Hak asasi manusia merupakan sesuatu yang bersifat global, kerana manusia terdapat di seluruh dunia dan setia manusia itu mempunyai hak tersendiri yang tidak boleh dilanggar dan dicerobohi oleh manusia lain. Berikut adalah himpunan beberapa fakta pelik dan menarik berkenaan hak asasi manusia, sama ada dalam perkara positif atau negatif. Anggaplah fakta ini sebagai fun facts sebagai menambah pengetahuan kita bersama, di samping di ambil pengajaran dalam kehidupan kita.

1) Di Sweden, semua orang diberikan satu hak yang disebut sebagai ‘Allemansrätt’ atau diterjemah sebagai The Right of Public Access, bermaksud semua orang diberikan hak untuk menjelajah, berjalan kaki, menaiki kenderaan (seperti kereta, motorsikal, dan lain-lain), ski atau berkhemah ke seluruh pelusuk Sweden kecuali di laman persendirian atau tanah yang dikhaskan. Hak ini boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja yang berada di Sweden, dengan syarat iaitu menjaga kebersihan dan keharmonian alam sekitar serta sama-sama memberi peluang kepada orang lain untuk menikmati alam semula jadi tanpa sebarang konflik dan masalah.

2) Pada tahun 1994, Stephen Young, seorang lelaki dari United Kingdom telah berjaya memenangi hak beliau untuk dibicarakan semula di dalam mahkamah akibat kesalahan membunuh. Hujah beliau? Para juri yang menjatuhkan hukuman ke atas beliau di dapati menggunakan permainan papan Ouija dan dikatakan telah berhubung dengan roh mangsa bunuh StephenYoung sehari sebelum perbicaraan di mahkamah. Tindakan ini dikatakan telah melanggar etika pengamal undang-undang. Berani kerana benar!

3) Filem Lord of Wars (2005) lakonan Nicolas Cage telah diiktiraf dan disokong oleh Amnesty International, iaitu satu badan pejuang hak asasi manusia global sebagai filem yang membongkar kegiatan penyeludupan senjata secara haram oleh sesetengah pihak yang berkepentingan sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah hak asasi manusia seperti perang saudara, pembunuhan kejam dan sebagainya.

4) Jika di kad pengenalan anda tertulis jantina sama ada ‘lelaki’ atau ‘perempuan’, di Nepal anda boleh menukarkannya kepada ‘Other’ kerana Nepal membenarkan ditulis jantina ‘ketiga’ di dalam kad pengenalan sebagai mengiktiraf rakyat mereka sewaktu membuat kad pengenalan yang mempunyai jantina berbeza daripada jantina asal sewaktu lahir. Antara negara lain yang membenarkan jantina lain ini ditulis juga termasuk Australia, New Zealand, India dan Bangladesh. Siapa berani cuba?

5) Dilaporkan sebanyak 603 juta wanita (termasuk remaja dan kanak-kanak perempuan) di seluruh dunia menghadapi masalah keganasan di dalam rumah atau pejabat, dan kesemua kesalahan ini masih dianggap tidak melanggar hak asasi manusia oleh sesetengah masyarakat di majoriti negara dari seluruh dunia. Wanita masih dilayan dengan teruk oleh sesetengah manusia yang tidak berhati perut dan kejam.

6) Setiap rakyat di Korea Utara ‘dipaksa’ untuk menangis dan meratapi kematian bekas pemerintah Korea Utara, Kim Jong Il, ayah kepada pemerintah sekarang iaitu Kim Jong Un. Menurut rakaman video di internet, setiap rakyat akan diajar dan disuruh untuk ‘menangis’ oleh orang tertentu yang dilantik oleh kerajaan, walaupu air mata yang mengalir hanyalah air mata buaya (air mata tipu). Kalau anda berhati batu atau keras kepala untuk mengalirkan air mata palsu walaupun sedikit, anda akan ditangkap dan disumbat ke kem tahanan selama enam bulan sebagai buruh kasar.

7) Walaupun Mahatma Gandhi dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan India, tokoh pejuang terhadap British dan sebagainya, namun ramai tidak mengetahui disebalik kelembutan dan sikap non-violence beliau, Mahatma Gandhi sebenarnya mempunyai sikap ketagihan seks yang sangat teruk. Sebagai contoh, Gandhi menyuruh pengikut perempuan tidur dengannya pada waktu malam, bukan dengan suami masing-masing. Bahkan terdapat kajian yang dijalankan mendapati Gandhi mencipta pelbagai lagi undang-undang pelik yang diamalkan oleh beliau dan pengikutnya untuk memenuhi kehendak nafsu seksnya itu. Banyak maklumat dan dokuman dijumpai membuktikan perkara ini.

8) Walaupun Aun San Suu Kyi dikenali sebagai pejuang demokrasi di Myanmar, sebuah negara di bawah kepimpinan tentera sehingga sanggup ditangkap dan dipenjarakan kerana memperjuangkan hak demokrasi rakyat dan akhirnya menerima anugerah Nobel pada 1991 berdasarkan prinsip beliau itu, namun sangat mengecewakan apabila beliau mendiamkan diri dan langsung tidak melakukan apa-apa apabila rakyat Rohingya ditangkap, dibunuh dan disembelih oleh junta tentera negara tersebut. Perjuangkan kebebasan tetapi menafikan hak rakyat negara sendiri yang berbeza warna kulit? Ramai pejuang hak asasi manusia di seluruh dunia menggesa agar anugerah Nobel beliau ditarik balik, dan ada yang mengatakan bahawa perjuangan beliau selama ini adalah bersifat kepentingan peribadi semata-mata.

9) Kalau anda berjalan-jalan di China, dan berhajat untuk membuka Google sambil mencari maklumat tentang makanan, tempat berjalan dan bersiar-siar, hentikan niat anda. Walaupun dikenali sebagai negara yang besar dan terbuka, tetapi laporan Amnesty International mendapat China mempunyai tahanan yang paling ramai terdiri daripada wartawan dan pengguna internet. Google, Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube dan banyak lagi. Beberapa laman internet antarabangsa seperti Yahoo juga harus mengikut akta kawalan internet yang dikawal dan ditapis oleh kerajaan China untuk memboleh mereka beroperasi di China. Penduduk di China banyak menggunakan media sosial tempatan seperti Weibo, Baidu, Taobao, QQ, Sina, Sohu, and Ctrip. Sekatan ini terkenal dengan jolokan The Great Firewall of China.

10) Dua watak filem dan pejuang hak asasi terkenal, iaitu Mulan (pejuang hak wanita) dan Robin Hood (pejuang hak orang miskin dan tertindas) sebenarnya boleh dikatakan tidak pernah wujud di atas bumi ini. Daripada beberapa kajian yang dijalankan mendapati tiada maklumat lengkap dan menyeluruh dijumpai terhadap kedua-dua watak ini, bahkan tidak dapat dikesan susur galur keluarga mereka sehingga sekarang. Muncul pelbagai teori tentang identiti asal dan nama samaran yang digunakan oleh mereka, namun sehingga kini kedua-duanya tidak dapat dipastikan sama ada pernah hidup atau tidak di dunia ini.

11 ) Sebagaimana yang pernah ditulis oleh sebahagian admin TP sebelum ini, walaupun Adolf Hitler dikenali sebagai diktator kejam dan orang yang sangat tegar melanggar hak asasi manusia dengan memulakan perang yang mengorbankan sehingga 85 juta orang, serta melaksanakan holocaust sehingga mengorbankan ribuan penduduk berketurunan Yahudi dari seluruh pelusuk Eropah, namun ramai tidak mengetahui bahawa beliau pernah jatuh cinta dalam diam terhadap seorang wanita berketurunan Yahudi bernama Stefanie Isak. Namun Hitler tidak pernah berani meluahkan perasaan beliau terhadap wanita ini. Mungkin perang besar berlaku akibat cinta yang tidak kesampaian? Dahsyat betul kuasa cinta ya?

11 fakta yang dikemukakan di sini merupakan sedikit daripada pelbagai lagi fakta-fakta pelik dan menarik yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Mungkin kita bersetuju atau tidak dengan perkara yang berlaku, namun apa yang penting adalah mengambil pengajaran dan beruasaha mempertahankan keadilan dan hak terhadap sesama manusia tanpa mengira agama, umur, jantina, asal dan sebagainya selagi ia tidak melanggar undang-undang dan batas etika manusia. Mungkin anda semua mempunyai dan menjumpai banyak lagi fakta-fakta menarik tentang hak asasi manusia, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

Comments are closed.