Bangsa Yahudi pada hari ini adalah minoriti dalam banyak negara. Malah Yahudi boleh menjadi minoriti di Israel pun, andainya tiada campurtangan kerajaan. Kalau tengok pada skala global, bangsa Yahudi hanya mempunyai 17.8-20.7 juta orang.

Ramai lagi orang Melayu berbanding Yahudi. Ada dua sebab kenapa Yahudi tidak ramai. Pertama sekali, pengalaman pahit mereka semasa dιzαlιmι Jerman masih meninggalkan kesan hingga hari ini (Taylor, 2015).

Kemudian pula, ramai dalam kalangan Yahudi berkahwin campur dengan anak-anak tidak lagi berdaftar sebagai Yahudi. Dalam kalangan pasangan Yahudi pula, kadar kesuburan sedang menurun akibat cabaran ekonomi (Liphshiz, 2020).

Jadi senang kata, populasi Yahudi sekarang dan tahun 1020 tiada beza mana pun. Selama 1,000 tahun, jumlah mereka tidak bergerak jauh.

Ini membangkitkan satu persoalan menarik: seberapa ramai golongan bukan Yahudi benar-benar tiada titisan dαrαh Yahudi? Dalam kalangan pembaca pun, mana tahu ada kena mengena dengan Bani Israil silam yang silam.

Ada satu perkara menarik yang semua barangkali tidak tahu. Populasi sebenar Bani Israil sebenarnya tersangat besar sampai tidak boleh dihitung kira. Barangkali 50 juta. Mungkin 100 juta. Memang ramai. Sebab itulah Bani Israil diberi nama “10 Suku Yang Hilang”. Sebab mereka benar-benar hilang.

Tentang Bani Israil

Semua orang tahu tentang Bani Israil. Kelompok ini menggapai populariti tinggi dalam sejarah dan seni, oleh kerana pengaruh keagamaan. Kisah Nabi Musa as banyak mempengaruhi fikiran orang ramai tentang Bani Israil.

Dan sebuah batu bersurat di Mesir mengesahkan bahawa Bani Israil memang hidup di Lembah Canaan sejak Zaman Gangsa lagi (Bruce, 2017). Semasa zaman Nabi Ya’akub (as), kelompok Bani Israil berhijrah ke bumi Mesir Purba.

Kemudian mereka keluar ketika kerasulan Musa (as). Sebelum zaman Nabi Daud (as), kelompok ini diberi seorang raja iaitu Sha’ul.

Kepimpinan Daud dan Sulaiman (as) menjulang Bani Israil sebagai sebuah kuasa rantau. Namun selepas itu, kelompok ini mula mengalami kejatuhan angkara persengketaan Rehoboam dan Jeroboam.

Dan zaman kejatuhan ini berterusan hingga datangnya bala Babylonia dan Rom.

10 Daripada 12 Suku

Bani Israil mempunyai 12 suku yang dipimpin anak-anak Nabi Ya’akub (as). Hanya Nabi Yusuf (as) sahaja tidak dikurniakan suku tersendiri (kerana baginda diangkat sebagai rasul, yakni ketua segala suku). Dalam kalangan 12 suku ini, 10 bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan. Jadi dua lagi berpakat sama-sama dengan kerajaan asing. 10 suku tersebut membentuk Kerajaan Israil di sebelah utara.

Manakala dua suku lain – Yehuda dan Binyamin – menubuhkan kerajaan di selatan. Jadi ada dua kerajaan Bani Israil yang asalnya bersatu sebelum bersengketa (Rehoboam dan Jeroboam).

Apabila bergerak menyendiri, dua kerajaan ini bersaing antara satu sama lain.

Persaingan ini mencapai kemuncak pada tahun 732 S.M., apabila Raja Utara berpakat dengan kerajaan Aram untuk mengambil Jerusalem daripada Raja Selatan. Lalu Raja Selatan memohon bantuan daripada Empayar Assyria yang bersetuju untuk datang membantu.

Datang saja Assyria, Kerajaan Utara habis dibelαsαh sampai lµmαt. Setiap inci tanah Kerajaan Utara diambil Assyria, dan 10 suku di sini dihalau jauh.

Gambaran apa yang berlaku demikian hari

Inilah sebab mereka dianggap 10 suku yang hilang. Mereka terdiri daripada Reu’ven, Sim’on, Lewi, Yissakar, Zebulun, Dan, Naptali, Gad, Aser, Eprayim dan Manasseh. Sehingga hari ini, tiada siapa tahu apa yang berlaku pada suku-suku ini.

Mereka hilang angkara persengketaan penguasa yang entah apa-apa.

RUJUKAN:

Bruce, L. (2017). Israel in the Time of Mernetpah (updated). Origins of Ancient Israel.

Liphshiz, C. (2020, Oktober 22). Europe’s Jewish population down 60% since 1970, as low as it was 1,000 years ago. The Times of Israel.

Taylor, A. (2015, Julai 12). Has the global Jewish population finally rebounded from the (ditapiskan)? Not exactly. The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.