Ramai antara kita tahu bahawa 1 Februari setiap tahun adalah cuti umum bagi meraikan penubuhan Wilayah Persekutuan pertama Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tetapi ketahuilah bahawa tarikh 1 Februari hari ini juga sebelumnya menandakan satu peristiwa sejarah yang lebih penting lagi dalam sejarah kita bernegara seperti hari ini dengan nama Malaysia.
Pada hari ini, 1 Februari 2018 sebenarnya turut membawa maksud 70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu iaitu pada 1 Februari 1948.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu memeterai beberapa ketetapan penting antaranya;
1. Pengenalan konsep Raja Berpelembagaan
2. Majlis Raja-Raja Melau bagi menggantikan menggantikan Majlis Melayu
3. Pemberian hak istimewa kepada orang Melayu yang dijamin perlembagaan
4. Memperketatkan Syarat Kerakyatan dan pengenalan konsep Jus Soli
5. Pembentukan sebuah persekutuandengan gabungan 11 buah negeri-negeri Melayu kecuali Singapura
6. Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sekaligus menggagalkan Malayan Union dan mengurangkan ancaman Komunis yang ketika itu sedang giat dan agresif mempengaruhi orang Melayu. Pentadbiran British sendiri bersetuju dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu bangkit menentang mereka secara kekerasan demi sebuah negara merdeka. Pengalaman British di banyak jajahan mereka telah memberi pengajaran berharga agar lebih berhati-hati dengan api nasionalisme rakyat tempatan.
Selain daripada itu, British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu, sesuatu yang amat ditakuti mereka. Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British juga ikap pemimpin Melayu ketika itu yang lebih menggemari pendekatan rundingan secara berunding dalam mencari penyelesaian masalah sedikit sebanyak menyedarkan British.
Hasilnya, British kemudian telah mengubah dasarnya dan melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Rundingan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948, menyaksikan pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk secara rasmi dalam satu majlis menandatangani perjanjian ini yang diadakan di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur.
Lebih penting lagi, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu adalah jalan rintis ke arah membuka jalan untuk kemerdekaan Tanah Melayu sembilan tahun selepas itu.
Kuasa Raja-Raja Melayu diangkat semula selayaknya, dengan kedaulatan dan hak mereka diletakkan kembali atas singgahsana kerajaan dengan jaminan di dalam perlembagaan.
Jadi jika sebelum ini anda mengingati 1 Februari sebagai Hari Wilayah Persekutuan, ingatlah juga lama sebelum itu, pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
RUJUKAN:
1. Kumpulan Kertas Kerja Seminar 60 Tahun Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu; Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan 1957: Satu Kajian Komparatif, Prof. Madya Joseph M. Fernando, 2008, Arkib Negara
2. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948, Abdul Kadir Mohd Ayub, 2011
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih