Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah Sultan Turki Uthmaniyah yang ke-3 terakhir. Baginda adalah seorang sultan sufi yang warak. Sultan Abdul Hamid II mendapat bimbingan & nasihat dari para alim ulama. Baginda juga seorang pengamal tarekat Syadziliyah di bawah bimbingan seorang ulama besar iaitu Syeikh Muhammad Zafir As Syadzili.
Pemerintahan baginda penuh dengan cabaran & dugaan. Baginda sentiasa menghadapi musuh dari luar & dalam. Malah terdapat beberapa cubaan untuk membunuhnya.
Pada 17 Mei 1901, pemimpin utama Zionist iaitu Theodor Herzl datang mengadap Sultan Abdul Hamid II dengan penuh hormat sambil tunduk & mencium tangan Sultan. Beliau meminta pada Sultan Abdul Hamid II untuk membenarkan orang-orang Yahudi yang terusir dari Eropah membina penempatan di Palestin. Ini adalah rancangan & langkah awal Zionist untuk membina negara Yahudi di Palestin. Sebagai balasan, Theodor Herzl menawarkan bayaran sejumlah emas bernilai 150 juta pound. Satu jumlah yang boleh menggelapkan mata manusia.
Namun, Sultan Abdul Hamid II menolak dengan tegas dan berkata:-
“Aku tidak akan menjual walau seinci pun wilayah Palestin kerana wilayah itu bukan milikku. Ia milik umat Islam. Mereka membayar empayar ini dengan darah mereka. Maka kami akan menebusnya dengan darah kami. Simpan saja wang kamu itu. Kamu akan mendapat wilayah Palestin secara percuma jika empayar ini berpecah. Selagi aku hidup, aku tidak akan benarkan perkara itu berlaku.”
Ini adalah antara kata-kata yang paling indah yang pernah diungkapkan di zaman moden. Kata-kata yang jelas membuktikan keimanan Sultan Abdul Hamid II
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih