71 tahun dahulu apabila Mao Zedong mengisytiharkan pengasasan China di Dataran Tiananmen, Wuhan menyertai sebagai sebahagian daripada kedaulatan komunis.
Populasi sejuta di Wuhan menghadapi kesukaran hidup ekoran hujan terlalu banyak dan kenaikan aras sungai yang kerap. Banjir ialah suatu perkara biasa di Wuhan.
Tetapi sekarang ini realiti Wuhan sudah jauh meninggalkan sejarah mereka.
Bandaraya ini ialah penempatan urbanisasi untuk 19 juta orang dengan landskap politik, ekonomi, komersil, kebudayaan dan pendidikan penting bagi China.
Wuhan ialah hub pengangkutan yang menghubungkan Beijing, Hong Kong, Jiujiang dan Shanghai. Dan peranan besar ini memudahkan penularan koronavirus yang dipercayai bermula daripada sebuah pasar basah.
Amalan jualbeli makanan eksotik untk dinikmati telah memakan diri. Bukan China sahaja yang membayar harga yang mahal. Semua orang meratapi nasib yang menimpa dunia. Yang kaya tidak boleh meneruskan urusan.
Yang miskin pula tidak dapat mencari nafkah harian. Anak tempatan tidak boleh keluar rumah. Orang luar terkandas di bumi orang.
Peny4kit yang bermula dari Wuhan pun telah menjerut industri perkapalan, dengan beberapa kapal persiaran mewah dibekukan oleh kerana kesangsian dunia terhadap kebolehj4ngkitan dalam kapal tersebut.
Malah syarikat-syarikat penerbangan pun begitu juga. Airasia antaranya sedang sengsara secara kewangan sehingga mungkin hanya boleh hidup berbaki lima bulan sahaja (Ayisy, 2020).
Di sebalik naratif dan persepsi bahawa China bermain angka, perkembangan koronavirus memangkinkan sinaran indah. Sebuah bandaraya didiami begitu ramai dalam Wilayah Hubei yang populasinya tiga kali ganda lebih ramai telah berkabung selama 76 hari.
Wuhan dimana malapetaka ini bermula telah bebas daripada perintah berkurung. Begitu dahsyat malapetaka ini menular, dengan kebolehm4tian 1.4% terhadap keseluruhan kes positif di Wuhan.
Bermakna jika 100,000 orang positif, 1,400 mungkin akan m4ti.
Angka ini nampak sedikit sehinggalah dibandingkan dengan s3r4ngan selsema di Amerika Syarikat yang meragut hanya 0.1% ny4w4 sahaja (Belluck, 2020).
Selama 76 hari itulah rakyat Wuhan duduk rumah. Bagi negara yang tidak memutlakkan kebebasan, pencapaian ini dikhabarkan mudah. Tetapi bagi tempoh yang lebih lama lagi, Wuhan “dipercayai takkan dipercayai” lagi. Tidak mungkn China akan tundukkan perhatian mereka terhadap Wuhan.
Sekarang ini pun China menggunakan aplikasi pintar dalam telefon yang wajib dimuatturun rakyat untuk mengendalikan penjejakan data dan pemantauan pentadbiran (McNeil, 2020). Melalui aplikasi ini rakyat Wuhan dibenarkan bergerak tanpa izin khas.
Mereka beratur panjang di lapangan terbang dan terminal jalan darat untuk kembali ke rumah mereka. Semestinya bersawang habis, tetapi itulah harga perlu dibayar dengan kemenangan ini.
Sekurang-kurangnya jutaan ini masih hidup selepas berbulan kerajaan Beijing berhempas-pulas. Walaupun Xi Jinping pernah mengunjungi Wuhan pada 10 Mac, bandaraya ini masih lagi diperhatikan secara rapi (Myers, 2020).
Kesesakan lalulintas yang telah lama tidak berlaku akhirnya menjelma semula. Hidup di Wuhan nampaknya semakin pulih dengan semangat baharu. Tetapi buat masa sekarang, pokok hujah ialah kebarangkalian kes-kes begini akan berulang.
Begitu sukar untuk bayangkan China tanpa pemakanan eksotik. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi, seluruh dunia perlu mengambil iktibar sehabisnya.
Pasar-pasar basah yang menjual haiwan-haiwan eksotik telah buka semula (Andrei, 2020). Babi dijual semula bersama anjing, tikus dan kelawar.
Tenggiling bersisik merayap semula di sangkar kecil, menghabiskan masanya sebelum direbus atau dipanggang. Dan jika perkara ini berterusan, mungkin seluruh dunia perlu ada formula atau pelan tindakan sempurna.
RUJUKAN:
Andrei, M. (2020, April 7). China is reopening wet markets, as international pressure mounts against them. ZME Science. Retrieved from https://www.zmescience.com/science/wet-markets-coronavirus-06042020/
Ayisy, Y. (2020, April 8). Airasia may last less than five months on current conditions, may raise RM1bil debt. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/business/2020/04/582382/airasia-may-last-less-five-months-current-conditions-may-raise-rm1bil-debt
Belluck, P. (2020, March 19). Coronavirus Death Rate in Wuhan Is Lower than Previously Thought, Study Finds. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/19/health/wuhan-coronavirus-deaths.html
McNeil, S. (2020, April 8). Masked crowds fill Wuhan’s streets, trains as lockdown ends. Associated Press. Retrieved from https://apnews.com/5e9c393e93ceab0dcb0db29ba25f2274
Myers, S.L. (2020, March 10). Xi goes to Wuhan, coronavirus epicenter in show of confidence. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/10/world/asia/coronavirus-china-xi-jinping.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih