Lahir pada 1 April 1898, lelaki Amerika ini merupakan manusia Indigo dengan IQ dalam 250-300. Berikut pencapaian peribadi beliau:
1. Membaca New York Times pada umur 18 bulan.
2. Menguasai 8 bahasa (Latin, Yunani, Perancis, Rusia, Jerman, Hebrew, Turki & Armenia) pada umur 8 tahun.
3. Mengambil jurusan Matematik di Havard University pada umur 11 tahun.
4. Sepanjang berada di universiti, Sidis telah menguasai lebih 40 bahasa dan dialek.
5. Pada umur 17 tahun, dia mengajar di Rice University, Houston, Texas.
Sidis tidak menghabiskan pengajian beliau di Havard kerana memutuskan untuk berhenti mengambil jurusan matematik dan mengambil jurusan undang-undang di universiti sama pada September 1916. Kemudian berhenti sekali lagi setelah berada tiga tahun belajar undang-undang pada Mac 1919.
Dalam penglibatan politik, Sidis adalah sosialis berdasarkan dari penglibatan beliau dalam perayaan May Day di Boston pada 1919 dan kemudian ditangkap oleh pihak polis setelah berlaku keganasan pada perayaan itu. Setelah 18 bulan dipenjara, ibubapanya membawa Sidis ke California untuk menghalang beliau dari penglibatan politik.
Karya beliau tidaklah banyak beliau hasilkan. Antara karya beliau:
1. The Animate and the Inanimate (1925): Kajian mengenai angkasa lepas.
2. The Tribes and the States (1935): Mengenai sejarah menempatan Amerika dalam tempoh 100,000 tahun hingga tahun 1828 dengan nama samaran John W. Shattuck tetapi tidak berjaya diterbitkan.
3. Book of Vendergood: Penciptaan bahasa baru, Vendergood yang pernah beliau tulis pada umur 8 tahun.
Sebenarnya, Sidis pada zaman mahasiswanya bosan akan kehidupannya yang sentiasa diurus ibubapanya serta ahli akademik lain kerana keistimewaannya beliau. Sidis pernah menyatakan kebosanannya dan ingin hidup bebas dari urusan keduniaan tetapi dihalang serta diugut oleh orang sekelilingnya.
Kurang setahun Sidis mengajar di Rice University, dia mengambil keputusan untuk berhenti mengajar dan berpindah ke New England. Sahabatnya bertanya mengapa berhenti mengajar, Sidis menjawab:
“Aku tidak pernah tahu mengapa mereka (ibubapa) berikan aku kerja ini pada mulanya. Aku cuma disuruh pergi dan aku tidak bantah. Sebenarnya, aku tidak layak menjadi guru.”
Pada 1921, Sidis memutuskan untuk memulakan kehidupan bebasnya sendiri. Memulakan kerjanya seperti para pekerja lain di New York, beliau tidak berhubung lagi pada keluarganya dan meneruskan kehidupan bebasnya.
Pada 1944, Sidis meninggal pada umur 46 tahun di Boston.
Jika beliau meneruskan kajian matematik dan bahasa serta meneruskan penglibatan politik beliau, mungkin beliau menjadi ahli sains, bahasa atau falsafah politik yang hebat, mengalahkan Albert Einstein.
RUJUKAN:
- “The Logics – Was William James Sidis the Smartest Man on Earth”. Thelogics.org. Retrieved26 November 2014.
- “A Genius Among Us: The Sad Story of William J. Sidis”.Today I Found Out. 2013-12-06. Retrieved 2016-12-09.
- “Wonderful Boys of History Compared With Sidis. All Except Macaulay Showed Special Ability in Mathematics. Instances of Boys Having ‘Universal Genius'”. The New York Times. 16 January 1910. p. SM11. Retrieved 26 November 2014.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih