Pada 7 juta tahun dahulu, ketika pembentukan benua masih lagi aktif, sebahagian kecil tanah benua Afrika terpisah sehingga membentuk sebuah gugusan-gugusan pulau iaitu Socotra yang terdiri dari 4 buah pulau yang mana lokasinya berada di tengah Laut Arab. Kordinasi gugusan lebih tepat adalah 240 kilometer dari timur Tanduk Afrika dan 30 kilometer dari selatan Semenanjung Arab.

Antara 4 buah pulau gugusan Socotra, Pulau Socotra yang saiznya 95% dari gugusan kepulauan itu (3,796 kilometer persegi) mempunyai kisah yang menarik untuk diceritakan. Pulau Socotra ditemui sejak kurun ke pertama Masihi. Marco Polo pernah mencatatkan mengenai pulau tersebut dalam penjelajahan mengelilingi dunia.

Kemudian pada tahun 1511, Pulau Socotra dikuasai oleh kesultanan Mahra. Pada 30 November 1967, akhirnya Pulau Socotra milik negara Republik Yaman dengan populasi seramai 50,000 orang. Kerana terpinggirnya pulau itu dari mana tanah besar seperti Afrika dan Semenanjung Arab, pulau itu digelar sebagai “Kawasan paling aneh di Bumi” atau “The most alien-looking place on Earth” sehingga mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada Julai 2008.

GAMBAR 1: Lokasi Pulau Socotra

Apa yang dimaksudkan frasa “The most alien-looking place on Earth”? Yang menjadikan pulau itu isitmewa sehingga digelar sedemikian rupa adalah kepelbagaian flora dan fauna. Pulau Socotra tidak dipenuhi dengan hutan tropika. Gurun juga tidak walaupun berdekatan dengan Semenanjung Arab dan Afrika. Hutan di Pulau Socotra sukar untuk dibayangkan. Pokok-pokoknya yang tumbuh meliar tidak seperti akar yang menjalar dan pokok tropika yang tegak menapisi cahaya mentari. Kepelbagaian flora dan fauna Socotra ada unik dan esotik. Kepelbagaian itu membuatkan kita terfikir, “Adakah saya berada di planet lain?”

Keanehan, keunikan, keajaiban kepelbagaian flora dan fauna Pulau Socotra teramat indah untuk dinikmati sehingga kanak-kanak yang melihatnya berfikir bahawa dia berada di dunia penuh khayalan. Kepelbagaian itu menjadikan Pulau Socotra dianggap sebagai permata biodiversity di Semenanjung Arab. Keterasingan pulau itu ditambah bersama iklim gurun telah mewujudkan flora dan fauna endemik (organisma yang hanya wujud di habitat asal) yang menakjubkan. Dalam kajian yang dilakukan oleh Royal Batonic Garden Edinburgh, 307 dari 825 spesis tumbuhan di Pulau Socotra adalah spesis endemik, meliputi satu pertiga pulau besar itu.

Spesis flora endemik pertama Pulau Socotra sehingga menjadi ikon khas pulau itu adalah pokok Darah Naga (nama saintifik: Dracanea Cinnabari). Bentuk pokok itu seperti payung yang mampu memayungi sejumlah besar manusia daripada kepanasan mentari. Apa yang menjadikan pokok ini digelar sedemikian adalah getahnya yang berwarna merah persis darah naga di zaman purba. Getah itu biasanya dijadikan pewarna semula jadi dan dipercayai sebagai ubat penyembut penyakit oleh penduduk pulau.  Pada zaman pertengahan, pohon Darah Naga turut dijadikan medium dalam ritual sihir penduduk Socotra.

GAMBAR 2: Pokok Darah Naga

Spesis pohon endemik kedua Socotra adalah pokok Delima Socotra (nama saintifik: Punica protopunica). Pokok Delima Socotra adalah pokok yang berevolusi dari pokok delima. Ia memiliki bunga berwarna merah, berbeza dengan bunga pokok delima biasa yang berwarna merah jambu. Buah delima Socotra biasanya digunakan sebagai ubat penyembuh luka dan daunnya dijadikan sebagai stok makanan haiwan ternakan apabila kering.

Pokok Timun Raksasa (nama saintifik: Dendrosicyos socotranus) juga antara spesis pohon endemik wujud di Pulau Socotra. Pokok itu bukan sejenis pokok yang menghasilkan buah timun. Ia dinamakan sedemikian kerana fizikal batang pokok itu menyerupai timun raksasa bersama ranting-ranting halus pada bahagian pucuk serta memiliki bunga-bungaan kecil.

Selain tumbuhan, Pulau Socotra juga mempunyai pelbagai jenis haiwan endemik seperti serangga: Julodis clouei, sejenis kumbang endemik dan Belalang Socotra. Spesis burung juga mempunyai spesis endemik seperti Socotra Starling (Onychognathus frater), Socotra Sunbird (Nectarinia balfouri), Socotra Sparrow (Passer insularis), Grosbeak Socotra (Rhynchostruthus Socotranus), serta Socotra warbler (Incana incana). Terdapat juga spesis reptilia (kumpulan buawak dan buaya) yang mempunyai spesis endemik seperti Socotran Skink. Di bahagian perairan, terdapat spesis terumbu karang endemik menghiasi dasar laut pulau. Pokoknya, Pulau Socotra adalah pulau yang terkaya dengan spesis-spesis yang hanya ditemui di pulau tersebut.

Ada pelbagai spesis lain yang biasa ditemui seperti ketam, megkarung atau lipan di Pulau Socotra tetapi uniknya spesis-spesis ini adalah ia mengalami proses kegergasian sehingga saiz spesis itu membesar berbanding saiz biasa.

GAMBAR 4: Socotra Sunbird
GAMBAR 5: Socotra Skink

Dengan kekayaan flora dan fauna wujud di Pulau Socotra, semestinya kerajaan dapat peluang untuk memperoleh pendapatan negara melalui sektor eko-perlancongan tetapi demi memastikan kelestarian pulau itu kerajaan melarang sebarang pembangunan bertapak  – tiada hotel, restoran, dan bangunan lain. Hanya jalan raya saja yang terbentang luas untuk kemudahan para penduduk asal.

RUJUKAN:

  1. Apel, M. and Brandis, D. 2000. A new species of freshwater crab (Crustacea: Brachyura: Potamidae) from Socotra Island and description of Socotrapotamon n. gen. Fauna of Arabia 18: 133-144.
  2. Bowersock, Glen Warren; Brown, Peter; Grabar, Oleg (1999).Late Antiquity: A Guide to the Postclassical World. Harvard University Press. p. 753.
  3. “EU to protect Socotra archipelago environment”.Saba Net. Yemen News Agency (SABA). 15 April 2008.
  4. Kingdon, Jonathan(1989). Island Africa: The Evolution of Africa’s Rare Plants and Animals. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. pp. 38–42.
  5. Majalah INFINITI Edisi 28, Sept 2011, m/s 34 – 37.
  6. Miller, A.G.; Morris, M. (2004). Ethnoflora of the Socotra Archipelago. Royal Botanic Garden Edinburgh.
  7. “Socotra islands scenery in Yemen”.youth.cn. China Youth International. 25 April 2008

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.