripada cerita 17 Again. 17 Again yang merupakan filem lakonan Zac Efron memiliki kelemahan ketara disebalik premisenya yang menarik. Tempoh waktu 2 jam terlalu pendek untuk mengupas potensi-potensi premisenya. Dek singkatnya 2 jam itu, maka watak, mesej, tidak mampu diteroka dengan lebih baik.
Namun apabila Korea menyambut obor dengan menerbitkan 17 Again mereka dengan tajuk 18 again,. Perkara yang 17 Again tidak sempat teroka tentang macam-macam hal yang bernanah dalam institut kekeluargaan kat Korea, dibangkitkan dalam cerita ini. Contohnya ialah kenapa si suami dan isteri dah tak macam awal-awal perkahwinan? Kenapa si anak-anak semakin jauh dari mak ayah deme? Apa yang buatkan sebuah keluarga yang bahagia runtuh?
Kau bila tonton ni, kau diajar banyak tips-tips menjadi seorang SUAMI YANG BAIK, SEORANG ISTERI YANG SETIA, SEORANG IBU-BAPA YANG BERKUALITI, DAN SEORANG ANAK YANG TAAT. Dan semua mesej-mesej ni disampaikan bukan dengan cara “preaching”, diungkapkan dengan cara aku panggil “SHOW, DONT TELL.” Bukan pesyen macam cerita Melayu kalau nak bagi pengajaran ni, jenis sumbat tekak kau, nak paksa kau telan mesej yang dia cuba sampaikan.
Jadi, apa mesejnya? KOMUNIKASI. Ini kelemahan paling ketara. Si suami tahu dia menangung beban ditempat kerjanya demi menanggung ahli keluarganya. Namun, si suami tidak meluahkan kepada kepada si isteri, sebaliknya memilih untuk tenggalam dalam a-rak. Begitu juga dengan si isteri yang melihatkan suaminya mula berubah, tidak menyuarakan kepada si suami.
Anak-anak pun sama. Si lelaki dibuli di sekolah, memilih untuk membisu. Si anak dara terasa terasing dari kasih sayang ibu-bapanya, memilih untuk meluahkan kesunyian itu pada jalan yang membinasakan. Akhirnya tiada komunikasi, maka hampir runtuh sebuah institusi kekeluargaan.
Dan yang power ialah pemilihan pelakon dalam cerita ni. Versi tua dan muda kedua-dua watak utama takde beza langsung. Iras wajah pelakon versi tua dan muda tak banyak lari sehinggakan kau boleh yakin bahawa wajah tua itu pernah muda. Bahkan, perwatakan yang wujud pada diri deme, menyakinkan kau bahawa mereka sebenarnya ialah orang yang sama. Bahasa badan, bahasa pertuturan, perwatakannya mereka, semuanya seiras! Syabas kepada pemilihan pelakon yang sesuai.
Aku kalau drama-drama kekeluargaan macam ni memang selalu menitik air mata. Kegigihan si bapa pertahankan maruah keluarganya, kegigihan si ibu mengasihi anak-anak dia, betapa sayang mak-ayah kau pada diri kau, semua ni cukup nak palu jiwa jantan aku.
Lepas tengok cerita ni, aku kena tumbuk dinding balik nak dapatkan balik kejantanan aku. Kadang-kadang setinggi mana pun impian kita, semahal mana pun nama dan wang ringgit, semuanya tidak akan dapat mengatasi erti keluarga pada diri kau.
Dan macam 17 Again, 18 Again ajar kau bahawa tiada apa mampu lawan nilai sebuah keluarga, meski impian nak jadi pemain bola kerajang terkenal dan membina nama, meski impian nak jadi hos TV terkenal, meski daripada kedua-duanya menjadikan kau wang setinggi gunung. Kadang-kadang, ada kebahagian seperti melihat anak-anak membesar dewasa, kebahagian berkongsi beban dengan isteri, kebahagian sentiasa ada mereka di sisi kita jauh lebih berharga dari ribuan pertama yang dilongokkan ke atas kita!
Rating aku dalam 8/10.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih