Sebut cerita harta karun, ada saja cerita legenda menarik yang menyelubungi sesebuah harta berkenaan. Kadang-kadang, kisahnya jauh lebih menarik daripada harta itu sendiri. Dan kisah sebegini yang mencetuskan obsesi melampau bagi membuktikan kisah tersebut benar dan menempa nama dalam sejarah.

  1. Emas Yamashita

Jika rejim N4z1 Jerman menggila dengan menjarah pelbagai khazanah berharga termasuk jongkong emas dan lukisan-lukisan bertaraf mahakarya Renaissance di Medan Barat, perkara sama turut berlaku kepada Jepun semasa P3rang Dunia Kedua (WWII). Semasa kempen mereka di Asia Pasifik, aktiviti penjarahan dibuat secara sistematik sekaligus menyaksikan banyak khazanah berharga jatuh ke tangan negara Matahari Terbit itu.

Kempen penjarahan dibuat bukan saja sebagai menambah biaya WWII Jepun di Asia Pasifik tetapi menambah kantung kewangan negara itu selepas tamat p3rang. Kempen ini digerakkan oleh pegawai-pegawai yang mendapat arahan daripada Maharaja Hirohito dan kononnya adinda baginda Putera Chichibu. Harta-harta yang dirampas ini mengikut rancangan asal akan dihantar semula ke Jepun.

Tetapi rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana penghantaran kargo sebegini selalunya menjadi mangsa kempen pengeb0man Amerika Syarikat dan Britain sama ada menerusi s3rangan udara atau s3rangan kapal selam. Justeru, hanya sesetengah saja yang berjaya sampai manakala bakinya terkandas di Filipina.

Tomoyuki Yamashita

Pada tahun-tahun terakhir WWII, Jeneral Tomoyuki Yamashita ditugaskan menyembunyikan emas dan pelbagai khazanah berharga. Harta-harta ini dikatakan disembunyikan di kawasan bukit-bukau di utara Filipina menerusi rangkaian 175 terowong dan bilik rahsia. Dan bagi memastikan rahsia tersebut berakhir di situ, t3ntera Jepun bertanggungjawab membvnvh atau menanam hidup-hidup buruh dan jurutera yang terlibat dalam projek berkenaan.

Terdapat pelbagai teori tentang nasib emas Yamashita. Sesetengah mengatakan ia berjaya dirampas pihak AS dan dibawa pulang ke sana. Emas-emas ini kemudiannya digunakan untuk membiayai pelbagai operasi rahsia mereka semasa P3rang Dingin.

Ada pula mendakwa harta-harta tersebut terus wujud sehingga hari ini dan menjadi buruan ramai termasuk Ferdinand Marcos. Marcos dikatakan membiayai banyak operasi penggalian berpandukan kepada beberapa peta terowong yang dimilikinya. Tidak hairanlah sesetengah pihak mendakwa kekayaan luar biasa beliau dibiayai oleh harta rampasan p3rang Jepun itu.

Emas Yamashita menjadi subjek medium berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen termasuk siri dokumentari Lost Gold of World W4r II terbitan saluran History.

  1. P3dang Islam Mussolini

Selepas berjaya mengukuhkan kedudukannya di Itali, tumpuan Benito Mussolini kini beralih di Afrika Utara atau lebih tepat Libya. Beliau sedar kedudukan Itali di situ dalam bahaya lebih-lebih lagi selepas kempen pemb3rontakan Sheikh Omar Mukhtar. Justeru, untuk meraih sokongan populasi negara itu, Mussolini menggelar dirinya sebagai Pelindung Agama Islam.

Sebagai bukti kepada gelarannya itu, Il Duce menggalakkan penyebaran Islam, memulihkan semula peranan masjid dan sekolah agama. Dan dalam satu upacara berprestij di gurun Libya, Mussolini dihadiahkan sebilah p3dang yang indah kualitinya termasuk dihias dengan emas tulen. P3dang ini diberi nama Sw0rd of Islam.

Menariknya, p3dang yang dihadiahkan oleh Sheikh Yusuf Kerisch kepada beliau pada tahun 1937 itu sebenarnya ditempah atas namanya sendiri. Ia dibuat oleh firma Picchiani e Barlacchi yang berpangkalan di Florence dengan kos 200,000 lira. Selepas itu, p3dang tersebut kekal dalam simpanan Mussolini di Rocca delle Caminate (rumah musim panas beliau).

Tetapi pada Julai 1943, rumah tersebut diserbu oleh ahli k0mun1s yang menentang rejimnya dan seluruh isi rumah dijarah habis-habisan. Dan sehingga hari ini, lokasi sebenar P3dang Islam Mussolini masih menjadi tanda tanya orang ramai.

  1. Harta Pulau Oak

Keranda Sir Francis Drake? Harta l4nun kepunyaan Kapten Kidd? Manuskrip-manuskrip William Shakespeare yang hilang? Barang kemas Marie Antoinette? Pilihlah teori-teori tentang apa bentuk harta yang dikatakan ditanam di Pulau Oak, Nova Scotia, Kanada hari ini. Dan ia menjadi subjek rancangan realiti The Cvrse of Oak Island terbitan History sejak 2014.

Mengikut kebanyakan versi popular, harta Pulau Oak ini ditemui oleh tiga orang lelaki diketuai Daniel McGinnis. McGinnis dan rakan-rakannya berbuat demikian selepas mendapat khabar angin harta l4nun terkenal, Kapten Kidd bernilai dua juta paun dikatakan ditanam di situ. Mereka bertiga mula menggali pada tahun 1799.

Menariknya dalam setiap penggalian, mereka menemui sebuah platform kayu setiap tiga meter yang diperbuat daripada kayu oak. Tetapi selepas menemui sebahagian harta milik Kidd, mereka memilih menghentikan penggalian pada kedalaman 30 meter atas alasan merasakan ada sesuatu tak kena jika ia diteruskan.

Sejak itu, lokasi tempat penggalian yang kini dikenali sebagai Money Pit hilang dan menjadi obsesi ramai pemburu harta karun dari William Chappell dan Gilbert Hedden hinggalah Dan Blankenship dan Fred Nolan. Malah, aktiviti penggalian harta karun di pulau tersebut turut menarik perhatian Franklin Roosevelt selepas menjadi sebahagian daripada ahli ekspedisi Kumpulan Salvaj Old Gold pada tahun 1909.

  1. Peking Man
Replika kranium Peking Man

Antara tahun 1929 hingga 1937, pasukan arkeologi yang diketuai Johan Gunner Andersson dan Walter W. Granger pelbagai spesimen fosil homo erectus di Zhoukoudian, Beijing. Usia fosil tersebut dianggarkan antara 300,000 hingga 750,000 tahun. Penggalian di Zhoukoudian menemukan 200 fosil dari lebih 40 spesimen individu.

Bagaimanapun, semua aktiviti ekskavasi dihentikan pada 1937 berikutan P3rang China-Jepun Kedua. Mengikut rancangan, fosil Peking Man sepatutnya dibawa ke AS pada tahun 1941 dan disimpan di Muzium Sejarah Alam Semulajadi, New York. Dan itulah kali terakhir berita fosil homo erectus diketahui umum.

Terdapat pelbagai teori ke mana perginya fosil tersebut. Ada mendakwa fosil tersebut dilumatkan dan dijadikan sebagai ubat tradisional. Ada pula mendakwa ia dibawa ke atas kapal persiaran Awa Maru sebelum ia ditenggelamkan.

Mungkin ada menyangka kisah ini berakhir di situ saja. Tetapi pada tahun 1972, seorang wanita mendakwa memiliki fosil Peking Man selepas mendapat tahu tawaran $5,000 untuk maklumat lokasi fosil tersebut. Sebagai tukaran kepada maklumat tersebut, wanita itu mahukan bayaran sebanyak $500,000 tetapi permintaan tersebut tidak dilayan dan wanita itu menghilangkan diri.

  1. Amber Room

Amber Room atau Bilik Ambar ialah sebuah kamar diraja yang diperbuat daripada panel-panel ambar dan dihias dengan dedaun emas. Kamar diraja ini merupakan hadiah pemerintah Prussia, Friedrich Wilhelm kepada sekutunya, Tsar Peter the Great dari Rusia. Kamar diraja ini dipasang di istana musim panas baginda, Istana Catherine berhampiran Petrograd (kini St Petersburg).

Apabila rejim N4z1 Jerman meny3rang Rusia menerusi Operasi Barbarossa pada musim panas 1941, kamar ini menjadi sasaran mereka. Justeru, tugas menanggalkan semua panel Amber Room diserahkan kepada Kumpulan T3ntera Utara diketuai Wilhelm Ritter Von Leeb dan ia diselesaikan dalam tempoh 36 jam.

Dari situ, ia dibawa ke Konigsberg (kini Kaliningrad) dan kekal di situ sehingga 1945. Tetapi sejak itu, kelibat sebenar kamar berkenaan masih menjadi misteri sehingga hari ini. Ada mendakwa ia menjadi mangsa kerakusan t3ntera Soviet pada akhir WWII atau mangsa s3rangan udara di Konigsberg pada tahun 1944.

Pada tahun 2017, timbul dakwaan lokasi sebenar Amber Room terletak dalam rangkaian terowong sebuah gua di Pergunungan Ore, timur Jerman tetapi tidak dibuktikan kesahihannya. Nilai khazanah ini sebanyak €250 juta dan menjadi buruan ramai pihak selama bertahun-tahun termasuk KGB (agensi perisikan Soviet) dan Stasi (polis rahsia Jerman Timur).

  1. Keranda Diraja Poland

Selain Amber Room, kawasan makam diraja Poland tidak terlepas daripada menjadi mangsa penjarahan rejim N4z1 semasa pendudukan mereka di Poland. Keranda ini dihasilkan pada tahun 1800 oleh seorang bangsawan Poland bernama Izabela Czartoryska. Ia menempatkan 73 artifak tidak ternilai harganya milik kerabat diraja Poland.

Antara artifak yang disimpan di situ ialah jam emas Raja Stanisław I Leszczyński, jam emas milik Permaisuri Marie Casimire Louise de La Grange d’Arquien dan tasbih Permaisuri Maria Karolina Zofia Felicja Leszczyńska yang diperbuat daripada perak. Selepas ia siap dihasilkan, keranda ini ditempatkan di muzium diraja Temple of the Sybil sebelum dibawa ke Krakow.

Semasa WWII, ia disembunyikan di Muzium Keluarga Czartorsky di Sieniawa. Tetapi lokasi keranda tersebut diketahui t3ntera Wehrmacht selepas menjejakkan kaki di muzium itu hasil maklumat seorang penduduk tempatan. Ini mengakibatkan semua artifak yang tersimpan dalam keranda berkenaan dicuri dan dikongsi sesama mereka.

  1. Rantai Leher Patiala

Pada tahun 1928, pemerintah Patiala, Maharaja Sir Bhupinder Singh menempah rantai leher dengan firma barang kemas terkemuka Cartier. Penghasilan rantai leher ini dilihat sebagai simbol kekayaan berlebihan yang dimiliki beliau. Rantai tersebut turut dihiasi 2,930 berlian dan banyak batu delima dari Burma (kini Myanmar).

Dalam 2,930 berlian, satu berlian yang menjadi perhatian ialah berlian De Beers. Berlian tersebut merupakan berlian ketujuh terbesar di dunia ketika itu dan memiliki berat 234 karat. Selepas Bhupinder meninggal dunia pada tahun 1938, rantai tersebut hilang 10 tahun kemudian.

Tidak diketahui siapa yang mengambil rantai berkenaan. Namun begitu, ramai mula menaruh harapan apabila berlian De Beers muncul kembali dalam jualan lelong Sotheby’s di Geneva. Ini disusuli penemuan beberapa serpihan rantai berkenaan di sebuah kedai barang kemas terpakai di London pada tahun 1998. Tetapi baki berlian termasuk batu-batu delima masih lagi tidak ditemui.

  1. Menorah Solomon

Pada abad kedua Masihi, sebuah menorah Yahudi yang berkualiti ditempatkan di Haikal Kedua di Baitulmaqdis. Selepas penaklukan kota tersebut di tangan pihak Rom pada 70 Masihi, menorah itu dibawa pulang ke Rom sebagai trofi kemenangan dan ditempatkan di Kuil Keamanan (Forum of Vespasian).

Bagaimanapun, tidak diketahui apa nasib artifak tersebut. Ada mengatakan artifak tersebut dilarikan oleh orang Vandal ke Carthage selepas menjarah Rom pada 455 Masihi. Sejak itu, ia menjadi misteri dunia silam yang masih belum diselesaikan sehingga hari ini.

  1. The Righteous Judge

Panel Mazbah Ghent yang dihasilkan oleh Jan van Eyck merupakan antara mahakaryanya yang terkemuka di Eropah. Ia berukuran 3.4 x 4.6 meter dan ditempatkan di Katedral St. Bavo di Ghent. Tetapi tidak ramai tahu salah satu panel lukisan itu hilang sejak tahun 30-an atau lebih tepat, tempoh P3rang Dunia Pertama.

Panel The Righteous Judge dicuri pada tahun 1934 dan si pencuri sempat meninggalkan nota berbunyi, “Dibawa dari Jerman oleh Perjanjian Versailles.” Untuk hari-hari berikutnya, si pencuri berhubung dengan pihak berkuasa tentang pertukaran panel lukisan berkenaan tetapi rundingan tersebut tidak berhasil.

Pada tahun sama, seorang lelaki bernama Arsène Goedertier membuat pengakuan sebelum m4ti bahawa dialah pencuri panel berkenaan. Bagaimanapun, Goedertier tidak mendedahkan lokasi sebenar The Righteous Judge kerana ia diletakkan dalam satu lokasi yang boleh menimbulkan kekecohan dalam kalangan orang ramai.

Sehingga hari ini, panel tersebut tidak pernah ditemui dan pihak berkuasa Ghent menugaskan seorang detektif polis untuk menyiasat kes kecurian tersebut.

  1. Salib Tucker

Pada tahun 1955, seorang pengembara bernama Teddy Tucker menemui sebuah salib emas seberat 22 karat di Bermuda. Hasil pemeriksaan mendapati salib yang diperbuat daripada emas tulen dan dihias dengan batu zamrud itu sebenarnya tinggalan harta kapal geliung Sepanyol, San Pedro yang karam pada tahun 1594.

Selain salib itu, dia turut menemui pelbagai artifak di tapak kapal karam itu. Salib itu kemudiannya dipamerkan di Muzium Akuarium, Bermuda sebagai bahan pameran. Namun pada tahun 1975, salib tersebut telah dicuri dan digantikan dengan replika yang diperbuat daripada plastik. Sehingga hari ini, kelibat salib tersebut masih belum dapat dikesan pihak berkuasa.

SUMBER

Homer, Aaron. The Top 21 Theories About Oak Island. History. https://www.history.com/shows/the-curse-of-oak-island/articles/curse-of-oak-island-top-theories

Vuckovic, Aleksa. (2019). 10 Spectacular Treasures That Have Never Been Found. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/unexplained-phenomena/treasure-0012838

Daugherty, Greg. (2019). How a Locksmith, a Dictator and a WWII General Are Connected to $22 Billion in Lost Treasure. History. https://www.history.com/news/wwii-yamashita-treasure-roxas-marcos-gold-buddha

The Independent. (2018). Amber Room: Priceless Russian treasure stolen by Nazis ‘discovered by German researchers’. https://www.independent.co.uk/news/world/europe/amber-room-nazis-russian-catherine-palace-st-petersburg-tsar-second-world-war-stolen-treasure-a8008526.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.