17 & 18 Mei 2020 mempunyai makna khusus bagi orang Korea Selatan.
Pada hari ini, 40 tahun lalu, Leftenan Jeneral Chun Doo-hwan mengisytiharkan darurat yang mencetuskan Kebangkitan Gwangju (광주항쟁, Gwangju Hangjaeng).
Chun Doo-hwan adalah diktator ke-3 dan terakhir dalam sejarah Korea Selatan selepas Syngman Rhee (1948-1960) dan Park Chung-hee (1961-1979).
Seperti Park Chung-hee, Chun Doo-hwan adalah seorang tentera yang naik jadi presiden menerusi rampasan kuasa (kudeta).
Park digelar sebagai Bapa Pembangunan Korea Selatan. Sambil membolot semua kuasa & mengharamkan pembangkang, Park juga membangunkan Korea Selatan dari sebuah negara mundur menjadi gergasi perindustrian.
Park dibvnuh oleh Kim Jae-gyu, anak buahnya sendiri pada 26 Oktober 1979.
Choi Kyu-hah, perdana menteri yang memangku jawatan presiden mencadangkan untuk kembalikan kuasa kepada rakyat.
Chun Doo-hwan (no. 2 dari kanan), pengikut setia Park pula menganggap demokrasi akan melemahkan Korea Selatan & memberi peluang Korea Utara untuk menyerang negara.
Maka pada 12 Disember 1979, Chun melancarkan kudeta dan tentera kembali memerintah.
Tindakan Chun mencetuskan protes di seluruh negara, maka Chun mengisytiharkan darurat pada 17 Mei 1980 dan mengharamkan segala aktiviti politik termasuk protes.
Namun rakyat di bandar Gwangju masih meneruskan protes dengan berhimpun di hadapan Universiti Chonnam bermula 18 Mei.
Orang Gwangju selain menentang pemerintahan diktator, mereka juga menentang apa yang dianggap sebagai hegemoni wilayah Gyeongsang.
Di Korea Selatan wujud sentimen kewilayahan “Gyeongsang vs. Jeolla”.
Gwangju adalah ibu kota Jeolla, manakala Busan adalah ibu kota Gyeongsang.
Park Chung-hee berasal dari Gyeongsang. Jadi di zaman Park, pembangunan hanya fokus kat Gyeongsang. Highway pertama Korea dibina dari tahun 1968-1970 menghubungkan Seoul dan Busan. Daegu di Gyeongsang dibangunkan menjadi bandar ke-3 besar selepas Seoul dan Busan.
Semua kilang dan pelabuhan dibina dekat Gyeongsang. Jeolla diabaikan menjadi wilayah yang mundur. Jadi orang Jeolla tak sanggup tengok Chun yang merupakan orang Gyeongsang berkuasa lagi.
US yang merupakan bekap kerajaan Korea Selatan juga takut kerajaan demokratik akan cenderung ke kiri, berbaik dengan Korea Utara & merosakkan strategi US di rantau Asia Pasifik untuk mengekang pengaruh komunis. Maka US “merestui” Chun untuk menekan kebangkitan Gwangju.
Tentera yang dihantar oleh Chun mula menyerang dan membantai orang awam, mengakibatkan 200 terkorban. Tapi tu angka rasmi, angka sebenar mungkin lebih tinggi mencecah ribuan.
Pada 1 September 1980, Chun mengangkat sumpah sebagai presiden Korea Selatan ke-5, menggubal perlembagaan baharu dan mendirikan “Fifth Republic”.
Walaupun kebangkitan Gwangju berjaya ditekan, namun protes sekali lagi tercetus. Kali ini di Universiti Yonsei di Seoul pada 9 Jun 1987. Chun guna taktik yang sama. Siswa bernama Lee Han-yeol dicederakan di kepala dan meninggal dunia pada 5 Julai 1987.
Kem4tian Lee Han-yeol akhirnya mencetuskan kemarahan rakyat Korea. Jutaan rakyat turun ke jalan di Seoul menuntut keadilan bagi Lee Han-yeol.
Kebangkitan kali ini dikenali sebagai “June Struggle” atau Yugwol Hangjaeng (6월항쟁).
Kali ini dah tak macam 1980. Pemerintahan Chun tak se-efektif Park, pengikut setia Chun makin kurang.
P3rang Dingin yang hampir tamat juga membuat US tidak lagi mementingkan soal membendung komunis. Kali ni US menyebelahi rakyat & mengingati Chun supaya jangan guna kekerasan.
Akhirnya Chun melepaskan kuasa pada 10 Julai 1987 kepada timbalannya Roh Tae-woo.
PRU yang bebas diadakan pada Disember 1987. Tapi disebabkan undi di kalangan calon pejuang demokrasi (Kim Young-sam & Kim Dae-jung) pecah, maka Roh (juga seorang tentera) menang & jadi presiden.
Perlembagaan baharu digubal, “Sixth Republic” didirikan sehingga hari ini. Disebabkan orang Korea dah serik dengan diktator, maka perlembagaan menetapkan presiden hanya boleh pegang satu penggal (5 tahun).
Chun yang takut dengan keselamatan diri telah sorok di kuil Buddha bernama Baekdamsa di Gangwon dan jadi sami, lari daripada orang awam yang berdendam dengan dia atas kekejamannya terhadap orang Gwangju.
Pada tahun 1993, akhirnya Korea ada presiden dari kalangan orang awam iaitu Kim Young-sam.
Dengan itu honeymoon period Chun dan Roh pun tamat. Pada tahun 1995, kedua-dua Chun dan Roh dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan atas jenayah mereka terhadap rakyat.
Chun disabitkan hukuman penjara seumur hidup, Roh 17 tahun. Tapi pada tahun 1997, mereka telah diampunkan oleh Presiden Kim Dae-jung.
Chun masih hidup hari ini, berumur 89 tahun. Tapi masih naik turun mahkamah atas pelbagai tuduhan. Time COVID pun tak senang.
Malah baru-baru ni ada NGO yang mendirikan patung Chun di Gwanghwamun Square. Orang awam yang lalu akan pukul dan tampar patungnya melepaskan geram.
Walaupun Kebangkitan Gwangju gagal dan berakhir dengan tragedi, namun ia dianggap sebagai titik permulaan pendemokrasian (minjuhwa) dan diabadikan dalam filem seperti May 18 (2007) dan A Taxi Driver (2017).
Bukan saja ia turning point kepada Korea berubah dari sebuah negara authoritarian menjadi demokrasi, malah ia juga turning point kepada persepsi orang Korea terhadap US. Orang mula sedar sikap hipokrit US. Kehadiran tentera US di Korea Selatan semakin tidak dialu-alukan.
Selalu dengar orang merungut pasal Malaysia tak se-maju Korea, tapi mungkin tak ramai sedar yang kemajuan mereka datang dengan harga pemerintahan diktator dan pertumpahan darah yang masih menjadi trauma dalam sejarah mereka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih