Tidak ramai penguasa yang berpeluang berdiri setinggi Qin Shi Huang, maharaja China pertama yang menyatukan ketujuh-tujuh negara di bawah satu empayar. Segala seterunya tunduk bersetuju, segala sekutu datang kepadanya berpusu-pusu, membuatkan si maharaja menumpu pada satu-satunya 4nc4man yang terus-menerus membvru, iaitu mavt yang sentiasa menunggu.

Kisah Qin Shi Huang mencari kehidupan abadi mungkin dianggap sebagai sebuah kisah dongeng. Walau bagaimanapun, banyak bukti arkeologi menyokong kebenaran kisah berkenaan.

Seaneh manapun bunyinya, Qin Shi Huang sememangnya berusaha mencari maulhayat atau eliksir yang menjanjikan kehidupan abadi. Sepanjang dekad terakhir hidupnya, beliau menyeru setiap cendekia, ahli nujum, dan bijakpandai empayar untuk mencari ramuan ajaib berkenaan. Segala keringat dan perbendaharaan negara turut dibelanjakan bagi mencapai tujuan tersebut, sehinggalah akhirnya beliau dijemput mavt.

Potret Qin Shi Huangdi


XU FU DAN RAMUAN KEABADIAN

Beberapa tahun yang lalu, ahli-ahli arkeologi di China menjumpai beberapa kepingan kayu yang mengandungi titah diraja dari zaman Qin Shi Huang. Menurut kandungan titah berkenaan, kesemua pegawai kerajaan diperintahkan supaya mencurahkan segenap usaha dalam menghasilkan atau menemukan maulhayat.

Sebahagian maklum balas yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan Shin Huang Di masih terselamat hingga ke hari ini. Misalnya, seorang pegawai dari Duxiang memohon ampun kepada maharaja kerana belum dapat menemukan eliksir berkenaan dan berjanji untuk melipatgandakan usaha.

Maklum balas daripada Langya pula disertakan bersama sejenis herba dari sebuah gunung tempatan yang kononnya, berupaya membuatkan manusia hidup abadi.

Namun, di antara kesemua maklum balas yang diterima, Qin Shi Huang menaruh banyak harapan pada kata-kata salah seorang ahli nujumnya, iaitu Xu Fu dari Pulau Zhifu. Xu Fu memaklumkan bahawa terdapat sebuah pulau bernama Penglai di Lautan Pasifik.

Di pulau tersebut, terdapat lapan orang manusia immortal yang bertugas menjaga maulhayat. Justeru, beliau memerlukan sebuah kapal mewah yang dipenuhi 6000 orang gadis sunti untuk dijadikan sebagai sembah k0rb4n demi mendapatkan air keabadian tersebut.

Permohonannya itu diperkenankan dan Qin Shi Huang pun berlayar ke Pulau Zhifu dengan membawa segala perkara yang diminta oleh Xu Fu. Setelah mengiringi keberangkatannya ke Pulau Penglai, Qin Shi Huang pun pulang meninggalkan Pulau Zhifu. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu mengukir prasasti yang berbunyi, “Tiba di Fu dan mengukir batu ini.”

Tugu Xu Fu di Weihai, Shandong

“MAHARAJA PERTAMA BAKAL M4T1”

Walau bagaimanapun, Xu Fu tidak pernah berhasil menemukan ramuan ajaib ataupun manusia immortal yang kononnya hidup di Pulau Penglai. Lebih mengharukan, beliau mungkin langsung tidak pernah mencuba untuk mencarinya, sebaliknya menjalani kehidupan mewah bersama 6000 orang gadis sunti dan segala harta kekayaan yang dititipkan oleh maharaja.

Pulau Penglai

Warsa temu warsa, Qin Shi Huang menanti khabar daripada Xu Fu dengan penuh sabar. Namun, keadaan berubah tiga tahun kemudian apabila sekumpulan pencer0b0h membuat cubaan untuk membvnvh beliau.

Ny4w4nya terselamat, namun peristiwa getir ini membangkitkan kebimbangannya. Jika Xu Fu tidak pulang, fikirnya, lambat-laun beliau tentu akan m4t1.

Maka, Qin Shi Huang pun menghantar empat orang lelaki untuk mencari herba yang menjamin keabadian. Namun, hanya seorang sahaja yang pulang sambil tiga yang lain melarikan diri.

Paranoia lantas menerpa. Qin Shi Huang memerintahkan laluan bertembok yang menghubungkan antara satu bangunan dengan satu bangunan dibina di istana, supaya beliau tidak perlu lagi berjalan di perkarangan luar yang katanya, terdedah kepada 4nc4man b4hay4. Setiap jendela istana ditirai dengan langsir dan sesiapa sahaja yang memaklumkan keberadaan maharaja bakal dijatuhi hvkuman m4t1.

Cubaan Jin Ke untuk membvnuh Qin Shi Huang. Jin Ke (kiri) dipegang oleh salah seorang tabib Qin Shi Huang (kiri). P1s4u yang digunakan tertancap pada batang tiang sambil Qin Shi Huang (kanan) memegang cakera jed diraja. Salah seorang t3nt3ranya (paling kanan) bergegas untuk menyelamatkan maharaja


PEMBVNVHAN 460 ORANG BIJAKPANDAI

Pada tahun 211SM, lapan tahun selepas keberangkatan Xu Fu, sebongkah batu besar (ada yang menyebutnya sebagai meteor) membadai kawasan sekitar Sungai Kuning. Pada bongkah berkenaan terdapat tulisan yang berbunyi, “Maharaja Pertama akan m4t1 dan wilayah kekuasaannya akan berpecah-belah.”

Maharaja naik murka dengan kenyataan itu dan memerintahkan supaya orang yang menulis prasasti itu dibawa menghadap. Dek kerana tiada siapa yang tampil, beliau pun menjatuhkan hukVman m4t1 ke atas semua warga yang hidup di sekitar kawasan itu. Prasasti tersebut pula dihancVrkan supaya tiada yang dapat membacanya.

Kian lama, kesabarannya kian menipis. Ketika beliau menerima khabar angin kononnya pakar-pakar kimia di istananya yang berjanji untuk membawakan maulhayat ternyata hanya berdusta, maharaja sekali lagi naik berang.

Beliau mendakwa mereka sebagai tukang sihir dan mahu menguji kalau-kalau mereka mampu menghidupkan diri mereka sendiri. Lantas, seramai 460 orang bijakpandai diheret dari rumah masing-masing ke ibu kota lalu dihumban ke dalam sebuah lubang besar dan mereka dikvburkan hidup-hidup.

Maharaja Qin Shi Huang


MEMBVNUH ‘RAKSASA LAUT’

Tidak lama kemudian, Qin Shi Huang sekali lagi berkunjung ke Pulau Zhifu. Mana tidaknya, sembilan tahun sudah berlalu namun Xu Fu masih juga belum memaklumkan sebarang berita. Sambil bersujud di kaki maharaja, Xu Fu mengemukakan dolah-dalihnya lagi, “Patik boleh mendapatkan herba-herba keabadian dari Pulau Penglai.

Cuma, di sana ada ikan gergasi yang menghalang laluan patik. Patik mohon supaya patik diberikan sekumpulan tentera pem4n4h untuk melindungi rombongan patik.”

Walau bagaimanapun, umpannya kali ini tidak dimakan. Qin Shi Huang mendapatkan bvsur p4n4hnya lalu menawarkan diri untuk mengikuti rombongan Xu Fu demi membvnvh ikan gergasi tersebut.

Tentunya, Xu Fu terketar-ketar lutut sepanjang perlayaran mencari raksasa laut yang sememangnya beliau ketahui tidak wujud. Namun entah tuah apa yang menyebelahi dirinya, tanpa semena-mena muncul seekor ikan besar (mungkin ikan paus) dan beliau pun bergegas memaklumkan kepada maharaja bahawa kononnya itulah ikan gergasi yang menghalang perjalanannya sebelum ini.

Lantas, maharaja pun melepaskan b1d1kan p4n4h tepat pada ikan tersebut sehingga m4t1, lalu pulang dengan meninggalkan ukiran kedua pada batu sama tempohari, berbunyi, “Mengunjungi Fu dan memb1d1k m4t1 seekor ikan.”

KEM4NGK4TAN QIN SHI HUANG

Entah buat kali yang keberapa, cuma tentunya kali terakhir, Xu Fu berlayar ke Pulau Penglai. Kali ini, tiada alasan mahupun helah-elat yang dapat dimainkan oleh beliau. Jika beliau pulang dengan tangan kosong, tiada ampun baginya melainkan hukuman m4t1.

Maka, Xu Fu pun berlayar ke timur dan tidak lagi pulang ke China. Sambil itu, Qin Shi Huang sendiri semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Zhifu, singgah di sebuah tempat di Hopei dan jatuh g3r1ng di sana.

Seperti biasa, beliau mengambil ubat-ubatan yang disediakan oleh tabib diraja. Namun hakikatnya, ramuan yang diberikan kepada beliau adalah merkuri yang sekaligus, meragut ny4w4nya.

Tugu maharaja Qin

Maka, petaka pun menimpa istana dek kerana Qin Shi Huang masih belum menamakan pewaris. Tentunya, kealpaan ini disebabkan oleh keyakinannya yang konon mampu hidup abadi.

Demi merahsiakan berita kem4ngk4tan dan bauan tidak enak dari jasad maharaja yang kian merepvt, menteri yang mengiringi beliau dalam perjalanan pulang dari Pulau Zhifu meletakkan jasadnya di dalam sebuah pedati yang diapit oleh dua gerabak yang dipenuhi ikan-ikan busuk.

Beliau sendiri kadangkala memasuki pedati tersebut sambil membawa makanan, kononnya untuk diberikan kepada maharaja.

Namun, berita kem4ngk4tan Qin Shi Huang tidak dapat dirahsiakan buat selama-lamanya. Beberapa tempoh kemudian, empayar China dilanda p3r4ng saudara yang dahsyat dan penyatuan yang dilakukan oleh Qin Shi Huang seolah-olah tiada makna apabila empayar sekali lagi berpecah.

Janji sumpahnya untuk mengekalkan kekuasaan Qin selama 1000 generasi ternyata hanya dusta semata dan beliau sendiri cuma sempat melata di dunia selama 49 tahun.

RUJUKAN:

Mark Oliver. (15 Jun 2018). How the Search for Immortality Ki1l3d the First Emperor of China. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/search-immortality-ki11ed-emperor-china-0010207


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.