Zaiton adalah salah seorang seniwati dari era Studio Jalan Ampas yang masih ada bersama kita.

Beliau sering diingati dengan wataknya sebagai kekasih Abang Sudin dalam filem Bujang Lapok dan Chombi dalam filem Ibu Mertua Ku.

Dilahirkan pada 2 April 1937 di Singapura dengan nama Zaiton binti Abdul Hamid.

Boleh dapatkan buku terbaru The Patriots di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr

Zaiton berasal daripada keluarga yg sederhana. Bapanya meninggal dunia sewaktu usianya masih kecil. Sejak berada di bangku sekolah, beliau ingin bantu keluarganya untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Pada tahun 1954, selepas tamat persekolahan beliau bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai pakaian. Salah seorang pelanggan yang kerap berkunjung ke kedai itu ialah H.M. Rohaizad, penolong pengarah di Studio Jalan Ampas.

H.M. Rohaizad sedang mencari bakat baharu ketika itu dan meminta supaya Zaiton datang ke studio untuk membuat screen test.

Pada mulanya, Zaiton tidak begitu berminat untuk menjadi seorang pelakon.

Namun atas dasar hormat, beliau hadir juga ke studio untuk sesi tersebut.

Ketika berada di studio, kelibat Zaiton telah disedari oleh seorang pengarah dari India, iaitu S. Ramanathan. Ketika itu S. Ramanathan sedang mengarahkan sebuah filem yang berjudul Kipas Hikmat.

Selepas lulus screen test, Zaiton telah ditawarkan peranan kecil dalam filem itu. Beliau menerima tawaran tersebut sekadar untuk mendapatkan duit upah berlakon.

Kerjaya lakonan Zaiton terus berkembang daripada satu filem ke satu filem yang lain. Pada tahum 1956, beliau telah terpilih untuk berlakon dalam sebuah projek filem warna yang dikeluarkan oleh Shaw Brothers, iaitu Hang Tuah.

Pembikinan filem Hang Tuah menelan belanja besar kerana ia dibuat dalam bentuk warna. Menerusi filem ini, Zaiton memegang peranan sebagai Tun Teja dan berlakon di samping P. Ramlee.

Kehebatan lakonan Zaiton semakin teserlah apabila beliau menjadi pelakon utama dalam filem Anak-ku Sazali (1956). Sekali lagi Zaiton telah menampilkan lakonan mantapnya bersama P. Ramlee, Nordin Ahmad dan Rosnani.

Dalam filem-filem lakonannya, Zaiton banyak mendukung peranan wanita yang baik budi, bermaruah tinggi dan sebagainya.

Namun, pada tahun 1960 beliau telah ditawarkan memegang watak antagonis menerusi filem Putera Sangkar Maut. Secara peribadi, beliau kurang gemar berlakon sebagai watak jahat.

Kata Zaiton: “Dalam cerita itu, saya berlakon sebagai perempuan jahat. Saya rasa kekok.”

Di puncak kegemilangannya, Zaiton pernah terpilih ke Hawaii dan San Francisco untuk mempromosikan busana tradisional Melayu di Pacific Festival. Pemilik Studio Jalan Ampas, Run Run Shaw memilih Zaiton kerana beliau memiliki paras wajah Melayu jati.

Zaiton pernah mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Hussain (yang kemudian menjadi Sasterawan Negara Malaysia) pada tahun 1955 selepas tamat penggambaran filem Hang Tuah. Hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua orang putera.

Jodohnya bersama Abdullah Hussain tidak kekal. Mereka berpisah sekitar tahun 1964. Zaiton kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Syed Abdullah. Perkahwinan itu kekal sehingga ke hari ini.

Berikut adalah senarai filem-filem lakonan Zaiton:

Selepas penutupan Studio Jalan Ampas pada penghujung tahun 1967, Zaiton memilih untuk terus bersara daripada dunia perfileman.

Apabila ditanya tentang pengundurannya itu, Zaiton menjawab:

Seniwati Zaiton kini berusia 84 tahun dan tinggal di Singapura bersama ahli keluarganya.

Beliau juga aktif di sosial media. Anda boleh follow Instagram beliau – @seniwatizaiton

Semoga beliau terus sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.