Sementara orang kita sibuk sembang siapa nak jadi PM, di US dan UK sekarang pun tengah hangat bercerita pasal PM — mantan PM Britain iaitu Winston Churchill yang merupakan watak utama filem “Darkest Hour” produksi UK. Lakonan Gary Oldman sebagai Churchill dalam filem ini menyebabkan beliau dinobat sebagai Pelakon Terbaik dalam Anugerah Golden Globe pada Ahad yang lepas.

Churchill adalah sosok yang digelar sebagai tokoh Britain teragung dalam sejarah (“Greatest Briton”) oleh BBC pada tahun 2002. Dalam naratif sejarah arus perdana (“mainstream history”), Churchill digambarkan sebagai wira yang memainkan peranan utama menewaskan Adolf Hitler dalam Perang Dunia Kedua/WW2 (1939-1945). Churchill dikatakan sangat memusuhi Hitler sehingga beliau mengatakan, “if Hitler invaded hell I would make at least a favourable reference to the devil in the House of Commons”. Maksudnya Churchill akan menyokong sesiapa yang melawan Hitler, hatta Iblis sekali pun.

“Darkest Hour” bercerita tentang saat genting Churchill menjawat jawatan PM Britain semasa WW2. Churchill mengambil alih jawatan PM pada 10 Mei 1940, hari yang sama Hitler menyerang Perancis. Sebagai sekutu Perancis, Britain juga menghantar tentera memerangi tentera Hitler. Apabila tentera Britain terperangkap di Dunkirk dari 26 Mei sehingga 4 Jun, Churchill enggan menerima cadangan Menteri Luar, Lord Halifax untuk berunding damai dengan Hitler. Selepas Perancis tewas dan menyerah kalah pada 25 Jun, Britain menjadi negara tunggal yang melawan Hitler di Eropah. Amerika pun tak dapat membantu Britain kerana adanya undang-undang “Neutrality Act”. Britain berada dalam “darkest hour”.

Namun Churchill membangkitkan optimisme dan semangat rakyat Britain. Churchill terkenal sebagai seorang pemidato (“orator”) yang hebat dan berkesan. Selepas tentera Britain berundur dari Dunkirk, Churchill menyeru rakyat Britain agar tidak menyerah kalah (“we shall fight on the beaches, we shall fight on the landing grounds, we shall fight in the fields and in the streets, we shall fight in the hills; we shall never surrender”) dan merayu rakyat Britain untuk menggalas tanggungjawab mempertahankan tanah air (“let us therefore brace ourselves to our duties, and so bear ourselves, that if the British Empire and its Commonwealth last for a thousand years, men will still say, ‘This was their finest hour’ “).

Kata-kata semangat Churchill membolehkan rakyat Britain bertahan dalam serangan udara “The Blitz” yang dilancarkan oleh Jerman. Selepas setahun dibom siang malam oleh tentera udara Jerman, Britain tetap tidak menyerah kalah, maka Hitler naik bosan dan mengalihkan sasarannya ke Soviet dengan melancarkan Operation Barbarossa pada Jun 1941.

Ini memberi peluang kepada Churchill untuk menubuhkan pakatan dengan Josef Stalin, pemimpin Soviet. Ramai terkejut kerana Churchill merupakan antara sosok yang paling anti-Soviet dan anti-Komunis. Namun Churchill bertindak atas prinsip realpolitik iaitu “musuh kepada musuh saya ialah kawan” (“my enemy’s enemy is my friend”) dengan mengutamakan ancaman Hitler berbanding ancaman Soviet.

5 bulan kemudian, serangan Jepun ke atas Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 membolehkan Amerika keluar daripada “neutrality” dan menyertai Perang Dunia Kedua. Akhirnya impian Churchill untuk mewujudkan perang “two-front” terhadap Hitler menjadi kenyataan. Diserang Soviet dari belah timur dan Amerika dari belah barat, Hitler yang tersepit akhirnya mengaku kalah dan membunuh diri pada 30 April 1945.

Sebaik saja menewaskan Hitler, Churchill terus kembali berseteru dengan Soviet. Walaupun Churchill berjasa sebagai wira perang, namun dalam pilihanraya tahun 1945 Parti Konservatif telah ditewaskan oleh Parti Buruh yang dipimpin oleh Clement Attlee yang menekankan pembangunan ekonomi menerusi negara kebajikan.

Logik orang Britain ialah, Britain perlu mengutamakan pembangunan ekonomi selepas bertahun-tahun berperang, dan manifesto Parti Buruh lebih menepati keperluan Britain semasa waktu aman, sementara Churchill lebih sesuai untuk waktu perang. “Ingratitude towards their great men is the mark of a strong people”. Perang sudah tamat, Churchill tidak rasa “bitter” apabila rakyat tidak mengundinya, dan rakyat Britain juga tidak rasa terhutang budi dengan Churchill. “The nation must move on”. 6 tahun kemudian (tahun 1951), Parti Konservatif memenangi pilihanraya selepas berjanji tidak akan memansuhkan negara kebajikan yang diwujudkan oleh Parti Buruh, dan Churchill sekali lagi menjawat jawatan PM sehingga 1955.

“Darkest Hour” akan ditayang di Malaysia bermula 31 Januari 2018. Walaupun Churchill memiliki sisi gelapnya (bertindak kejam menyebabkan kematian jutaan orang Bengal akibat kebuluran dan puluhan ribuan orang Kenya dalam Pemberontakan Mau Mau), namun sikap Churchill semasa WW2 yang penuh dengan keteguhan (“resoluteness”), optimisme dan kemampuan untuk memberi inspirasi kepada orang lain adalah teladan bagi sesiapa yang ingin mencakna makna kepimpinan (“leadership”).

(Tarikh lahir saya sama dengan Churchill. Sampai sekarang pun saya masih suka buat gaya tangan “V” yang membawa maksud “victory”)

*Filem “Darkest Hour” merupakan adaptasi daripada buku “Darkest Hour: How Churchill Brought Us Back from the Brink” oleh Anthony McCarten.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.