Anda melangkah masuk ke dalam kawasan pembinaan. Kelihatan seorang pekerja sedang mengendalikan jentera forklift, dia memakai topi keselamatan. Kemudian anda melihat seorang pekerja berlalu dihadapan anda sambil mengangkat simen, dia juga memakai topi keselamatan tetapi berlainan warna. Beberapa orang pekerja memegang alat mengecat memakai topi berlainan warna dengan pengendali forklift dan pembancuh simen sebentar tadi.

Setiap warna pada topi keselamatan yang digunakan oleh pekerja sektor pembinaan membawa makna tersendiri iaitu bidang kerja yang mereka lakukan. Namun ini bukanlah standard yang diiktiraf dan digunakan diseluruh dunia tapi tidak banyak beza antara setiap negara. Kod pemakaian topi ini juga mungkin berbeza untuk syarikat pembinaan.

Topi Putih

Topi berwarna putih digunakan oleh pekerja tahap jurutera, pengurus tapak bina dan setaraf. Selain itu, topi putih juga biasanya dipakai oleh kontraktor utama tapak bina dan pemaju tapak bina. Ini juga digunakan oleh pelawat yang yang dibawa oleh pemaju tapak bina.

Topi Biru

Topi biru akan digunakan oleh pekerja dalam bidang kejuruteraan asas iaitu pembinaan struktur asas bangunan seperti lantai konkrit dan dinding konkrit. Sesetengah pekerja juga menandakan topi biru mereka dengan pelekat berwarna atau pelekat label untuk spesifikasi kerja mereka. Sebagai contoh tukang kayu acuan konkrit atau tukang besi pada asas konkrit, topi mereka ditanda dengan pelekat berwarna merah atau pelekat label kerja mereka.

Topi Hijau

Topi berwarna hijau digunakan oleh pengendali jentera dan pekerja pembaik pulih jentera dalam kawasan pembinaan. Contoh jentera ialah kren menara (tower crane), kren bergerak (mobile crane) dan forklift. Pengawal trafik untuk setiap jentera ini juga menggunakan topi berwarna hijau. Pemandu lori yang bekerja didalam tapak bina juga memakai warna hijau (lori yang digunakan untuk mengangkut barang dalam tapak contohnya sisa konkrit, bahan bina dll. Ini tidak termasuk lori yang keluar masuk ke dalam tapak).

Topi Kuning

Topi kuning digunakan oleh pekerja am iaitu tahap bawah daripada penyelia/supervisor. Topi kuning juga digunakan oleh pekerja am dibawah kontraktor utama.

Topi Kelabu

Topi kelabu digunakan oleh pekerja bahagian kemasan arkitek seperti pemasangan cermin, pemasangan siling dan mozek, pemasangan lif bangunan dan juga kerja pemasangan pintu dalam bangunan.

Topi Coklat

Topi berwarna coklat digunakan oleh pekerja yang terlibat dengan kerja pemasangan paip dalam bangunan. Topi ini juga digunakan oleh pekerja yang melakukan kerja berkaitan hot work atau kerja berkaitan kimpalan besi.

Topi Oren

Topi ini digunakan oleh pekerja yang akan masuk bekerja dalam jangkamasa pendek. Sebagai contoh pekerja untuk pemasangan perancah luar (external scaffolding) atau pekerja untuk kerja kemasan seperti kolam renang.

*Kerja pemasangan perancah luar hanya dilakukan selepas aras bangunan naik setingkat demi setingkat. Jadi mereka perlu menunggu aras bangunan siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja pemasangan perancah luar. Kegunaan perancah luar ialah menjadi tirai atau curtain untuk memastikan tiada barang terjatuh dari kawasan kerja. Perancah luar digunakan untuk bangunan tinggi, jika bangunan itu rendah, memadai dengan pemadangan perancah dalam.

Topi merah

Topi merah digunakan oleh pegawai kesihatan dan keselamatan pekerjaan /SHO dan Penyelia Keselamatan tapak bina /SSS. Sesetengah tapak bina menggunakan topi merah untuk pekerja yang terlibat dengan pasukan tindakan kecemasan dalam tapak bina. Topi ini juga digunakan oleh pekerja yang terlatih untuk memadamkan api semasa situasi kecemasan.

Sesetengah tempat kerja atau tapak bina mungkin berbeza daripada apa yang saya tulis kerana tiada standard atau garis panduan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Malaysia. Tapi setiap warna topi mempunyai makna tersendiri iaitu bidang kerja seseorang.

Topi keselamatan ni juga ada jangka hayat. Pengilang mengesyorkan topi ditukar selepas tempoh lima tahun dari tarikh pembuatan topi. Tarikh pembuatan topi ini boleh diperiksa pada bahagian dalam topi.

Ini kerana dikhuatiri topi yang diperbuat dari plastik itu menjadi rapuh/fragile selepas dari tarikh tamat tempoh. Pengunaan topi yang telah tamat tempoh akan menyebabkan topi gagal melindungi bahagian kepala semasa berlaku kemalangan.

Rujuk gambar di atas untuk contoh tarikh pembuatan topi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.