Ramai betul orang berdebat pasal “Kerajaan Beta”, dah macam kelas Pengajian Am sudah.

Bukan saja ada istilah “Kerajaan Beta” (my Government), malah ada juga istilah “Menteri-Menteri Beta” (my Ministers). Dalam titah-titah lepas pun boleh jumpa.

Tak perlu rujuk Perlembagaan pun, konsepnya simple je: di bawah sistem raja berperlembagaan (constitutional monarchy), Raja (King/Queen/Agong/Tenno) adalah Ketua Negara (Head of State), so dari perspektif baginda, semua adalah “mine” (beta punya).

Dan sebab itu, hanya Raja saja boleh panggil PM sebagai “my Prime Minister”. Kita tak boleh sesuka hati panggil PM sebagai “my Prime Minister” sebab he/she is never yours.

Dan tradisi titah pembukaan parlimen ini sememangnya datang daripada pengasas sistem raja berperlembagaan iaitu Britain. Macam yang aku selalu tekankan, sistem ni tidak perfect tapi ia adalah sistem paling stabil yang manusia pernah cuba sebab wujudnya satu Ketua Negara yang semua orang boleh akur dengannya.

Kalau negara republik, Ketua Negara tu presiden dari kalangan orang awam malah in most cases presiden juga adalah orang politik. So dia jadi tak neutral, rakyat pun bertambah “divisive” dengan politik.

Tapi kalau negara raja berperlembagaan, Raja bertindak sebagai figura yang mengatasi politik (above politics). Bukan saja kerajaan, even pembangkang pun Raja address mereka sebagai “my Lords and Members of the House of Commons” (aku tak sure kat Malaysia macam mana bunyi frasanya, malas nak belek hansard).

Tapi Raja tidak sesekali panggil pembangkang sebagai “my Opposition” dalam titah baginda. Sebab pembangkang membangkang kerajaan, bukan membangkang Raja. Tak kira apa perbezaan parti jua, rakyat dalam negara raja berperlembagaan adalah rakyat kepada Raja.

Best tak constitutional monarchy?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.