Sebut saja One Piece, ramai membayangkan kerenah gila-gila kru La-nun Topi Jerami yang diketuai kapten mereka, Monkey D. Luffy. Di sebalik anime bergenre aksi komedi ini, tidak ramai tahu sesetengah watak anime tersebut diinspirasikan daripada figura-figura dunia sebenar.

  • Blackbeard

Marshall D. Teach atau nama glamornya Blackbeard kapten kepada krew la-nun Blackbeard. Dia merupakan sebahagian daripada Yonko (Empat Maharaja), sebuah kumpulan eksklusif terdiri daripada empat la-nun paling berkuasa di dunia One Piece. Selain Teach, kumpulan ini turut mengandungi Whitebeard (Edward Newgate), Shanks dan Charlotte Linlin.

Whitebeard kemudiannya digulingkan oleh Blackbeard dan merampas kedudukannya dalam tempoh setahun. Namanya diinspirasikan daripada watak la-nun sebenar Blackbeard[1] tetapi pencipta One Piece, Eiichiro Oda memilih nama akhirnya untuk watak antagonis anime itu. Justeru, nama Marshall D. Teach dipilih berbanding nama sebenarnya Edward Teach.

  • Roronoa Zoro

Sebut saja nama ini, ramai mengenalinya sebagai krew Luffy yang mahir mengendalikan ped-ang. Sebelum menyertai rakannya itu, Zoro bercita-cita menjadi pemain ped-ang yang hebat sekaligus membolehkannya mendapat gelaran ‘Pemain Ped-ang Terkuat Di Dunia’.

Tetapi tidak ramai tahu namanya diambil sempena nama seorang la-nun Perancis, François l’ Ollonais[2] yang aktif sekitar tahun 1660-an. Manakala nama Zoro pula merujuk kepada cara sebutan Jepun terhadap nama l’ Ollonais.

  • Charlotte Linlin

Dikenali dengan gelaran Big Mom, Linlin juga merupakan kapten krew la-nun Big Mom dan ahli terbaru Yonko menggantikan Whitebeard. Dia juga mempunyai akses terhadap Soru Soru No Mi yang membolehkannya mengawal roh.

Linlin juga dikatakan berupaya menggunakan ketiga-tiga jenis Haki sekiranya keadaan memerlukan. Dengan ganjaran sebanyak empat bilion beris, dia dinamakan sempena dua la-nun wanita terkenal dalam sejarah, Charlotte de Barry[3] dan Charlotte Badger[4].

  • Jewelry Bonney

Dianggap watak misteri dalam One Piece, Bonney merupakan sebahagian la-nun Generasi Terburuk yang menjadi duri dalam daging kepada Kerajaan Dunia yang mentadbir dunia anime tersebut. Selepas mengambil sejenis buah yang dikenali sebagai Buah Syaitan, dia berupaya mengubah umur mana-mana individu yang disentuhnya.

Begitupun, kelebihan sebenar dan jenis Buah Syaitan yang diambil Bonney masih lagi tidak diketahui. Namanya diambil sempena seorang la-nun wanita berdarah bangsawan bernama Anne Bonney[5]. Bonney aktif sebagai la-nun sekitar abad ke-18.

  • Whitebeard

Sebelum disingkirkan dan dibu-nuh oleh Blackbeard, Whitebeard atau Edward Newgate amat digeruni dalam kalangan la-nun dunia One Piece termasuk Luffy sendiri. Banyak gelaran yang diberi kepadanya termasuk ‘Raja Lautan’ dan ‘Manusia Terkuat Di Dunia’.

Satu sebab mengapa Whitebeard digeruni ialah dia mengambil Buah Syaitan juga. Pengambilan buah tersebut membolehkannya menghasilkan gempa bumi. Seperti Blackbeard, wataknya berdasarkan la-nun terkenal Blackbeard dan seorang lagi la-nun bernama Edward Lowe[6].

  • Lafitte

Sebelum bergelar orang kanan Blackbeard, Lafitte dahulunya berkhidmat sebagai seorang sherif di sebuah bandar di West Blue. Bagaimanapun, dia kemudiannya dipenjarakan kerana penduduk tidak tahan dengan reputasi ganasnya. Selepas itu, barulah Lafitte menyertai mereka sebagai pemandu arah.

Kisah Lafitte ini hampir serupa dengan individu yang menginspirasikan namanya. Jean Lafitte[7]. Bezanya ialah dia bermula sebagai penyeludup sebelum menjadi la-nun. Lafitte aktif sebagai la-nun pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 serta pernah berkhidmat sebagai pegawai ten-tera laut bagi Amerika Syarikat dan Gran Colombia.

  • Eustass Kid

Antara la-nun yang paling kejam dalam siri ini. Sebahagian daripada generasi baru la-nun iaitu Generasi Terburuk, Kidd mempunyai kelebihan yang hebat termasuk berupaya menced-erakan salah seorang komander krew la-nun Big Mom. Keupayaannya sebagai magnet manusia meletakkannya di belakang Luffy dan Kaido dari segi kelebihan selepas memakan Buah Syaitan. Nama Kidd diambil dari seorang la-nun Scotland bernama William Kidd[8].

  • Basil Hawkins

Pada awal kisah One Piece, Hawkins mempunyai krewnya sendiri sebelum membentuk pakatan dengan Eustass Kidd dan Scratchmen Apoo untuk menewaskan Sha-nks. Selepas pakatan tersebut berakhir, dia menyertai krew Kaido yang digelar La-nun Binatang Buas (Beasts Pirate) sebagai orang kanannya.

Selepas mengambil Buah Syaitan, Hawkins mempunyai kelebihan memanipulasi jerami termasuk menghasilkan patung jerami. Sekiranya diser-ang, patung tersebut yang akan mengalami keced-eraan dan bukannya dia. Nama Hawkins diambil sempena nama dua la-nun iaitu Basil Ringrose dan Sir John Hawkins[9].

  • Silvers Rayleigh

Walaupun sudah berstatus warga emas, usah pandang rendah keupayaan Rayleigh. Dia bukan saja kuat malah masih berupaya berlawan dengan ten-tera laut yang mengejar krewnya sekiranya perlu. Namanya diambil sempena dua orang la=nun iaitu bangsawan dan la-nun Inggeris Sir Walter Raleigh[10] dan watak fiksyen Treasure Island, Long John Silver.

  • X-Drake

Ramai mengenalinya sebagai la-nun tetapi hakikatnya, itu hanyalah samaran bagi Drake sebagai pengintip ten-tera laut. Begitupun, keupayaannya bertukar menjadi Allosaurus selepas memakan Buah Syaitan menjadikannya sebagai antara orang Kaido yang patut digeruni. Namanya berdasarkan seorang lagi la-nun dan bangsawan era Elizabeth I, Sir Francis Drake[11].

NOTA:

[1] La-nun Inggeris yang beroperasi di Hindia Barat dan pesisir timur koloni Amerika Utara yang dikawal British pada abad ke-17 dan awal abad ke-18. Beroperasi dengan kapal Queen Anne’s Revenge. Ma-ti selepas bertem-pur dengan sekumpulan ten-tera laut British diketuai Leftenan Robert Maynard pada 1718.

[2] La-nun Perancis yang aktif dari 1660 hingga 1668. Terlibat dalam penjarahan Maracaibo pada 1666 dan ekspedisi penerokaan Honduras pada 1668. Ma-ti di Honduras selepas ditangkap dan dibu-nuh oleh orang asli Kuna pada tahun sama.

[3] La-nun wanita abad ke-17 tetapi perihalnya sebagai figura sebenar diragui. Berkemungkinan watak novel History of the Pirates yang diterbitkan oleh Edward Lloyd.

[4] Dianggap la-nun wanita Australia pertama pada abad ke-19. Bagaimanapun, kisah Badger diragui kerana asal-usul kisahnya bergelar la-nun goyah berikutan tiada rekod penahanannya dan penghantarannya ke New South Wales di Australia.

[5] La-nun berdarah Ireland yang aktif pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18. Pasangannya ialah la-nun terkenal Calico Jack Rackham. Ditahan di Jamaica pada 1720 sebelum meninggal dunia di penjara pada 1733.

[6] La-nun Inggeris yang aktif pada awal abad ke-18. Walaupun hanya beroperasi selama tiga tahun, bertanggungjawab menawan 100 buah kapal dan menyek-sa tawanan sebelum mereka dibu-nuh. Dihukum ma-ti oleh Perancis di Martinique pada 1724.

[7] La-nun berdarah Perancis yang beroperasi di Teluk Mexico pada awal abad ke-19. Dijulang sebagai wira rakyat oleh penduduk New Orleans bukan saja kerana membantu ten-tera laut AS menangkis cubaan British di New Orleans pada Disember 1814 dan Januari 1815. Tetapi kerana membantu mereka mendapatkan barang terlarang secara seludup yang dibawa krewnya. Ma-ti di Honduras pada Februari 1823 selepas terjebak dalam pertem-puran dengan armada Sepanyol.

[8] Pelayar Scotland yang dikatakan terlibat dalam aktiviti la-nun pada akhir abad ke-17. Ditangkap dan dihukum ma-ti oleh kerajaan Inggeris kerana kesalahan la-nun dan bu-nuh. Ma-yatnya digantung berhampiran Tilbury, Essex selama tiga tahun sebagai amaran kepada mana-mana individu yang mahu menjadi la-nun.

[9] Komander ten-tera laut dan la-nun Inggeris. Membantu menambahbaik kualiti ten-tera laut semasa era Elizabeth I dan bertanggungjawab menewaskan armada Sepanyol pada 1588. Ma-ti di Puerto Rico pada November 1595 selepas dalam perjalanan pulang ke England.

[10] Bangsawan, peneroka, pengintip dan ahli politik Inggeris. Dikatakan mempunyai hubungan romantik dengan Elizabeth I. Obses dengan kisah El Dorado sehingga menjadi punca kema-tiannya pada Oktober 1618.

[11] La-nun, bangsawan dan komander ten-tera laut. Salah seorang daripada orang kepercayaan sepupunya, Hawkins yang menewaskan armada Sepanyol pada 1588. Terlibat dalam pertem-puran sengit di San Juan, Puerto Rico pada akhir tahun 1595 dan awal tahun 1596. Meninggal dunia akibat disenteri pada Januari 1596.

RUJUKAN:

Ahmad, S. (2020). 10 One Piece Characters Who Are Based On Real Life Pi=rates. CBR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.