Selama 4,000 tahun, seorang wanita yang dikebumikan di sebuah kubur era Zaman Batu di kawasan hutan di Lagmansoren, timur laut Sweden. Wanita itu berkemungkinan mengikut laluan migrasi haiwan di sepanjang Sungai Indalsalven.

Apabila dia mati akibat penyakit yang tidak diketahui pada usia 30-an, wanita itu dikebumikan bersama seorang kanak-kanak lelaki – berkemungkinan anak lelakinya. Kanak-kanak tersebut berusia tujuh tahun semasa dikebumikan bersamanya.

Dua rangka yang ditemui pengkaji arkeologi beribu tahun kemudian merupakan rangka Zaman Batu tertua yang pernah ditemui di Sweden. Tetapi dengan iklim cuaca sejuk yang mencabar, beberapa ciri yang membentuk wajah wanita tersebut hilang ditelan zaman.

Kawasan tapak arkeologi tempat Wanita Lagmansoren ditemui pada 1923. Sumber: Swedish National Heritage / Gustaf Hallström

Ini merupakan satu persoalan yang dihadapi Muzium Vasternorrlands lebih-lebih lagi selepas mereka merancang mengadakan pameran sejarah petempatan manusia di Sweden dalam tempoh 9,500 tahun.

Bagi mengatasi isu ini, pihak muzium berhubung dengan seorang ahli arkeologi bernama Oscar Nilsson pada 2020. Beliau merupakan pelopor arkeologi pembinaan semula rupa manusia pra-sejarah dan bertanggungjawab merealisasikan lebih 100 imej hidup manusia era berkenaan.

Bagi menghasilkan imej Wanita Lagmansoren, ia perlu diimbas bagi menghasilkan replika 3D tengkorak. Dari situ, Nilsson meletakkan tanah liat berbentuk otot pada replika 3D tengkorak tersebut. Dari situ, beliau meletakkan pin-pin kecil sebagai penanda kedalaman tisu dan menahan lapisan kulit tanah liat. Kedalaman tisu wajah boleh saja dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jantina, usia, berat dan latar belakang etnik seseorang.

Tengkorak Wanita Lagmansoren diimbas bagi menghasilkan replika 3D tengkorak untuk imej digital Nilsson. Sumber: Oscar Nilsson

Kebanyakan ciri wajah Wanita Lagmansoren masih boleh dilihat menerusi analisis pada tulang. Berukuran kurang daripada lima kaki, dia turut mempunyai bahagian mata yang rendah dan gigi jongang. Wanita Lagmansoren juga didapati mempunyai hidung tidak simteri dan bahagian rahang berciri maskulin – satu ciri yang menarik perhatian Nilsson.

Kebiasaannya, dalam banyak kes manusia pra-sejarah, warna mata, kulit dan rambut boleh dikenalpasti melalui ujian DNA. Tetapi dalam kes Wanita Lagmansoren, tiada DNA yang boleh diambil daripada rangka wanita itu. Ini memaksa Nilsson melihat sejarah corak migrasi manusia ke Scandinavia termasuk Sweden.

Analisis beliau mendapati Wanita Lagmansoren hidup pada era golongan petani baru tiba di Scandinavia dan bercampur dengan kelompok pemburu-pengumpul hasil hutan. Nilsson percaya wanita ini mempunyai kulit berwarna putih dan rambut berwarna gelap.

Tinggal satu lagi halangan iaitu ekspresi wajah Wanita Lagsmansoren. Tidak seperti jantina, warna kulit dan gigi, ekspresi wajah manusia tidak terkandung dalam rangka manusia. Nilsson perlu mengelak menggunakan ekspresi emosi negatif seperti marah kerana perkara sebegini ditegah semasa menghasilkan semula imej manusia pra-sejarah.

Jadi, sebagai jalan selamat, beliau menyelitkan setiap emosi bagi menghasilkan wajah Wanita Lagmansoren yang hidup dan realistik. Nilsson percaya selepas melihat kedua-dua rangka yang ditemui Lagmansoren, kedua-duanya merupakan ibu dan anak yang dalam perjalanan ke kem memburu musim sejuk.

Mereka berkemungkinan sebahagian daripada kumpulan pemburu-pengumpul hasil yang menjejak pergerakan migrasi haiwan ketika itu.

Proses membina semula imej Wanita Lagmansoren mengambil masa 350 jam. Bagi melengkapkan penampilan wanita itu, Nilsson membayangkannya memakai pakaian yang diperbuat daripada bulu haiwan dan dihasilkan mengikut teknik Zaman Batu.

Pakaian kulit tersebut dihasilkan oleh rakan pengkaji Helena Gjaerum. Wanita Lagmansoren turut dipakaikan rantai kuku burung dengan rambutnya diikat tocang bagi mengelak rambutnya daripada menutup wajahnya.

RUJUKAN

 Cowie, A. (2022, 27 Februari). Recreating the Face of a 4,000-Year-Old Stone Age Woman. Ancient-Origins.

Strochlic, N. (2022, 25 Februari). This 4,000-year-old skull just received a new face. National Geographic.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply