Zaman Keemasan Perl4nvnan sememangnya pernah menghiasi lembaran sejarah dunia. Zaman tersebut menyaksikan ramai lelaki dan wanita keluar menggagahi lautan luas dan men3w4skan mvsvh demi mengejar harta karun berupa emas, perak, barangan kemas, dan lain-lain. Kebanyakan nama mereka masih diingati sehingga ke hari ini sebagai l4nvn masyhur, dan dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan sepuluh orang l4nvn, lelaki mahupun wanita, yang pernah mengeggarkan lautan.

HENRY MORGAN

Kapten Morgan (Wales, 1635-1688 M) pada hari ini merupakan jenama 4r4k yang agak masyhur di Barat. Namun, nama di sebalik jenama 4r4k tersebut bergema dalam panggung sejarah perl4nvnan sebagai antara l4nvn terunggul.

Kehidupan awal Henry Morgan tidak berapa diketahui. Akan tetapi, sejarahwan sependapat tentang latar belakang keluarganya yang merupakan petani di selatan Wales. Perjalanan hidup yang membawa Morgan menceburi dunia perl4nvnan juga diselubungi misteri.

Apapun pada lewat 1600an, namanya sudah digeruni oleh kolonis-kolonis Sepanyol di Caribbean. Morgan dipercayai pernah mengarahkan anak-anak buahnya mengvrvng penduduk pekan Puerto Principe, Cuba, ke dalam sebuah gereja supaya mereka dapat mer0mp4k pekan tersebut tanpa gangguan. Pencapaian terulung Morgan adalah pen4klvkan Bandar Panama dengan 30 buah kapal dan 1200 orang anak kapal.

Morgan kemudian memperoleh nama El Diablo berikutan misinya membvrv emas, perak dan barangan kemas di Caribbean. Sepanjang kariernya, beliau pernah tertangkap (pada 1672 M), diberikan pangkat laksamana di England, dan berkhidmat sebagai gabenor Jamaica. Beliau menghabiskan hayatnya dengan penuh kehormatan sehinggalah ajal menjemputnya pada usia 53 tahun.

SAYYIDA AL-HURA

Sayyida al-Hurra (Iberia, 1485-1561 M) merupakan seorang l4nvn wanita yang masyhur pada kurun ke-15 dan 16 Masehi. Bapanya adalah seorang pembesar dan ibunya pula adalah seorang mualaf dari Kristian. Sebagai seorang anak bangsawan, Sayyida al-Hurra dibekalkan dengan pendidikan terbaik, merangkumi subjek matematik, teologi, dan bahasa. Gelaran Sayyida al-Hurra membawa maksud ‘penghulu wanita yang merdeka’.

Bagaimanapun pada suatu ketika, beliau memilih haluan hidup sebagai seorang l4nvn. Sebahagian sejarahwan berpandangan beliau tidak dapat melupakan peristiwa kejatuhan Granada dan bersumpah untuk merebut kembali kegemilangan tersebut. Walaupun beliau tidak mampu mendepani Sepanyol dan Portugal secara langsung, Sayyida al-Hurra menggugat kepentingan mereka dengan meny3r4ng kapal-kapal dagang milik kedua-dua kuasa itu.

Dalam kariernya, Sayyida al-Hurra pernah menjalinkan kerjasama dengan Oruç Reis. Walaupun sosok peribadinya dibenci oleh masyarakat Eropah, Sayyida al-Hurra tidaklah jatuh disebabkan oleh mereka. Sebaliknya, beliau digulingkan oleh orang dalam, iaitu menantunya sendiri.

FRANÇOIS L’OLONNAIS

François l’Olonnais (Perancis, c. 1630-1669 M) dianggap sebagai l4nvn paling k3j4m dalam sejarah. Nama sebenarnya tidak diketahui, namun sejarahwan meyakini beliau bermula daripada bawah; bekerja di sebuah ladang di Dunia Baru sebagai seorang hamba kontrak. Beliau kemudian melarikan diri dan menjadi seorang l4nvn. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya membina reputasi sebagai l4nvn yang digeruni. Buktinya, sehingga hari ini namanya diingati sebagai l4nvn paling k3j4m pernah hidup di muka bumi.

Kebiasaannya, kek3j4mannya itu ditumpahkan kepada warga Sepanyol. Beliau seringkali membvnvh kesemua anak kapal yang dit4w4nnya; lidah mereka dip0t0ng dan beliau bahkan pernah memakan jantung seorang tentera Sepanyol selepas meny3ks4nya.

Mungkin, kerana itulah kem4ti4n beliau dianggap sebagai satu balasan setimpal. Sewaktu l’Olonnais dan anak-anak buahnya terdampar di pantai Panama dan memasuki pedalaman hutan untuk mencari makanan dan minuman, mereka dit4ngk4p oleh suku tempatan. Mereka kemudian dibvnvh dan dimakan oleh suku asli tersebut.

BLACK CAESAR

Walaupun l4nvn berkulit hitam sememangnya banyak berpetualangan di atas lautan, kebanyakan nama mereka hilang dari lipatan sejarah. Antara l4nvn Afrika yang paling diingati sehingga ke hari ini ialah Black Caesar (Afrika Barat, men!ngg4l dunia 1718). Kehidupannya sebagai l4nvn bermula apabila beliau dijual sebagai h4mb4. Beliau yang dipercayai sebagai seorang pembesar tempatan disifatkan sebagai seorang yang bertubuh tinggi, gagah, dan bijak.

Hendak dijadikan cerita, kapal yang mengangkut beliau dan hamba-hamba Afrika lain karam di pantai Florida. Bagaimanapun, beliau terselamat lantas memulakan kariernya sebagai seorang l4nvn. Beliau dan kru l4nvnnya gemar menyamar sebagai pelaut yang terdampar dan meminta bantuan kapal-kapal yang lalu-lalang. Selepas kapal-kapal tersebut berhenti, mereka akan menaiki kapal tersebut dan memulakan kerja-kerja r0mp4kan. Segala hasil r0mp4kan kemudian dibawa ke tempat persembunyian.

Pada satu ketika, Black Caesar pernah bert3ngk4r dengan rakannya tentang seorang wanita. Pertengkaran tersebut berakhir dengan kem4ti4n rakannya di tangan beliau. Kebanyakan sumber menyatakan bahawa Black Caesar kemudiannya menyertai kru lanun Blackbeard. Bagaimanapun, karier perlanvn4nnya berakhir pada tahun 1718 apabila beliau diberkas atas jen4y4h mel4nvn dan menemui ajal di tali gantung.

SAMUEL BELLAMY

Samuel Bellamy atau Black Sam Bellamy (Inggeris, 1689-1717) sempat meneroka tujuh lautan, mer0mp4k dan mel4nvn sehingga menjadi l4nvn paling kaya dalam sejarah. Beliau dilahirkan di Devonshire, England, dan pada lewat usia remajanya, beliau menyertai pasukan tentera laut British dan terlibat dalam beberapa buah pert3mpvran.

Pada tahun 1716, berlaku pemb3r0ntakan di atas kapal dan Bellamy diangkat sebagai kapten baru bagi menggantikan kapten lama. Dalam tempoh hanya setahun, beliau dan anak kapalnya berhasil mer0mp4k lebih 50 buah kapal di Atlantik dan Caribbean sekaligus mengumpulkan jumlah kekayan bernilai $120 juta jika menurut perkiraan masa kini. Bellamy juga terkenal dengan pakaiannya yang mahal, khususnya kot hitam.

Sebagai seorang kapten, beliau bersifat demokatrik sehingga anak-anak kapalnya gemar memanggil beliau ‘Robin Hood versi l4nvn’. Namun, karier perl4nvnannya berlangsung sekejap sahaja. Pada tahun 1717, kapalnya karam sekaligus meng0rb4nkan nyawanya pada usia 28 tahun.

GRACE O’MALLEY

Grace O’Malley (Ireland, 1533-1603 M) dilahirkan di Ireland sekitar tahun 1530 sebagai puteri seorang bangsawan dan pedagang laut yang kaya. Selepas kematian bapanya, beliau mewarisi seluruh hartanya. Hasil pendapatan daripada perniagaan tersebut, dicampur pula dengan hasil-mahsul tanah yang diwarisi daripada ibunya, membolehkan Grace O’Malley menikmati kekayaan dan memiliki pengaruh yang ampuh dalam arena politik.

Beliau bertanggungjawab mengetuai 20 buah kapal yang dianggotai oleh ratusan kru dalam s3r4ngan ke atas kapal-kapal pedagang lain. Beliau juga kerapkali men3w4skan kapal-kapal kerajaan yang dihantar bagi menghentikan aktiviti perl4nvnannya. Pada usia 56 tahun, Grace O’Malley akhirnya diberkas. Namun, beliau sempat menghantar petisyen kepada Ratu England dan memujuknya supaya membebaskan beliau dan ahli keluarganya. Beliau dipercayai men!ngg4l dunia di Istana Rockfleet sekitar tahun 1603.

JANGGUT MERAH – BARBAROSSA BERSAUDARA

Hayreddin Barbarossa (Yunani, c. 1466/1478-1546) merupakan salah seorang l4nvn paling masyhur pada masa kini. Beliau juga dikenang sebagai laksamana Empayar Uthmaniyah paling cemerlang pada kurun ke-16. Hayreddin dilahirkan di Pulau Lesbos, Yunani, sekitar tahun 1478. Nama sebenarnya ialah Khizr. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik dan mereka semua menjadi l4nvn dan memperoleh kekayaan dan kemasyhuran dengan mer4mp4s kapal-kapal Eropah, khususnya milik Sepanyol dan Portugal di Mediterranean.

Mereka juga berjaya men4klvki kota Aljir di Afrika Utara dan bagi melindungi diri dari s3r4ngan Sepanyol, kota tersebut diserahkan kepada Uthmaniyah. Pada tahun 1518, hanya Hayreddin seorang sahaja tinggal lantaran adik-beradiknya yang lain telah gvgvr di medan p3r4ng.

Hayreddin tidak hanya mewarisi kepimpinan Aljir, akan tetapi beliau turut menyandang gelaran yang diberikan kepada adik-beradiknya oleh warga Eropah, iaitu Barbarossa (janggut merah). Beliau terus mencurahkan khidmat bakti kepada Empayar Uthmaniyah sebelum akhirnya bersara dan menghembuskan nafas terakhirnya di pantai utara Bosforus pada usia 68 tahun.

BLACKBEARD

Sejarah sememangnya kaya dengan nama-nama l4nvn yang berjaya. Namun antara kesemuanya, tiada yang dapat menandingi kemasyhuran Blackbeard. Beliau dilahirkan sebagai Edward Teach (Inggeris, 1680-1718) dan mempunyai perwatakan yang cukup menggerunkan; jambangnya yang panjang sering ditutupi kepulan asap pipa, dadanya dipenuhi dengan p!st0l dan p!sav pendek, pinggangnya pula diselit dengan dua bilah p3d4ng.

Blackbeard bertanggungjawab merampas lebih 40 buah kapal dagang di Caribbean, membvnvh ramai tahanan, dan mengambil ramai isteri tidak sah. Pada akhir karier beliau, Blackbeard ditangkap dan dihukum bvnvh oleh Tentera Laut Diraja Inggeris pada usia 35 tahun. Kepalanya digantung sebagai amaran kepada l4nvn-l4nvn lain. Blackbeard dianggap sebagai figura utama pada Zaman Keemasan Perl4nvnan dan  wataknya sering diromantiskan dalam buku mahupun layar perak, termasuklah The P!r4tes of the Caribbean.

FRANCIS DRAKE

Francis Drake (Inggeris, 1540-1596) merupakan pelaut upahan (privateer, l4nvn yang sah) yang berkhidmat untuk Ratu Elizabeth I dari England. Beliau banyak memangsakan Sepanyol, terutama bandar-bandar Sepanyol di pantai Florida. Perlayarannya yang paling masyhur diberangkatkan pada tahun 1577 dan beliau merupakan kapten Inggeris pertama yang mengelilingi bumi sambil meny3r4ng kota pelabuhan dan kapal-kapal Sepanyol. Atas jasanya itu, beliau dikurniakan pangkat kesatria oleh Ratu Elizabeth.

Beliau juga ditugaskan menyelamatkan kolonis-kolonis Inggeris di Pulau Roanoke dan membawa mereka pulang ke England. Selain itu, Drake bertanggungjawab men3w4skan Armada Sepanyol. Walaupun banyak halangan besar dalam hidupnya berjaya diharungi, Drake akhirnya tewas di tangan penyakit disentri dan menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 56 tahun.

CHING SHIH

Kadangkala dipanggil sebagai Puan Cheng (China, 1775-1844), Ching Shih dianggap sebagai salah seorang l4nvn paling berjaya dalam sejarah. Beliau pernah bekerja sebagai pel4cvr, sebelum mengambil-alih kepimpinan Armada Panji Merah milik mendiang suaminya. Anak angkatnya, Cheung Po Tsai, dijadikan sebagai kapten armada merangkap kekasihnya.

Dengan bantuan beliau, Ching Shih mer0mp4k bandar-bandar pesisiran dan mengutip cukai daripada mereka. Kru l4nvn Ching Shih juga sering meny3r4ng kapal-kapal di Laut China Selatan, di samping berp3r4ng dengan kuasa-kuasa besar seperti Empayar British, Empayar Portugal, dan Dinasti Qing. Dicatatkan pada masa kemuncaknya, Ching Shih mempunyai lebih 1,500 buah kapal dan 80,000 orang anak buah.

Berikutan pengaruhnya yang besar, Kerajaan China akhirnya menawarkan pengampunan secara besar-besaran kepada l4nvn-l4nvn China. Ching Shih menerima tawaran tersebut dan menjalani sisa hidupnya sebagai pengusaha rumah jvd! dan rumah pel4cvran. Beliau men!ngg4l dunia pada usia 69 tahun.

TERJEMAHAN

Lizleafloor. (15 Disember 2020). 10 of the Most Famous Pirates, Male and Female, Who Ruled the Seas! Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/famous-pirates-0014676


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.