Apabila manusia memikirkan tentang peradaban kuno, kekurangan kemajuan teknologi dan gaya hidup primitif biasanya merupakan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita.

Namun tahukah anda bahawa perkara seharian yang sering diguna oleh manusia zaman moden merupakan hasil inovasi kuno tamadun manusia sejak ratusan bahkan ribuan tahun dahulu? Inil merupakan senarai 10 perkara tersebut;

  1. Sistem Masa (Jam)

Suatu ketika pada awal zaman milenium kedua SM, Orang Babylon mencipta sistem masa dan pengaruhnya masih mempengaruhi kita hingga hari ini

Masyarakat Babylon berinovasi dengan mewujudkan sebuah sistem di mana satu ruang menunjukkan gandaan 1, satu lagi jarak menunjukkan gandaan 60 saat lalu menghasilkan 3,600 saat iaitu bersamaan dengan 1 jam.

Angka-angka ini dipisahkan oleh ruang kecil. Setelah mereka memiliki sistem bilangan sendiri, orang Babylon mula menerapkannya pada pelbagai aspek kehidupan seperti bilangan hari dalam setahun atau kiraan jumlah darjah dalam bulatan. Sistem bangsa Babylonia jauh lebih mudah dan sistematik untuk dikira dan dibahagi berbanding bangsa-bangsa lain. Hari ini sistem tersebut diterapkan pada konsep waktu memberikan kita jumlah minit dalam satu jam dan jumlah saat dalam satu minit.

  1. Coli Sukan

Pakaian dalam wanita jenis ini dikenali sebagai apodesmos dan diciptakan oleh orang Yunani kuno, kain ketat di atas paras dada pada awalnya dipakai oleh wanita yang mengambil bahagian dalam acara sukan.

Apodesmos diletakkan di atas payudara, ia menyekat pergerakan bahagian dada selain memberi keselesaan dan menjadikan sukan lebih lancar.

Selain itu, apodesmos jauh lebih kerap dipakai di negara-negara kota yang mempromosikan sukan wanita seperti di kota Sparta.

Pakaian dalam jenis ini biasanya dibuat dari bulu atau linen/fabtik. Banyak patung dijumpai menggambarkan Dewi Aphrodite memakai apodesmos, hal ini menyebabkan beberapa orang percaya bahawa versi kain yang lebih nipis mungkin mempunyai konotasi erotik.

  1. Gula-Gula Pudina

Siapa suka gula-gula Hacks atau Tic Tac? Gula-gula yang diperbuat dari perisa pudina dapat melegakan nafas berbau.

Kaedah ini sudah wujud sejak zaman Mesir Kuno, seperti yang dicatatkan dalam Ebers Papyrus, kitab perubatan kuno tentang penggunaan ramuan pudina.

Jadi bagaimana masyarakat Mesir Kuno menghadapi mulut bau yang disebabkan oleh pertumbuhan bakteria pada gigi?

Mereka mengembangkan penggunaan pudina dengan campuran pelbagai bahan termasuk kemenyan dan kayu manis.

Bahan tadi direbus dalam madu dan dibentuk mengikut kesesuaian. Dalam dokumen menyebut sejumlah resipi Kyphi digunakan dalam upacara keagamaan dan juga untuk tujuan perubatan..

  1. Payung Terjun

Leonardo Da Vinci bukanlah orang pertama yang mencipta Payung Terjun, orang mengaitkannya dengan penciptaan ini tak tepat sama sekali.

Sebenarnya idea inovasi pertama bermula sejak zaman tamadun Cina Kuno. Sejak abad pertama SM lagi catatan bertulis menceritakan tentang Maharaja Shun yang hidup sekitar 4,000 tahun lepas.

Dalam rekod, Sejarawan menjelaskan bagaimana beliau dipaksa naik ke atas bangunan tinggi oleh ayahnya yang berniat jahat untuk membunuhnya dengan membakar bangunan dari bawah.

Shun terjun ke tanah dengan sepasang topi buluh yang dilebarkan seperti sayap. Sejak itu ia memberi idea menggunakan rintangan angin untuk melambatkan semasa sedang jatuh.

  1. Bertih Jagung

Bertih jagung amat popular dinikmati ketika berada dalam panggung wayang. Tetapi tahukah anda secara tidak langsung, orang-orang Aztec telah memperkenalkan bertih jagung ke dunia lantaran dari serangan Sepanyol.

Ketika Christopher Columbus pertama kali berinteraksi dengan suku Arawak, Amerika Selatan. Beliau diberi ‘corsage’ dalam bentuk bertih jagung.

Dikatakan ia sebagai komponen penting dalam asas ketamadunan mereka. Bertih jagung memainkan peranan besar dalam budaya Aztec.

Bertih jagung selalu dijadikan sebagai kalung atau hiasan kepala, dan biasanya digunakan untuk menghias patung-patung keagamaan.

Bukti keberadaannya berasal dari suku Anasazi di Utah sekitar tahun 350 SM. Mereka membuat pemilihan benih sebelum melakukan proses pertanian untuk menentukan tanaman. Orang Asli Amerika dianggap telah mengembangkan tanaman itu hampir 5,000 tahun yang lalu.

  1. Odometer

Alat yang berguna untuk mengukur jarak perjalanan. Alat yang biasa ada pada setiap kenderaan ini dipercayai diciptakan oleh seorang arkitek bernama Vitruvius semasa era Rom Kuno.

Beliau muncul dengan idea alat mengukur perjalanan ini pada abad pertama Sebelum Masihi.

Perkataan ‘hodometer’ berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “cara” dan “mengukur.”

Vitruvius menulis secara terperinci mengenai reka bentuknya, menjelaskan bagaimana roda dengan 400 gear bergigi akan dipusingkan oleh gear bergigi satu yang dipasang pada roda utama dan menjatuhkan batu ke dalam kotak menunjukkan bahawa batu baru sahaja bergerak.

Walau bagaimanapun, sebilangan ahli arkeologi berpendapat bahawa reka bentuk seperti itu mustahil bagi orang Rom, memandangkan mereka tidak berpengalaman dalam industry logam. Bahkan Leonardo da Vinci tidak dapat mencipta semula rekaan Vitruvius. Namun kajian moden oleh Andre Sleeswyck dalam Scientific American melaporkan bahawa beliau dapat membina semula dengan reka bentuk ini.

  1. Perkhidmatan Pos

Assyria merupakan sebuah peradaban Semetik Purba yang wujud sebagai sebuah daerah yang bebas dari tahun 2,500 SM. hingga 900 SM

Jangka masa hampir 19 abad ini bertanggung jawab atas penciptaan perkhidmatan pos pertama di dunia.

Ada beberapa dakwaan lain mengatakan servis perkhidmatan pos muncul lebih awal di China dan Mesir, tetapi dakwaan tersebut tak boleh disangkal dengan ketepatan dan bukti yang ada pada ketamadunan  Assyria.

Kemungkinan besar dipercayai perkhidmatan pos wujud pada masa pemerintahan Shalmanesar III pada abad ke-9 SM, perkhidmatan pos menggunakan keldai untuk mengangkut surat antara bandar.

Sejarawan Greek, Xenophon ada menulis mengenai Cyrus the Great, pemimpin Empayar Parsi yang menguasai Assyria mendakwa bahawa kerajaan ketika itu ada banyak  pengendali kurier yakni (pengendali keldai) yang akan menghantar surat berulang-alik antara pusat pos-pos yang telah ditentukan di setiap kota.

  1. Kunci Pintu

Kunci pintu tertua yang masih terpelihara yang ditemui adalah milik orang Mesir kuno dijangka sekitar 2000 SM.

Ramai penyelidik percaya bahawa penemuan kunci itu wujud lebih awal dari tarikh 2000 SM. Apa yang membezakan antara  kunci penemuam sebelum dan penemuan kemudian adalah bahan kunci dibuat dari kayu.

Idea asas kunci menggunakan ‘pin tumbler’ merupakan jenis yang paling biasa digunakan hari ini.

Terdapat satu perbezaan kecil antara kunci moden dan kunci kuno iaitu kunci zaman Mesir ukurannya lebih besar satu kaki(1ft), ini menyukarkan penjenayah untuk memilih kunci.

Orang Mesir mencipta jenis kunci se-kompleks ini untuk menjaga barang berharga atau tempat-tempat yang mempunyai kepentingan agama.

  1. Mesin Layan Diri

Ya. Sistem mesin layan diri yang boleh dijumpai di tempat awam dan akan membelinya tatkala kita sedang haus itu sebenarnya dicipta oleh seorang Pahlawan Alexandria yang terkenal. Mesin layan diri pertama di dunia itu hanya menjual satu ‘minuman ringan’ iaitu air suci(holy water).

Keperluan penemuan baru ini timbul kerana orang terlebih ambil Air Suci berbanding nilai yang telah dbayar. Oleh itu, konsep ini dicipta supaya pengambilan setara dengan bayaran yang dibuat. Ctesibius dari Alexandria mungkin adalah orang pertama yang mencipta sistem layan diri ini.

  1. Peti Sejuk Beku

Rumah siapa tak ada peti sejuk? Hampir kesemua rumah sekarang ada peti sejuk kerana menjadi keperluan asas untuk menyimpan makanan.

Yakhchal berasal dari perkataan Parsi bermaksud “lubang ais”, yakhchal adalah binaan busut yang diperbuat dari lumpur. Setinggi 18 meter (60 kaki) dari tanah.

Jurang kedalaman sehingga 5.000 meter padu (175.000 kaki persegi) akan digali di bawahnya.

Proses yang dikenali sebagai penyejatan ini membuatkan angin bertiup memasuki ke ruang lubang lalu mendinginkan air yang dibawa masuk oleh pencairan ais.

Ais itu sendiri dibuat melalui saluran belakang yakhchal yang dipenuhi dengan air pada waktu malam ketika suhu turun di bawah paras beku.

Ais yang terbentuk di bahagian atas saluran kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam yakhchal.

Yakhchal  telah digunakan oleh penduduk Iran masa kini sejak abad ke-17 SM lagi. “penyejuk beku” ini jauh lebih besar daripada yang terdapat di mana-mana rumah kita.

Walaupun kemampuannya mengagumkan. Namun kini dengan kehadiran peti penyejuk moden yang mampu menghasilkan ais yang lebih bersih. Yakhchal tak lagi menjadi pilihan orang Iran kerana ia terdedah dengan  habuk dan bahan tercemar lain yang memasuki dalan air.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.