Satu dunia terkejut bila Will Smith naik ke pentas dan menampar sahabatnya, Chris Rock. Tak sangka pulak lawak pasal kepala bini yang botak boleh menimbulkan ketegangan. Semua orang memuji kelakian Will Smith.
Namun, itu cuma permukaan.
Setahun selepas peristiwa itu, Jada Pinkett Smith mengaku kepada media bahawa dia tidak bahagia hidup dengan suaminya, Will Smith. Apa yang lagi mengejutkan, sejak 2016 mereka sudah tinggal berasingan. Apa yang ditunjukkan kepada khalayak umum semuanya wayang semata-mata.
Jadi, apa pasal Smith tampar Rock?
Ada yang beranggapan, Will Smith hanya melepaskan kemarahannya yang terpendam. Christ Rock hanyalah lelaki malang yang menyalakan sumbu mercun yang sedia meletup. Tipulah tak marah kalau isteri sendiri curang!
Pada 2020 dalam rancangan The Red Table Talk, Jada Pinkett pernah mengaku yang dia ada skandal dan tidur dengan lelaki lain. Sudahlah tak rasa bersalah. Jatuh air mata jantan Will Smith.
Tidak seperti perkahwinan tradisional, Will Smith dan Jada Pinkett mengaku yang hubungan mereka berstatus open relationship. Kalau di negara barat, hubungan pelik macam ini semakin dianggap normal.
Apa itu open relationship?
Pasangan yang bersetuju dengan hubungan terbuka mesti bersedia jikalau suami atau isterinya ada pasangan lain. Sampaikan boleh tidur sekatil. Nak tidur dengan sesiapa pun tak kisah.
Untuk kes Will Smith, hati kecilnya tak boleh terima kecurangan Jada Pinkett walaupun dia tahu yang mereka berada dalam open relationship. Kononnya, sebab Jada guna pintu belakang dan tak bagitau dia.
Dari sudut pandangan falsafah, inilah bukti kegagalan Postmodernism. Masyarakat barat cuba untuk merungkai dan meninggalkan nilai tradisional seperti ikatan perkahwinan yang suci, namun tersadung juga akhirnya.
Apa itu Pascamodenisme?
Falsafah Pascamodenisme mendakwa tiada satu pandangan yg benar-benar natural di dalam dunia. Setiap orang melihat dalam sudut pandangannya sendiri semasa melihat atau menilai dunia. Logik dan sains adalah alat yang berguna, tetapi ia bukan segala-galanya. Senang kata, setiap orang berhak menentukan apa yang betul dan salah.
Pemikiran sebegini yang telah meruntuhkan 25 tahun perkahwinan Will Smith dan Jada Pinkett Smith. Lafaz “I do” yang sepatutnya mengikat pasangan suami isteri dengan nilai kesetiaan dan pengorbanan, telah digadaikan kepada open relationship yang berasaskan syahwat dan kehendak. Semua orang tahu, syahwat dan kehendak manusia takkan pernah puas!
Jika trend seperti ini berlanjutan, dunia pasti menyaksikan keruntuhan institusi perkahwinan seterusnya institusi kemasyarakatan di Amerika Syarikat. Mereka tidak layak menjadi polis dunia, kerana adab masyarakat mereka sendiri sudah korup.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Adakah cinta sejati cukup sebatas syahwat dan kehendak? Terokai persoalan ini dalam fiksyen kami, Mahakarya – Cinta Terbelah Di Laut Merah. Klik: https://bit.ly/49vx7nx




No comments yet