Kaum Cossack ialah kaum Slav Timur yang menganut Kristian Orthodoks. Mereka biasanya berkerajaan sendiri yang menerapkan sistem demokratik dan terdiri dari komuniti yang mahir bertempur. Kaum ini biasanya menetap di padang rumput Eropah Timur, terutamanya Ukrain dan Rusia.
Pada abad ke-16 Masihi, organisasi tentera Cossack bernama Zaporizhian Army ditubuhkan di selatan Ukrain. Markas utama mereka berupa kubu yang bernama Zaporizhian Sich, dibina berdekatan Sungai Dnipro.
Ahli-ahli organisasi ini terdiri dari warga Ukrain dan warga dari Komanwel Rye (Poland kini). Mereka mempunyai pekerjaan sebagai pemburu, nelayan, pedagang, peneroka laut di bawah Turki Uthmaniyah dan pengikut puak Krimea Khan.
Walaupun organisasi ini bersifat semi-ketenteraan, namun mereka hanya terlibat dalam beberapa pemberontakan menentang Komanwel dan hanya sedikit penglibatan kempen melawan kerajaan Moscow dan Sweden.
Dalam komuniti kubu Zaporizhian Sich, terdapat golongan tentera yang mengamalkan sihir atau ilmu magik yang digelar sebagai Cossack-Sorcerers. Menurut kisah lagenda, terdapat perang sesama ahli sihir sehingga wujudnya golongan Cossack-Sorcerers.
1. ILMU-ILMU SIHIR COSSACK-SORCERER
Mengikut kepercayaan penduduk, tentera Cossack-Sorcerers ini mahir mencari harta karun tersembunyi, sembuhkan luka dengan mantera, mengelak dan menangkap peluru. Mereka juga mampu memegang rod panas tanpa masalah, mengubah cuaca, dan membuka pintu istana yang berat hanya tolakan tangan.
Tambahan lagi, mereka mempunyai kain karpet yang boleh terbang dan membawa mereka ke mana saja (macam Aladdin). Mereka mempunyai kemahiran dalam ilmu psiko-terapi, herba, dan pukau. Dikatakan mereka mempunyai latihan yang begitu lasak sehingga mereka menjadi golongan tentera sebegitu.
2. ASAL-USUL COSSACK SORCERER
Kewujudan Cossack-Sorcerers ini bermula dari kumpulan paderi Slav menganut agama Zoroaster (Magi) bernama Slavic Yazykh kuno. Selepas Prince Vladimir the Great memeluk agama Kristian dari pagan Slav pada 988 dan meng-kristian-kan kerajaan Kievan Rus, kumpulan Magi ini tidak menerima agama asing dari empayar Byzantine dan berpindah ke padang rumput iaitu tempat tinggal ketua-ketua puak dan mengajar para pengikut puak tentang seni mempertahankan diri dan ilmu sihir.
Walau bagaimanapun, kisah ini tidak dapat dibuktikan melalui sumber rekod sejarah dan artifak walaupun padang rumput Eropah Timur memang didiami oleh puak Slav yang menyertai Zaporizhian Army. Tambahan pula, organisasi ini ditubuhkan dua abad selepas pemerintahan Prince Vladimir dan tidak ada dalam kalangan Magi yang mengamalkan agama pagan atau pernah mempraktikkan ilmu sihir.
Berkemungkinan Cossack-Sorcerers ini berasal dari komuniti naungan Kievan Rus yang berpindah ke selatan kemudian bersatu membentuk sebuah organisasi semi-ketenteraan dengan bekerja sebagai tentera upahan untuk melawan kerajaan Rus dan Hungary.
3. COSSACK-SORCERER DARI KETURUNAN ARYAN?
Dari sumber lain, kumpulan Cossack-Sorcerer dikatakan berasal dari puak Aryan yang hidup pada abad ke-2 millennium SM, iaitu ketika Zaman Gangsa sebelum puak ini bermigrasi ke India. Dalam kalangan puak Aryan mempunyai perkumpulan ahli sihir yang dinamakan sebagai Maharathi, iaitu tentera yang menggunakan seni pertahanan diri dan sihir melawan kerajaan luar.
Namun sumber ini juga diragui kesahihannya kerana sejarah manusia di Laut Hitam telah lengkap didokumentari. Dalam manuskrip pertama Herodotus, beliau nyatakan terdapat puak Scythia menetap di padang rumput Eropah Timur tetapi beliau tidak ada nyatakan tentang puak Aryan apatah lagi kumpulan ahli sihir. Sejarahwan dari tamadun Yunani Kuno dan Rom yang rajin mencatat sejarah kawasan jajahan tidak pernah nyatakan puak Aryan ini.
Maka, kaum Aryan yang membentuk Cossack-Sorcerer adalah tidak benar berdasarkan rekod-rekod sejarah dicatatkan dari Yunani Kuno dan Rom.
4. RUNTUHNYA KUBU COSSACK-SORCERER
Pada bulan May 1775, tentera empayar Rusia yang diketuai oleh jeneral Peter Tekeli diarahkan untuk merobohkan Zaporozhian Sich atas perintah ratu Catherine the Great, bagi menamatkan kekacauan oleh golongan Zaporozhian Army ini.
Pada 5 Jun 1775, tentera Rusia mengepung kubu tersebut dengan bala tentera infantri bersama senjata meriam. Namun Tekeli menunda serangan dan menerima jemputan dari ketua organisasi bernama Petro Kalnyshevsky untuk bersemuka. Kemudian organisasi Zaporozhian menyerah kalah dan dibubarkan pada 3 Ogos 1775. Kubu itu kemudian dirobohkan bagi mengelakkan pemberontakan baru berlaku lagi.
Petro bersama 4 orang lagi pegawai Zaporozhian dibuang negeri dan dikatakan Petro meninggal di usia 112 tahun dalam biara Solovetsky. Ahli Zaporozhian lain wajib berkhidmat menjadi tentera berkuda Rusia bagi menjamin kehidupan mereka.
Pada 1780, Rusia memerlukan bantuan tentera Cossack seramai 12,000 orang untuk menghadapi perang melawan Uthmaniyah dalam Pertempuran Russo-Turkish (1787-1792). Selesai bertempur, Rusia memberikan Ukrain selatan, tepatnya kawasan berdekatan Sungai Kuban kepada tentera Cossack dan keluarga untuk membina penempatan baru. Masuk tahun 1860, kaum Cossack ini kemudian mengubah nama kaum kepada nama baru, iaitu Kuban Cossack.
RUJUKAN:
Nord, Ingvar. (28 Mac 2018). Cossack-Sorcerers: The Secretive and Magical Warrior Society of Ukraine. Ancient Origins.
Turchenko F., ed. (2002). Ukrains’ke kozatstvo. Mala entsyklopediia. Kyiv.
O’Rourke, Shane (2011), “Cossacks”, The Encyclopedia of War, American Cancer Society.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih