1347, kota Alexandria. Tiada siapa tahu mengapa segelintir penduduk Alexandria tiba-tiba jatuh sakit, dan tak lama kemudian seluruh kota Alexandria jatuh sakit.
Musim luruh tahun 1347, Wabak Hitam mula menyerang Alexandria. Sejarawan dan saintis sebulat suara yang bakteria Yersinia pestis ni datang daripada Konstantinopel melalui laluan perdagangan. Kapal-kapal Konstantinopel berlabuh di Alexandria, memunggah barang dagangan yang juga termasuk tikus-tikus berkutu. Kutu-kutu inilah yang menjadi pembawa Wabak Hitam.
Musim panas 1348, kota Kaherah yang merupakan pusat kebudayaan dalam Dunia Islam juga diserang dengan kes Wabak Hitam. Daripada populasi kota agung ni ketika itu seramai 600,000 penduduk, sejarawan menjangka 200,000 terkorban akibat Wabak Hitam.
Sejarawan al-Maqrizi menggambarkan keadaan waktu tu. Penggali kubur terbaring kelesuan selepas tanam seorang demi seorang. Masjid-masjid tak henti buat solat jenazah. Tak henti. Malah kalau kita kumpulkan fakta daripada catatan lain. Mereka ni tak dapat nak kebumikan semua. Sungai Nil digambarkan penuh dengan jenazah-jenazah yang terkena Wabak Hitam. Ada kala masanya, air pun tak kelihatan, hanya jasad sahaja yang timbul.
Pada tahun tibanya Wabak Hitam di Alexandria, Wabak Hitam juga menggempur Gaza dan Aleppo. Tak lama kemudian, bandar Antioch juga tumbang. Oleh kerana tak tahu apa yang sedang berlaku, umat Islam yang melaksanakan ibadah haji membawa wabak ni ke Tanah Mekah sampai kota suci tersebut diceritakan “sunyi dan suram”.
Jangan bandingkan kesunyian dan kesuraman zaman 2020-2021. Zaman tu kerajaan Saudi buat lockdown. Ikut pada naratif sejarawan, kesunyian tahun 1340-an tu adalah sebab bergelimpangannya jasad umat Islam yang turun Mekah untuk membuat ibadah haji.
Oleh: Azizul Farhan
…
Banyak lagi penyakit yang anda boleh tahu dengan THE PLAGUE! Buku yang sesuai untuk korang dapatkan ilmu sebegini! Mari beli di Shopee kami:
https://bit.ly/ThePlagueShopee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih