Zhang Fei, seorang panglima perang yang antara yang terhebat pernah dimiliki oleh sebuah kerajaan sewaktu Zaman Tiga Kerajaan dan Kejatuhan Han di China adalah antara tokoh yang sangat mengasyikkan untuk dikaji sejarah hidupnya. Sahabat baik kepada pengasas kerajaan Shu, Liu Bei. Kisah Zhang Fei penuh dengan kepewriaan dan pengkhianatan daripada rakan.

Mari kita mendalami sejarah China, bagi mengenali siapakah tokoh hebat bernama Zhang Fei, yang lagenda mengatakan sekali tumbukan sahaja daripada Zhang Fei mampu menundukkan seekor kuda dewasa.

1. Pada tahun 190 Masihi, di Pertempuran Benteng Hu Lao, adalah detik pertama Zhang Fei menempa nama dalam sejarah tatkala Lu Bu dengan galak menewaskan jeneral demi jeneral daripada Pakatan Guangdong (sebuah pakatan antara warlord-warlord China melawan tirani Dong Zhuo dan Jeneral Lu Bu).

Di pertempuran itu menyaksikan tatkala Pakatan Guangdong sudah hilang moral akibat kehebatan bermain senjata Lu Bu, Zhang Fei tiba-tiba mampir yang ketika itu sekadar askar biasa sahaja untuk bertempur dengan Lu Bu. Pertempuran antara Lu Bu dan Zhang Fei berkesudahan seri sehingga memaksa Guan Yu dan Liu Bei menyertai sekali pertarungan itu sehingga akhirnya memaksa Lu Bu lari.

2. Ketika kekalahan Liu Bei di tangan Cao Cao di Pertempuran Changban, Liu Bei terpaksa lari daripada pertempuran sambil dikejar oleh pasukan Cao Cao yang berjumlah puluhan ribu. Zhang Fei telah menawarkan dirinya untuk mencuri masa Cao Cao sementara Liu Bei melarikan diri.

Ketika itu, Zhang Fei telah menghancurkan jambatan yang melintasi sebuah sungai dan berdiri di hadapan jambatan yang rosak sambil akhirnya pasukan tentera Cao Cao tiba. Tatkala itu, Zhang Fei mencabar setiap orang untuk berlawan dengannya, namun tiada seorang pun askar Cao Cao yang berani memaksa Cao Cao berundur.

3. Ketika Liu Bei mengetuai bala askar untuk menolong Gabenor provinsi Yi di China yang sedang berperang dengan seorang warlord bernama Liu Zhang, Zhang Fei ditugaskan untuk mempertahankan Provinsi Jing di bawah penguasaan Liu Bei. Beberapa tahun sebelum tahun 211, iaitu ketika peristiwa ini, Liu Bei telah berkahwin dengan adik kepada penguasaan Kerajaan Wu di Tenggara China, iaitu Sun Shangxiang atau lebih dikenali sebagai Lady Sun untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan Shu dan Wu.

Sun Quan yang mendengar bahawa Liu Bei telah berangkat untuk berperang telah menggunakan kesempatan ini menghantar orang-orangnya untuk mengambil semua adik perempuannya demi melancarkan perang ke atas Liu Bei dan takut adik perempuannya diapa-apakan, tetapi malangnya dua jeneral perang Shu iaitu Zhao Yun dan Zheng Fei telah berjaya menyelamatkan Sun Shang Xiang yang ketika itu dilarikan oleh Wu bersama anak Liu Bei yang bernama Liu Chan.

4. Pada tahun 216 Masihi, di Pertempuran Baxi, menyaksikan bagaimana Cao Cao kalah di tangan Kerajaan Shu melalui Zhang Fei yang ketika itu bertembung dengan ejenral Shu yang terkenal, Zhang He, yang kemudiannya menyaksikan pertempuran selama 10 hari antara Zhang Fei dan Zhang He sebelum Zhang He kalah apabila Zhang Fei melakukan ambush melalui jalan pergunungan, membuatkan askar Zhang He yang berjumlah puluhan ribu orang hanya tinggal 10 orang dan Zhang He smepat lari bersama dnegan 10 orang itu.

5. Chen Shou, yang menulis biografi Zhang Fei dalam Sanguozhi, mengulas mengenai Zhang Fei seperti:

“Zhang Fei telah dirujuk sebagai pahlawan yang perkasa yang mampu melawan ribuan musuh. Zhang Fei dan Guan Yu boleh diibaratkan seperti dua harimau di kalangan anak buah Liu Bei…”

Kehebatan Zhang Fei ini boleh diihormati kawan dan sigenai musuh, membyuatkan namnya terus mekar ke hari ini dalam lipatan sejarah. Sayangnya di amati di tangan kawan seperjuangan yang termakan dek hasutan, wang dan emas serta tawaran perempuan jelitawan. Ketika dalam perjalanan memimpin 100 ribu orang askar dari Shu untuk membalas dendam ke atas kawannya iaitu Guan Yu, dia dibunuh dan kepalanya dipersembahkan kepada Sun Quan daripada Wu.

Sejarawan pada hari ini masih membahaskan andai Shu masih mempunyai Guan Yu dan Zhang Fei ketika saat akhir kerajaan mereka, nescaya seluruh China akan disatukan oleh Liu Bei dan Shu, bukannya Wei.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply