Ziggurat Jiroft, atau juga dikenali sebagai Ziggurat Konar Sandal. Merupakan sebuah monumen purba yang terletak di Jiroft. Kawasan yang bertempat di wilayah Kerman, selatan Iran itu dianggap sebagai tapak bermulanya tamadun di Iran. Ziggurat ini ditemukan pada tahun 2002, dan ia dilaporkan sebagai ziggurat kedua yang ditemui di Iran, di mana ziggurat yang pertama ialah Ziggurat Choga Zanbil. Menurut beberapa sumber, Ziggurat Jiroft adalah ziggurat yang paling besar dan paling tua di dunia.
Salah satu kaedah untuk membezakan antara ziggurat Mesopotamia dan ziggurat Iran adalah melihat pada bagaimana ianya diakses. Bagi ziggurat Mesopotamia, struktur tersebut diakses menerusi sebuah tangga di bahagian luar. Manakala bagi ziggurat di Iran pula, ia diakses menerusi tanjakan (ramps).
Perkataan ziggurat boleh diterjemahkan sebagai ‘menara-kuil’, dan ia merupakan sebuah struktur yang terdiri daripada beberapa tingkat. Tingkat puncaknya menempatkan sebuah kuil. Ziggurat lazim dikaitkan dengan tamadun Mesopotamia, yang pada hari ini secara kasarnya merangkumi kebanyakan negara Iraq, Kuwait dan sebahagian daripada Syria timur. Apapun, terdapat juga ziggurat di wilayah barat Iran.
Di Iran, ziggurat yang paling masyhur ialah Ziggurat Choga Zanbil yang terletak berhampiran Sungai Dez, di timur laut wilayah Khuzestan. Ziggurat ini ditemui pada tahun 1936 dan ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979. Sejarahwan memperkirakan bahawa ziggurat tersebut berusia sekitar 1250 Sebelum Masihi dan sehingga tahun 2002, ia merupakan satu-satunya ziggurat yang diketahui wujud di Iran.
Di tapak ‘A’, sebuah struktur yang berbentuk seperti ziggurat dua tingkat ditemukan. Struktur ini berukuran 17 meter tinggi, 300 meter lebar dan panjang pada bahagian foundasi, serta 150 meter pada kedua-dua sisi di tingkat kedua. Struktur besar ini meliputi hampir keseluruhan gundukan itu. Memandangkan struktur monumen ini mirip dengan ziggurat di Mesopotamia, ia dianggap sebagai ziggurat paling besar dan paling tua di dunia.
Kemudian, ekskavasi lanjut dilakukan ke atas dua buah gundukan di Jiroft, sebuah bandar yang terletak 230 km dari arah selatan Kermna, ibu kota wilayah Kerman. Kedua-dua gundukan ini dipisahkan sejauh beberapa kilometer dan dibezakan sebagai tapak ‘A’ dan ‘B’. Ekskavasi di tapak B menemukan sebuah citadel dua tingkat, dengan tapak asasnya merangkumi kawasan seluas 13.5 hektar.
Di sekeliling struktur ini pula terdapat runtuhan tembok setebal 10.5 meter. Penemuan-penemuan ini melahirkan pendapat bahawa struktur tersebut dahulunya merupakan sebuah bangunan berbenteng.
Diperkirakan bahawa ziggurat yang ditemui di Jiroft ini berusia sekitar 2200 Sebelum Masihi. Sebagai perbandingan, ziggurat tertua di Mesopotamia, iaitu ziggurat Ur diperkirakan dibina sekitar 2100 Sebelum Masihi oleh Ur-Nammu.
Sebahagian pihak mengandaikan bahawa ziggurat Jiroft ini dibina oleh Aratta, iaitu sebuah kerajaan legenda di Zaman Gangsa yang kewujudannya diperakui di dalam teks-teks Sumeria.
Namun, lokasi tepat tamadun ini masih belum diketahui secara jelas. Sebilangan ilmuwan meyakini bahawa Aratta terletak di Jiroft moden. Ada pula yang berpendapat bahawa kerajaan legenda itu terletak di Azerbaijan, Baluchistan, atau di Teluk.
Selain lokasi Aratta, usia tepat ziggurat ini juga turut dipersoalkan. Setakat ini, pentarikhan yang dilakukan ke atas monumen ini adalah berdasarkan pada dua serpihan kecil yang berkemungkinan adalah prasasti. Bahan-tidak-berusik yang lebih sesuai untuk digunakan bagi tujuan pentarikhan radiokarbon sebegini masih belum ditemui. Apa yang pasti, gundukan besar di Jiroft ini ternyata menyimpan banyak rahsia untuk diterokai.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (10 Disember 2016). Buried Beneath the Sand, The Ziggurat of Jiroft May be Largest and Oldest of its Kind in the World. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-asia/buried-beneath-sand-ziggurat-jiroft-may-be-largest-and-oldest-its-kind-world-021108
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih