Tamadun Inca (c. 1400-1533 M) merupakan antara tamadun paling penting di Amerika Selatan, terutama dari sudut pengaruh dan warisan budayanya. Inca bermula sebagai sebuah suku kecil yang berkembang secara stabil sehingga ia berupaya menak-luki tamadun-tamadun lain di sepanjang pesisir pantai dari Columbia hingga ke Argentina.
Mereka terus diingati dalam sejarah berikutan sumbangannya dalam bidang agama, seni bina, dan pembinaan rangkaian jalan di seluruh wilayah naungannya. Berikut adalah sepuluh persoalan tentang tamadun Inca yang harus diketahui.
- LATAR BELAKANG RINGKAS TAMADUN INCA
Empayar Inca terbentang luas di pesisir pantai Amerika Selatan, bermula dari Columbia moden hingga ke Ecuador, Peru, dan Argentina. Tamadun tersebut banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat yang hidup di dalam mahupun di luar jajahan tak-luknya. Empayar Inca merupakan empayar pra-Columbia yang paling besar pernah berdiri di benua Amerika, dengan keluasannya meliputi 770, 000 batu persegi dan dihuni oleh kira-kira 6-14 juta manusia.
Semasa Empayar Inca tumbang di tangan Francisco Pizarro (c. 1471-1541 M) pada kurun ke-16 M, ia sudah pun mengalami kemunduran akibat pergo-lakan dalaman dan penularan wabak (yang dibawa oleh peneroka-peneroka Eropah). Bagaimanapun, pengaruh mereka tidak luntur sebaliknya kekal hidup sehingga hari ini.
Misalnya, konsep keluarga Inca – merangkumi ibu-ibu saudara, bapa-bapa saudara, sepupu-sepapat, dan kerabat jauh – masih lagi diterapkan di rantau berkenaan, di mana seluruh anggota masyarakat dianggap sebagai sebuah keluarga dan setiap seorang dari mereka digalakkan untuk melayan jiran-jiran mereka sama seperti keluarga sendiri.
Agama panutan Inca juga mempengaruhi agama-agama lain di rantau tersebut hinggakan pada zaman moden sekalipun, bangunan-bangunan suci Kristian ditempatkan di lokasi-lokasi yang dianggap keramat oleh masyarakat Inca, seperti bukit-bukau, puncak gunung, dan juga kawasan berhampiran tasik, sungai ataupun laut – bersesuaian dengan kepercayaan tradisi yang mengaitkan tempat-tempat tersebut dengan dewa-dewi Inca. ‘Pantang-Larang Utama’ Inca seperti ‘Jangan Mencu-ri, Jangan Berdusta, Jangan Culas’ juga masih diamalkan di rantau berkenaan.
- AGAMA ANUTAN INCA
Agama yang dianuti masyarakat Inca bersifat politeisme, di mana dewa-dewi dipercayai mengawal alam semesta dan mempengaruhi kehidupan manusia secara signifikan. Sebagai contoh, Pachacamac si dewa pencipta bertanggungjawab mencipta manusia dan tumbuh-tumbuhan, serta mengawasi proses pertumbuhan dan penuaian hasil tanaman. Jika Pachacamac bersenang hati dengan manusia, maka segala proses tersebut dipercayai akan berjalan dengan lancar. Namun jika ia murka, maka Pachacamac akan menimpakan gempa bumi sebagai bencana.
Justeru, manusia bertanggungjawab menenteramkan Pachacamac – dan dewa-dewi lain – dengan memberikan sembah kor-ban, termasuklah kor-ban manusia (baik kaum lelaki, wanita mahupun kanak-kanak). Kuil-kuil dan bangunan-bangunan keagamaan turut didirikan khusus buat mereka. Begitu juga dengan pembinaan rangkaian jalan-raya yang menghubungkan antara satu masyarakat dan satu masyarakat lain, di mana antara lain ia turut dipicu oleh faktor agama.
Agama Inca mengajarkan kepercayaan terhadap tiga alam:
- Hanan Pacha – Alam Kayangan (juga dikenali sebagai Tanah Matahari), tempat tinggal Inti si dewa matahari dan adiknya, Quilla si dewi bulan (juga dikenali sebagai Mama Quilla).
- Kay Pacha – Alam Pertengahan, tempat tinggal manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.
- Uku Pacha – Alam Kematian, diperintah oleh Supay si dewa kematian.
Jauh sebelum agama Kristian diperkenalkan di rantau Amerika Selatan, Inca sudah pun mempunyai konsep ‘syurga’ dan ‘neraka’ yang tersendiri. Prinsip utama dalam agama Inca adalah Ama sua, Ama lulla, Ama chella (Jangan Mencu-ri, Jangan Berdusta, Jangan Culas).
Kononnya, jika mereka mematuhi prinsip tersebut sepanjang hidup, maka sesudah men!ngg4l dunia, rohnya akan dibawa ke Tanah Matahari (syurga). Tanah Matahari disifatkan sebagai ranah yang hangat, nyaman, dan mendamaikan. Sebaliknya, jika prinsip tersebut dilanggar dan diabaikan, maka rohnya akan dibawa ke alam neraka yang sejuk beku dan diselimuti kegelapan.
Selain ditempatkan di dua alam tersebut, ada juga roh yang dikembalikan semula ke dunia dan diberikan peluang kedua untuk memperbaiki kehidupannya. Keadaan ini berlaku khusus untuk roh yang timbangan amalnya seimbang antara baik dan jahat. Masyarakat Inca juga mengamalkan budaya memumiakan mayat dan meletakkan barang-barang persemadian bersama si mati.
Si mati yang telah dimumiakan kebiasaannya dibiarkan dalam postur duduk menegak di dalam kubur, berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang meniarapkan mereka; sebab-musabab di sebalik amalan ini tidak diketahui memandangkan tamadun Inca tidak mempunyai bahasa bertulis.
- KEHIDUPAN SEHARIAN MASYARAKAT INCA
Sistem kemasyarakatan Inca didasarkan pada institusi kekeluargaan dan masyarakat sekeliling (disebut sebagai ayllu) yang rata-ratanya mengamalkan aktiviti pertanian. Setiap ayllu bertanggungjawab mengusahakan kawasan-kawasan tertentu, dan setiap satunya diselia oleh sekumpulan pembesar yang dikenali sebagai kuraka.
Masyarakat Inca lebih mengutamakan kaum lelaki, namun kaum wanita juga dihormati dan dibenarkan untuk berkhidmat sebagai dukun wanita atau bekerja dalam jabatan kerajaan.
Anak-anak lelaki kebiasaannya digalakkan untuk mewarisi sebarang kedudukan peranan, atau pekerjaan orang tua mereka, sambil anak-anak gadis pula digalakkan meneladani ibu masing-masing baik dalam hal perkahwinan, melahirkan anak, dan menjaga rumah. Bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mereka yang memilih untuk menjadi dukun wanita, pembuat bir dan lain-lain. Kebiasaannya, mana-mana anak gadis yang berkahwin akan diberikan kebebasan untuk mengusahakan tanah milik keluarga suaminya.
Kaum wanita jugalah yang biasanya menyedia dan menghidangkan makanan. Makan malam, iaitu waktu di mana kaum keluarga – kadangkala termasuklah jiran-tetangga – berkumpul dianggap sebagai rutin harian yang paling penting kerana ketika itulah, dewa-dewi dipuji dan disyukuri, sambil manusia pula digauli. Kegiatan masa lapang yang menjadi kebiasaan masyarakat Inca antara lain adalah bersukan, bernyanyi, bercerita, dan berlumba lari. Secara asas, kehidupan seharian mereka berkisar antara bekerja di siang hari, beristirehat di malam hari, dan mengadakan keraian serta upacara keagamaan.
- MAKANAN DALAM TAMADUN INCA
Secara umum, masyarakat Inca hanya makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Daging kebiasaannya disimpan untuk dinikmati sebagai juadah istimewa sewaktu berlangsungnya pesta atau upacara keagamaan.
Masyarakat Inca juga masyhur dengan penggunaan kuinoa, jagung, lada, dan tepung ubi kayu. Mereka tidak mempunyai pasar – masing-masing menghasilkan makanan sendiri dan lebihan makanan pula ditukar dengan barangan lain seperti selimut atau bakul. Justeru dalam erti kata lain, makanan juga adakalanya berfungsi seperti matawang wang buat masyarakat Inca.
- PENTADBIRAN TAMADUN INCA
Pentadbiran Empayar Inca dijalankan secara berperingkat, bermula daripada maharaja dan kemudian disusuli oleh sepuluh orang pembesar istana, sepuluh pembesar tempatan, hinggalah ke peringkat masyarakat bawahan. Pentadbiran juga dipermudahkan lagi dengan kewujudan rangkaian jalan-raya dan jaringan komunikasi yang efisien, di mana sebarang pemberon-takan, se-rangan, atau bencana alam dapat ditangani dengan pantas dan undang-undang serta titah perintah maharaja yang diwartakan di ibu kota Cuzco pula dapat disampaikan ke setiap lapisan masyarakat dengan berkesan.
- RANGKAIAN JALAN-RAYA TAMADUN INCA
Empayar Inca dihubungkan antara satu wilayah dan satu wilayah menerusi sistem jalan-raya yang sangat luas (25,000 batu luas) sekaligus membolehkan komunikasi berlaku dengan pantas. Utusan-utusan yang bertugas pula hidup secara berpasangan, di mana ketika salah seorang daripada mereka berehat, seorang yang lain perlu bersiap-sedia untuk menghantar pesanan.
Dengan adanya sistem jalan dan khidmat penghantaran pesanan sebegini, arahan keten-teraan dapat disampaikan dengan berkesan. Di samping itu, terdapat juga stesen perhentian, rumah tumpangan, dan gudang simpanan di sepanjang jalan bagi tujuan membekali pasukan ten-tera, menyediakan tempat beristirehat buat para pengembara, dan mewujudkan pekerjaan bagi mereka yang menceburi perkhidmatan menghantar pesanan.
- TAMADUN TANPA SISTEM TULISAN
Inca tidak mempunyai sistem tulisan. Akan tetapi, mereka mempunyai satu sistem penyimpanan-rekod yang dikenali sebagai quipu yang menggunakan tali-tali bersimpul bagi menyampaikan maklumat. Bagaimanapun, sejarahwan sehingga hari ini masih belum berjaya memahami isi pesanan quipu dan bagaimana ia berfungsi.
- TAPAK TINGGALAN INCA YANG PALING SIGNIFIKAN
Tapak tinggalan tamadun Inca yang paling masyhur ialah Machu Picchu yang terletak di banjaran Gunung Andes di Lembah Urubamba. Monumen tersebut dibangunkan oleh raja Inca yang ke-9, iaitu Pachacuti Inca Yupanqui (memerintah 1438-1471 M) sekitar tahun 1450 M dan ia dianggap sebagai sebuah tempat yang suci. Nama ‘Machu Picchu’ membawa maksud ‘bukit tua’ dan dipercayai ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada tanah milik Pachacuti Inca Yupanqui.
Ada yang berpendapat monumen tersebut dibangunkan sebagai tempat pemujaan atau, mungkin juga sebuah perkubuan. Kompleks Machu Picchu dibekali dengan sumber air yang diambil dari mata-mata air semula jadi yang dialirkan melalui saliran-saliran yang diperbuat daripada batu. Setelah kejatuhan Empayar Inca, tapak tersebut ditinggalkan dan ia hanya ditemui semula oleh Hiram Bingham pada tahun 1911 M. Pada hari ini, ia merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah pun diundi sebagai salah sebuah Keajaiban Dunia yang baru.
- ORGANISASI KETEN-TERAAN TAMADUN INCA
Pasukan ten-tera Inca dibentuk mengikut sistem perpuluhan, bermula daripada sepuluh orang angggota hinggalah 10,000 orang anggota. Gelaran ketua tentera berbeza mengikut bilangan tentera yang diketuainya; chunka kamayua bagi 10 orang tentera, pachaka kuraka bagi 100 orang tentera, waranqa kuraka bagi 1000 orang tentera, dan hunu kuraka bagi 10,000 orang tentera. Keseluruhan pasukan ten-tera ini pula secara rasmi berada di bawah perintah langsung maharaja.
- KEJATUHAN TAMADUN INCA
Empayar Inca tumbang pada tahun 1533 M di tangan t3nt3ra-t3nt3ra Sepanyol yang dipimpin oleh Francisco Pizarro. Bagaimanapun, pada hakikatnya tamadun tersebut sudah pun mengalami kemunduran sejak beberapa tempoh sebelumnya. Empayar Inca – sama seperti Empayar Assyria di Timur Dekat – mengembangkan kekuasaannya menerusi jalan penak-lukan, justeru kebanyakan rakyat jelatanya menyimpan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penguasa Inca.
Kesempatan ini diambil oleh Pizarro yang menghasut masyarakat tempatan untuk bangkit menen-tang pemerintah Inca yang kononnya bersifat zalim. Pemberon-takan-pemberon-takan di seluruh empayar sememangnya sudah tercetus sebelum ketibaan Pizarro lagi. Wabak penyakit (khususnya cacar air) yang dibawa oleh orang-orang Eropah memburukkan lagi keadaan memandangkan ia meragut banyak nyawa masyarakat Inca (sehingga 90% dari keseluruhan populasi).
Oleh hal demikian, walaupun Pizarro diberikan kredit sebagai individu yang menjatuhkan Empayar Inca, sejarahwan berpendapat empayar tersebut lambat-laun akan tetap tumbang dengan sendirinya memandangkan ia tidak lagi berupaya mengekalkan kesatuan dalam kalangan rakyatnya .
TERJEMAHAN
Joshua J. Mark. (19 Februari 2020). Ten Facts You Need to Know about the Inca. Ancient History Encyclopedia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih