Pada Ogos 2011, dunia komedi dikejutkan dengan media-media yang memaparkan kepada umum mengenai persahabatan antara pelawak popular, Shimada Shinsuke dan Hashimoto, ketua kumpulan yakuza Kyokushin Rengo-kai di Osaka. Penyebaran berita telah menyebabkan Shimada mengumumkan persaraannya dari dunia hiburan.

Kenapa jika ada hubungan dengan Yakuza, hatta pelawak komedi pun terpaksa melepaskan jawatannya? Persoalannya hanya boleh dijawab dengan salah satu kes yang juga popular di dunia hiburan Jepun.

Rola dan kontrak perhambaan seks serta dadah

Rola seorang model dan artis yang meningkat naik dengan jayanya. Ditambah pula dengan kacukan Bengali-Jepun serta punyai susur galur Rusia dalam dirinya, menjadikan ia selebriti tarento (selebriti luar Jepun) terkenal di Jepun. Kehebatan kariernya mencerminkan betapa inilah kejayaan yang diidam-idamkan oleh ramai artis yang sedang meniti tangga untuk ke puncak.

Namum, tidak semuanya baik disebalik kejayaan luar biasa ini. Majalah mingguan, Shukan Bunshun melaporkan bahawa Rola telah dikunci dengan kontrak yang nampaknya seperti kontrak perhambaan dengan agensinya, Libera Production. Rola juga ada memberitahu bahawa dia ada diperas ugut, disekat kewangan dan juga penggunaan dadah dalam kariernya. Rola juga melaporkan dalam media bahawa dia mempersoalkan mengenai ke mana perginya  wang yang sepatutnya diterimanya menghilang termasuklah wang kebajikan amal.

Perkara seperti ini, iaitu agensi mengambil kesempatan terhadap wanita muda dalam dunia hiburam adalah tidak mengejutkan. Ini kerana mereka adalah sasaran yang paling mudah diperkotak katikkan.

Dalam kes Rola, jika dia mahu berhenti dari agensi tersebut agak sukar kerana agensi tersebut dari awalnya telah memegang segala aset dan maklumatnya. Bila-bila masa sahaja maklumat buruk mengenainya boleh disebarkan serta agensi lain diminta menyekat ia diterima masuk oleh mereka semua.

Hakikatnya, pihak polis memang sedaya upaya menghalang operasi yakuza, namun dalam sektor ini, ia adalah operasi polis paling gagal untuk mengawalnya.

Tugas ejen dalam Agensi Bakat di Jepun

Dunia hiburan Jepun sekali lagi pernah digemparkan apabila wanita Jepun pertama yang dinobatkan sebagai Miss International sejak 5 dekad yang lalu, Ikumi Yoshimatsu mengeluarkan suatu kenyataan akhbar. Kenyataan itu menyatakan bahawa syarikat produksi yang pernah dia tolak tawaran untuk berkhidmat itu terkait dengan yakuza telah buat pelbagai perkara kepadanya. Ia termasuklah diganggu oleh seorang pengurus sewaktu dia berada dalam sesi rakaman rancangan televisyen. Pihak produksi itu juga dilaporkan memghantar pengintip ke rumahnya dan surat ugutan kepada keluarganya.

Pendedahan Ikumi Yoshimatsu ini telah mendapat sokongan ramai termasuk isteri Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun. Apa yang mengejutkan lagi, salah seorang ketua Yakuza yang pernah terlibat dalam kerja-kerja agensi bakat ini telah mendedahkan satu dokumen dan temu ramah mengenai kerja-kerja kotor yang dibuat oleh penjenayah dalam agensi seperti ini.

Satu temu ramah telah dibuat antara media, The Daily Beast bersama Kazuo Kasaoka, ketua kumpulan Matsurua-Gumi (Kobe). Dalam temu ramah, dia telah mendedahkan segala tindakan ejen agensi bakat termasuklah ejen yang pernah menarik Miss International Jepun tadi. Ejen tersebut bernama Ikuo Suho. Menurut Kasaoka, Suho adalah “kepala besar bagi industri hiburan Jepun” ada melakukan tiga perkara ini:

1) Suho akan menggunakan mana-mana sahaja kumpulan yakuza untuk bantu dia menyelesaikan masalahnya.

2) Suho akan bekerjasama dengan pengintip, untuk mempergunakan kumpulan yakuza atau kumpulan bersayap kanan bagi menghancurkan karier selebriti yang menentang mereka.

3) Kasaoka sendiri pernah terlibat menjalankan parti liar yang dipenuhi seks dan dadah untuk syarikat produksi dan penaja.

Inilah sisi gelap industri hiburan Jepun

Industri hiburan Jepun termasuk J-Pop sentiasa berkembang hingga semakin merapati kehebatan industri anime. Ia menawarkan impian kepada anak muda untuk menjadi idola. Namun, impian ini telah ditunggang oleh kumpulan jenayah termasuk yakuza hingga terpaksa mereka menjadi hamba seks, dadah dan jenis-jenis perhambaan yang lain.

Pihak autoriti sudah cuba membendung perkara ini sebaik mungkin. Undang-undang anti-intipan sudah pun dilaksanakan. Mungkin ia mampu membendung budaya pengintipan ejen agensi bakat terhadap selebriti yang bekerja dibawahnya. Namun, undang-undang masih terlalu lemah dan mempunyai ruang untuk dieksploitasi.

RUJUKAN:

  1. The Yakuza Are Running Japan’s Hollywood. https://www.thedailybeast.com/the-yakuza-are-running-japans-hollywood
  2. Yakuza, drugs, ‘slave’ contracts: how Japanese TV star Rola became latest victim of a murky celebrity industry. https://www.scmp.com/week-asia/society/article/2112457/yakuza-drugs-slave-contracts-how-japanese-tv-star-rola-became
  3. Made men: Tokyo-based ‘yakuza’ talent agency delivers the real deal. https://www.japantimes.co.jp/culture/2018/08/15/entertainment-news/made-men-tokyo-based-yakuza-talent-agency-delivers-real-deal/
  4. Sex and Yakuza: The Dark Side of the J-Pop Idol Industry. https://goboiano.com/sex-and-yakuza-the-dark-side-of-the-j-pop-idol-industry/
  5. Andrew Rankin, ‘Recent Trends in Organized Crime in Japan: Yakuza vs the Police, & Foreign Crime Gangs’ Part 2,’ The Asia-Pacific Journal Vol 10, Issue 7, No 1, February 20, 2012.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal. Namun, di atas pilihan sendiri yang penuh berisiko. Kini, bekerja sebagai Pembantu Pengarang di sebuah syarikat media. Suka baca secara rambang, kadang-kadang terasa pandai, kadang kala terasa bongok.

Comments are closed.