Pernah dianggap sebagai pembuka Pulau Pinang, dia memiliki ramai hamba sejak berkhidmat untuk British di Siam, dan kemudian di Pulau Pinang. Patung dan tugunya megah berdiri di memorial khas yang dibina untuknya di Pulau Pinang sehingga hari ini.
Masa dia ada pun, Pulau Pinang tetap meriah dan mewah dan kekayaan dek perdagangan hamba dari segenap Nusantara dan India malah dari Afrika. Tanggapan bahawa British hadir dan menghapuskan perhambaan tak betul. JWW Birch pun ada kuli India dia sendiri yang dibawa ke Perak.
Dalam wasiat untuk isterinya, Martina Rozells (gambar bawah) yang ada dipamerkan di Muzium Negeri Pulau Pinang, dia mewasiatkan hamba-hamba Batak nya (ya, inilah asalnya panggilan ‘kuli batak’); “I give and bequeath all my Batta Slaves unto Martina Rozells.”
Francis Light mungkin memperolehi hamba Batak nya dari Sumatera, atau diberikan British kepadanya dari ‘Bencoolean’ Bengkahulu yang merupakan salah satu koloni British ketika itu. Orang Batak ini kebanyakannya diculik dan diambil secara paksa oleh ‘slave raiders’ ketika itu.
Selain Batak, Francis Light juga memiliki hamba ‘Caffree’. “I leave all my Caffree Slaves the following choice, either to remain with Martina during her life she being willing to maintain them or each man to pay her fifty dollars and be free.
Walaupun dinamakan ‘Caffree’, ia mungkin sekadar panggilan umum hamba-hamba ini yang diperdagangkan oleh orang Arab yang menggelar mereka ‘kafir’. Dari pakaian, mereka mungkin nomad Turkana atau Nama diculik dan dijual oleh Arab di pasar hamba di Suez atau Afrika Selatan.
Hamba-hamba itu turut diberikan hamba oleh Francis Light sebagai pasangan; “I give unto Enneat a female whom I have liberated the sum of two hundred dollars and unto Emai another female slave I give one hundred dollars with her freedom.”
Francis Light juga memiliki hamba yang diikat dengan hutang, mungkin dari kalangan orang Siam atau Cina; “I release the following from all further Bondage of Servitude and bequeath each of them ten dollars viz I Boon and his wife I Boon small and Echan his wife and ..children, I Tong, Tong Dam and his wife and daughter Ton Chan and her Brother, but not Esan she remained with Martina. Seng Pao and Elloi are not Slaves, they may go where they please.”
Kepada #BlackLivesMatter, jangan kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Tak perlu jadi gasar dan ganas, merosakkan tugu yang sudah sekian lama jadi tarikan sejarah, namun sisi sejarah Francis Light yang ini mesti kita tahu dan kita ambil iktibar darinya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih