Salam Jumaat Mubarakah. Segala puji khusus bagi Allah, rabb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat sekelian alam dan hadiah kepada orang-orang beriman.
Allah Taala berfirman:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
“Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekelian
alam”. Al-Anbiya’ : 107
Sabda Rasulullah s.a.w:
إِنَّماَ أَنَا رَحْمَةُ مُهْدَاة
“Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiakan”.
Riwayat Ibn Saad Dan Al Hakim Dari Abu Hurairah
Firman Allah Taala lagi :
لَقَدۡ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذۡ بَعَثَ فِيهِمۡ
رَسُولٗا مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتِهِۦ
وَيُزَكِّيهِمۡ
وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن
قَبۡلُ لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ١٦٤
“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. Al-Imran : 164
Sesungguhnya Allah telah mengkhususkan hadiah istimewa kepada sekelian orang beriman kerana mereka mengenal hakikat nikmat risalah Muhammadiah. Sesungguhnya Allah juga telah mengutuskan Baginda s.a.w kepada sekelian manusia.
Firman Allah:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةٗ لِّلنَّاسِ بَشِيرٗا
وَنَذِيرٗا وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ ٢٨
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang
beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. Saba’: 28
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّي رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡكُمۡ
جَمِيعًا
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah
Pesuruh Allah kepada kamu semuanya”. Al-A’raf : 158
Sekelian Umat telah bersepakat bahawa Baginda s.a.w adalah makhluk yang paling mulia secara mutlak. Dalil-dalil yang menjelaskan kemuliaan ini sangat banyak, antaranya ialah:
1. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan Rahmat sekalian alam
Allah Taala berfirman:
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا رَحۡمَةٗ لِّلۡعَٰلَمِينَ ١٠٧
“Tidak kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat sekelian
alam”. Al-Anbiya’ : 107
Tatkala Nabi Muhammad s.aw di utuskan sebagai rahmat sekelian alam, sudah pasti lazim Baginda SAW adalah paling afdhal dari sekelian alam.
2. Nabi Muhammad s.a.w diutuskan kepada sekelian manusia tidak seperti para Nabi sebelum ini yang hanya diutuskan kepada kaum mereka.
Allah Taala berfirman :
وَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ إِلَّا كَآفَّةٗ لِّلنَّاسِ
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia
seluruhnya”. Saba’ : 28
3. Allah mengambil janji dari para Nabi dengan keimanan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan membantunya sekiranya mereka berada di zaman kerasulan Baginda s.a.w
وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّۧنَ لَمَآ ءَاتَيۡتُكُم
مِّن كِتَٰبٖ وَحِكۡمَةٖ ثُمَّ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مُّصَدِّقٞ لِّمَا مَعَكُمۡ
لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ
ذَٰلِكُمۡ إِصۡرِيۖ قَالُوٓاْ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُواْ وَأَنَا۠ مَعَكُم
مِّنَ ٱلشَّٰهِدِينَ ٨١
“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan
firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu,
kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada
pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu
bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka):
Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara
yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya).
Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi
saksi bersama-sama kamu”. Al-Imran : 81
4. Tidak berpisah nama Sidna Muhammad s.aw dengan lafz Jalalah (Allah).
Firman Allah Taala:
وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ ٤
“Dan kami tinggikan bagimu sebutan (namamu)”. Al-Insyirah : 4
Allah Taala telah menyertakan nama Sayyiduna Muhammad s.a.w dengan namaNya di dua Kalimah Syahadah, azan, tasyahud. Tidak berpisah nama Baginda s.a.w dengan lafzu Jalalah (Allah). Hal ini tidak pernah berlaku kepada sekelian para nabi sebelum ini.
5. Allah telah mengiringi ketaatan kepada-Nya dengan dengan taat kepada Baginda s.a.w.
Firman Allah Taala:
مَّن يُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَۖ
“Barangsiapa yang mentaati Rasul (Muhammad s.a.w), sesungguhya dia telah
mentaati Allah”. An Nisa : 80
6. Allah telah mengiringi keredhaanNya dengan redha Baginda s.a.w.
Firman Allah Taala:
يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَكُمۡ لِيُرۡضُوكُمۡ وَٱللَّهُ
وَرَسُولُهُۥٓ أَحَقُّ أَن يُرۡضُوهُ إِن كَانُواْ مُؤۡمِنِينَ
“Padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat
keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman”. At Taubah : 62
7. Allah telah mengiringi seruanNya dengan seruan Baginda s.a.w.
Firman Allah Taala:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ
وَلِلرَّسُولِ
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan RasulNya…”
An-Anfal : 24
8. Syariatnya paling mulia dari syariat para Nabi terdahulu, sudah pasti Baginda s.a.w adalah paling mulia dari kalangan para Nabi.
9. Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat paling mulia lantaran mengikut kemuliaan baginda s.a.w.
Firman Allah Taala:
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia”. Al-Imran : 110
10. Baginda s.a.w adalah penutup para Rasul, oleh kerana itu Baginda s.a.w Rasul paling mulia.
11. Rasulullah SAW penghulu anak Adam di hari Qiyamah
Sabda Baginda s.a.w :
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ اَدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَ لاَ فَخْرَ,
وَمَا مِنْ بَنِي يَوْمَئِذٍ اَدَمَ فَمَنْ سِوَاهُ إِلاَّ تَحْتَ لِوَائِي ,
وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ وَ مُشَفَّعٍ وَ لَا فَخْرَ
“aku adalah penghulu anak adam di hari qiamat kelak dan tiada kebanggaan. Di
tanganku panji kepujian dan tiada kemegahan. Dan tiada dari para Nabi di hari
tersebut bermula Nabi Adam a.s dan selain Nabi Adam a.s melainkan di bawah
panjiku. Dan aku adalah orang pertama memberi syafaat dan aku orang pertama
yang diterima syafaatnya dan tiada kebangaan”.
Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmizi Dan Imam Ibn Majah Dari Abi Said
12. Rasulullah SAW pemimpian sekalian Rasul
Sabda Baginda s.a.w :
أَنَا قَائِدُ المرْسَلِيْنَ وَ لاَ فَخْرَ وَ أَنَا خَاتِمُ النَبِيِّيْنَ
وَ لاَ فَخْرَ وَأَناَ أَوَّلُ شَافِعٍ وَ مُشَفَّعٍ وَ لاَ فَخْرَ
“aku adalah pemimpin sekelian rasul, tiada kebanggaan, dan aku adalah penutup
sekelian nabi dan tiada kebanggaan dan aku adalah orang pertama yang memberi
syafaat dan orang pertama yang diterima syafaatnya”.
Hadis Riwayat Imam Ad Darami Dari Jabir
Rujukan : Jalal al Afham fi Syarhi Aqidah al Awam, Kiyai Muhammad Ihya Ulumuddin, Darul Ulum al Islamiah Surabaya, terjemahan oleh Angah Sunan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih