Dalam banyak jenis pemangsa lautan, yu tukul ialah antara pemangsa yang begitu unik rupa kepalanya. Ini menjadikan kumpulan jerung ini disenaraikan dalam keluarga Sphyrnidae.
Bagaimana boleh lahirnya kumpulan jerung yang sedemikian? Kita kenali serba sedikit tentang yu unik ini. Keluarga Sphyrnidae ialah keluarga yu tukul yang terdiri dari dua kumpulan genus iaitu Sphyrna dan Eusphyrna.
Bahagian kepalanya sangat leper dan bentuknya seolah-olah penyodok. Yang paling ketara ialah rupa bentuk seperti tukul, menjadikan pemangsa ini adalah kumpulan yu paling unik berbanding kumpulan yu lain.
Saiz yu tukul bergantung kepada spesis yu sendiri.Spesis yu bernama Scalloped Bonnethead (Sphyrna corona) ialah spesis yu tukul terkecil dengan hanya sepanjang 90 sentimeter (cm), manakala spesis Great Hammerhead (S. mokarran) adalah yu tukul terbesar dengan panjangnya mencecah 6.1 meter!
Sebenarnya, kumpulan yu tukul ini merupakan antara haiwan purba yang masih lagi hidup sejak berjuta-juta tahun. Kumpulan jerung ini hidup bermula pada 23 juta tahun dulu. Tapi, sesetengah saintis percaya bahawa yu tukul telah wujud sejak 56 juta tahun dulu.
Yu tukul biasanya hidup di kawasan lautan tropika dan berlatitud tinggi, terutamanya hampir di kawasan persisiran pantai. Tambah lagi, yu tukul hidup secara migrasi, di mana pada musim sejuk ia berenang ke kawasan khatulistiwa tapi pada musim panas banyak spesis yu tukul berenang ke kawasan Kutub Utara atau Selatan.
Setelah kita tahu tentang yu tukul, berbalik kepada persoalan bagaimana yu ini mempunyai rupa kepala yang aneh. Banyak fungsi sebenarnya terhadap bentuk kepala jerung seperti tukul itu.
Pertama, rupa kepala yang leper memudahkan ia menoleh ke belakang tanpa mempedulikan arus air lautan. Kedua, lubang hidup yu tukul semakin menjauh bagi memudahkan ia menghidu kehadiran mangsa dari jauh.
Ketiga, pasangan mata yu tukul semakin meluas dan diletakkan di hujung bahagian kepala tukulnya. Lokasi mata tersebut meluaskan lagi permandangan hadapan dan tepi berbanding spesis jerung lain.
Keempat, bahagian bawah kepala yu yang luas mempunyai banyak organ penerima elektron atau pengesan deria. Organ ini boleh mengesan ransangan elektrik yang dihasilkan oleh mangsa, terutamanya yang sembunyikan diri di sebalik lapisan pasir dasar laut, mudah untuk ia memburu slaah satu mangsa yang digemari iaitu ikan pari.
Maka, kita tahu bahawa yu tukul mampu memburu lebih cekap berbanding yu lain melalui rupa kepala tukulnya yang bukan sekadar perhiasan semata-mata!




No comments yet