Pernah tak anda makan makanan laut yang bernama Yat Yat? Mesti ramai orang bandar yang tak tahu pasal kewujudan haiwan laut ni.
Yat Yat ni sebenarnya ialah sejenis makhluk laut yang sering dijumpai berhampiran pantai di kawasan pasang surut air laut.
Selain dikenali sebagai kutu laut, Yat Yat juga memiliki beberapa nama lain seperti ibu remis atau undur-undur laut. Dalam bahasa Inggeris, Yat Yat biasa disebut sebagai Sand Flea atau Crab Mole.
Haiwan ini termasuk dalam filum arthropod dan tergolong dalam kelas Malacostraca. Arthropoda adalah haiwan invertebrata dengan rangka luar dan Malacostraca merangkumi lebih 40,000 jenis krustasea.
Kutu laut juga termasuk dalam spesies Decapoda bersama dengan ketam, udang karang dan udang. Emerita ialah genus kecil dalam keluarga Hippidae yang merangkumi mole crab atau sand crab (ketam pasir).
Dekat nak cari Yat Yat ni?
Yat Yat boleh dijumpai di beberapa kawasan pantai di zon tropika dan subtropika. Haiwan ini biasanya dihanyutkan ke pantai dengan bantuan ombak dan bersembunyi di dalam pasir.
Bagi dietnya, Yat Yat menjadikan plankton dan organisma kecil laut sebagai makanan utama.
Di Malaysia, beberapa lokasi popular dalam kalangan penggemar untuk mencari Yat Yat termasuk Pulau Pangkor dan Teluk Senangin di Perak serta di sekitar Pantai Timur Malaysia.
Untuk menangkapnya, anda hanya memerlukan perangkap yang sesuai. Objek seperti raga atau penutup bilah kipas diri selalu digunakan untuk tangkap Yat Yat ni. Yat Yat biasanya ditemui di dalam pasir di pesisir pantai yang berombak.
Dengan menggunakan penapis seperti raga dan penutup bilah kipas diri, anda dapat tangkap Yat Yat dengan mudah dan pasir dapat keluar melalui celah-celah penapis dengan bantuan air laut.
Untuk mengesan Yat Yat, anda kena ada mata yang tajam untuk nampak tanda-tanda kehadirannya. Biasanya, beberapa struktur pasir dan buih-buih mungkin boleh menjadi petunjuk untuk mencari Yat Yat.
Bila dah dapat Yat Yat ni, anda boleh masak macam-macam jenis makanan. Walaupun dikenali sebagai kutu laut, hidangan Yat Yat sebenarnya merupakan salah satu hidangan popular yang dianggap eksotik.
Bagi sesetengah orang, Yat Yat amat sedap dihidang secara goreng celup tepung. Namun begitu, aneka jenis hidangan Yat Yat seperti Yat Yat masak sambal juga boleh ditemui.
Bentuk dia memang ada mirip lipas, tapi rasa dia macam ketam dan udang! Cubalah kalau ada kesempatan!
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih